Para Penguasa Muslim Ibarat Penonton Bola Sepak
Aktivis Hizbut Tahrir Iraq, Abdullah Abdul Hamid, menyifatkan para pemimpin negeri-negeri umat Islam sebagai penguasa ruwaybidhah (jahil/tidak kompeten). Mereka, katanya, bertindak seperti penonton bola sepak ketika menyaksikan pencerobohan yang dilakukan oleh entiti Yahudi terhadap Iran.
“Para penguasa ruwaybidhah ini telah memaksakan kekuasaan mereka ke atas umat Islam. Mereka bertingkah seolah-olah sedang menonton perlawanan bola sepak antara dua pasukan, menunggu keputusan perlawanan, lalu bertepuk tangan untuk pemenangnya,” ujar beliau sebagaimana dilaporkan oleh hizb-ut-tahrir[.]info pada Ahad (22 Jun 2025).
Menurut Abdullah, para penguasa ini menganggap kedudukan mereka sebagai harta rampasan dan alat untuk menjarah kekayaan umat, menumpahkan darah, memerangi Islam serta para pendukungnya, dan menghalang umat daripada mencapai kekuasaan sebenar.
“Mereka itu adalah Ibnu Salman, Ibnu Zayed dan orang-orang Qatar yang dungu. Mereka menyalurkan trilion dolar kepada musuh Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman, Trump, sementara rakyat Gaza sedang tenat akibat kebuluran dan pengeboman, tetapi mereka tidak berganjak walau sedikit pun!” kecamnya.
Abdullah turut menambah, apabila rakyat mereka sendiri bangkit menuntut pertanggungjawaban atau cuba menegur mereka, walaupun hanya dengan kata-kata, mereka segera dihukum. Hal ini dapat dilihat pada nasib ramai ulama yang kini masih dipenjarakan dalam penjara penindasan di Tanah Hijaz.
“Mereka bersikap keras terhadap orang-orang beriman tetapi penyayang terhadap orang-orang kafir. Mereka bukanlah pemimpin sebenar bagi umat ini. Mereka memperoleh kekuasaan bukan melalui bai’at dan kerelaan umat Islam, tetapi dipaksakan oleh penjajah kafir agar umat menerimanya,” ujar beliau lagi.
Kini, tambah Abdullah, merujuk kepada apa yang berlaku di Iran, ketika entiti Yahudi mengebom potensi kekuatan umat Islam, termasuk anggota tentera dan para ilmuwan nuklear, Bin Salman hanya berpuas hati dengan mengeluarkan kenyataan kecaman demi kecaman terhadap serangan tersebut.
“Dia sama sekali tidak menggerakkan tenteranya untuk menghentikan serangan ke atas wilayah umat Islam, tanpa mengira sistem pemerintahannya. Kaum Muslim sepatutnya menjadi tangan yang saling membantu antara satu sama lain, sebagaimana ditegaskan dalam hadis mulia bahawa umat Islam adalah umat yang satu. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, dia tidak menzalimi, tidak menyerahkan dan tidak menelantarkan saudaranya kepada musuh,” simpul Abdullah.
Sumber: https://alwaie.net/kilas-dunia/penguasa-muslim-bak-penonton-sepak-bola/
#FreePalestine #FreePalestineWithJihadAndKhilafah #ArmiesToGaza #ArmiesToAqsa