Bencana Sumatera: Akibat Tindakan Manusia yang Rakus dan Dasar Pro-Kapitalis
Sumatera menangis. Banjir besar telah melanda tiga wilayah di pulau tersebut, iaitu Aceh, Sumatera Barat dan Sumatera Utara. Dianggarkan jumlah mangsa yang terkorban telah melebihi 1000 orang (jumlah terkini). Ratusan mangsa lain masih dalam usaha pencarian. Banjir besar ini turut menenggelamkan beberapa buah kampung serta memusnahkan kawasan penempatan dan pelbagai infrastruktur di ketiga-tiga wilayah berkenaan.
Banjir besar ini juga melanda beberapa negara lain di Asia Tenggara, termasuk Thailand, Malaysia, Vietnam, Sri Lanka dan Myanmar. Namun demikian, setakat ini Indonesia merupakan negara yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi.
Iklim Ekstrem dan Kemusnahan Alam
Banjir besar ini sememangnya berpunca daripada hujan ekstrem. Pencetus utamanya adalah kemunculan siklon tropika Senyar dan Koto di Selat Melaka. Akibatnya, beberapa kawasan telah menerima taburan hujan yang amat tinggi. Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), siklon ini berlaku pada 26 November dan berlarutan selama 48 jam. BMKG menyifatkan kemunculan dua siklon tersebut sebagai kejadian “pertama dalam sejarah”. Siklon berkenaan terbentuk di Selat Melaka, iaitu kawasan yang sebelum ini dipercayai mustahil menjadi lokasi pembentukan siklon kerana kedudukannya yang terlalu hampir dengan garisan khatulistiwa.
Namun begitu, hujan ekstrem ini bertukar menjadi bencana banjir akibat kemusnahan alam sekitar. Di kawasan terbabit, berjuta-juta hektar hutan—yang berfungsi sebagai penahan dan penyerap air hujan—telah musnah. Pelbagai pihak mengesyaki bahawa deforestasi atau pembalakan hutan secara besar-besaran merupakan punca utama berlakunya bencana di tiga wilayah tersebut.
Berdasarkan data Wahana Lingkungan Hidup Indonesia (WALHI), sepanjang tempoh 2016-2025, aktiviti penggondolan hutan di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat telah mencecah 1.4 juta hektar. Selain itu, banyak lesen perniagaan telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk aktiviti pengurusan sumber alam di kawasan Pegunungan Bukit Barisan, termasuk sektor perlombongan, perladangan kelapa sawit dan projek tenaga. WALHI merekodkan lebih daripada 600 syarikat yang melakukan aktiviti eksploitasi sumber alam telah memburukkan lagi kerapuhan infrastruktur ekologi di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.
Aktiviti pembalakan haram secara besar-besaran di hutan-hutan Sumatera juga disyaki sebagai penyumbang utama kepada penggondolan hutan. Hanyutnya ribuan batang kayu yang dibawa arus banjir menjadi bukti kukuh bahawa kegiatan pembalakan haram masih berleluasa di wilayah Sumatera.
Langkah Mengurangkan Risiko Bencana
Indonesia merupakan sebuah negara yang menerima taburan hujan tinggi dan terletak di kawasan cincin bencana (ring of fire). Negara ini mempunyai rangkaian gunung berapi sepanjang kira-kira 40,000 kilometer serta zon seismik aktif yang merentasi Lautan Pasifik. Hakikat ini sepatutnya menjadikan Indonesia memiliki keupayaan dalam persediaan mengurangkan risiko dalam menghadapi bencana yang mencukupi demi melindungi rakyatnya, termasuk membekalkan pengetahuan dan kemahiran kepada penduduk untuk menghadapi bencana.
Namun, tragedi banjir yang menimpa Sumatera jelas memperlihatkan betapa negara Indonesia tidak bersedia dalam aspek pelaksanaan langkah-langkah pengurangan risiko dalam menghadapi bencana. Hal ini amat mendukacitakan memandangkan lapan hari sebelum kejadian, BMKG telah mengeluarkan amaran mengenai potensi hujan ekstrem dengan taburan yang tinggi.
Ketika bencana berlaku, negara dilihat tidak berupaya melaksanakan langkah menghadapi bencana yang berkesan. Bahkan sehingga kini, kejadian bencana di tiga wilayah Sumatera tersebut masih belum diisytiharkan sebagai bencana nasional. Lebih mengejutkan, pada peringkat awal kejadian, pihak Badan Nasional Tindak Balas Bencana (BNPB) menyatakan bahawa tragedi banjir itu hanya mencetuskan kegusaran di media sosial.
Sehingga penulisan ini disiapkan, masih terdapat banyak kawasan yang terputus hubungan. Banyak mayat masih bergelimpangan atau tertimbus oleh lumpur, runtuhan tanah, bangunan serta gelondongan kayu. Akibat kelaparan, sebahagian penduduk terpaksa menjarah kedai-kedai. Pasukan Badan SAR Nasional (Basarnas) turut memaklumkan bahawa pasukan SAR gabungan yang telah bertugas tanpa henti selama tujuh hari dalam operasi tindak balas kecemasan kini mengalami keletihan yang melampau.
Sabar dan Muhâsabah
Sebagai umat Islam, hati dan pemikiran kita hendaklah berpandukan tuntunan Islam dalam menyikapi setiap musibah. Kita wajib meyakini bahawa segala musibah yang berlaku merupakan ketetapan Allah SWT. Hal ini sebagaimana firman-Nya:
قُلْ لَّنْ يُّصِيْبَنَآ اِلَّا مَا كَتَبَ اللّٰهُ لَنَاۚ هُوَ مَوْلٰىنَا وَعَلَى اللّٰهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُوْنَ
“Katakanlah (Muhammad): “Tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah buat kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang beriman bertawakal” [TMQ At-Taubah (9): 51]
Allah SWT juga memerintahkan setiap Muslim agar bersabar ketika menghadapi musibah dan menyerahkan segala urusan kepada-Nya. Hal ini sebagaimana firman-Nya:
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ . أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata: “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali.” Mereka itulah orang-orang yang memperoleh keampunan dan rahmat daripada Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” [TMQ al-Baqarah (2): 156-157]
Tidak hanya bersabar, Islam juga menyeru umatnya untuk sentiasa melakukan muhâsabah ketika ditimpa musibah. Hal ini kerana ada musibah yang datang sebagai akibat dari tindakan mungkar manusia. Allah SWT berfirman:
ظَهَرَ ٱلْفَسَادُ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ ٱلَّذِى عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di lautan dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” [TMQ ar-Ruum (30): 41]
Bencana banjir yang melanda Sumatera merupakan akibat daripada dasar yang merosakkan alam sekitar, iaitu penggondolan hutan secara besar-besaran. Data Global Forest Watch (GFW) mendedahkan bahawa sebanyak 10.5 juta hektar hutan di Indonesia telah hilang sepanjang tempoh 2002 hingga 2023. Sedangkan hutan primer tropika merupakan ekosistem yang paling kaya, stabil dan berfungsi penting dalam menahan taburan hujan. Namun kini, kawasan seluas itu menjadi antara yang paling terkesan akibat aktiviti perluasan kawasan dan tekanan aktiviti manusia.
Kemusnahan hutan di negara tersebut berpunca daripada dasar negara yang menyimpang daripada tuntunan syariah Islam. Negara telah menyerahkan banyak kawasan kepada pihak swasta untuk tujuan perlombongan, pembalakan dan pembukaan ladang kelapa sawit. Dalam kes banjir di Sumatera Utara, WALHI Sumatera Utara menyatakan bahawa tujuh buah syarikat telah menyumbang kepada bencana ekologi yang melanda wilayah Tapanuli, termasuk kejadian banjir dan tanah runtuh.
Negara juga dilihat lemah dalam pengawasan terhadap kegiatan perlombongan haram dan pembalakan liar. Suruhanjaya Pemberantasan Rasuah (KPK) mendapati bahawa aktiviti perlombongan haram dan pembalakan liar bukan sahaja dilakukan oleh pihak swasta, malah turut dimiliki atau dilindungi oleh individu tertentu dalam kalangan aparat dan pegawai kerajaan. KPK juga menemukan kaitan antara kegiatan perlombongan haram dengan aliran dana pilihan raya.
Oleh itu, bencana yang menimpa penduduk Sumatera pada hari ini bukan semata-mata disebabkan oleh fenomena alam, sebaliknya merupakan hasil daripada dasar kapitalistik yang zalim. Keputusan yang diambil hanya berorientasikan keuntungan tanpa menghiraukan kesan kerosakan alam sekitar serta penderitaan yang ditanggung oleh masyarakat. Inilah kemungkaran besar yang melahirkan kezaliman terhadap rakyat.
Perlombongan dan Hutan sebagai Milik Umum
Dalam syariah Islam, kawasan perlombongan dan hutan merupakan milik umum yang haram dikuasai oleh pihak swasta. Rasulullah SAW bersabda:
الْمُسْلِمُونَ شُرَكَاءُ فِي ثَلَاثٍ فِي الْمَاءِ وَالْكَلَإِ وَالنَّارِ
“Kaum Muslimin berserikat (berkongsi) dalam tiga perkara: air, padang rumput dan api.” (HR Ibnu Majah)
Dalam hal ini, negara berperanan sebagai pengelola sektor perlombongan dan perhutanan. Segala hasil dan manfaat daripada sumber-sumber tersebut adalah milik rakyat secara keseluruhan, bukan hak milik individu atau korporat.
Syariah Islam membenarkan pembukaan dan pengurusan pelbagai jenis lombong yang diurus oleh negara, seperti mineral dan bahan api. Islam juga membenarkan pengurusan hasil hutan demi kemaslahatan rakyat, seperti bagi memenuhi keperluan industri kertas dan seumpamanya. Namun demikian, Islam dengan tegas mengharamkan sebarang bentuk dharar (kemudaratan) yang menimpa masyarakat. Oleh itu, kegiatan perlombongan dan pembalakan hutan secara tidak terkawal merupakan perbuatan haram yang wajib dicegah. Rasulullah ﷺ bersabda:
لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ، مَنْ ضَارَّ ضَرَّهُ اللَّهُ، وَمَنْ شَاقَّ شَقَّ اللَّهُ عَلَيْهِ
“Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Sesiapa yang memudaratkan orang lain, Allah akan memudaratkannya; dan sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyusahkan dirinya.” (HR al-Baihaqi, al-Hakim dan ad-Daruquthni)
Oleh itu, bencana yang menimpa penduduk Sumatera pada hari ini bukan semata-mata disebabkan oleh fenomena alam, sebaliknya merupakan hasil daripada dasar kapitalistik yang zalim. Keputusan yang diambil hanya berorientasikan keuntungan tanpa menghiraukan kesan kerosakan alam sekitar serta penderitaan yang ditanggung oleh masyarakat. Inilah kemungkaran besar yang melahirkan kezaliman terhadap rakyat.
Perlombongan dan Hutan sebagai Milik Umum
Dalam syariah Islam, kawasan perlombongan dan hutan merupakan milik umum yang haram dikuasai oleh pihak swasta. Rasulullah SAW bersabda:
الْمُسْلِمُونَ شُرَكَاءُ فِي ثَلَاثٍ فِي الْمَاءِ وَالْكَلَإِ وَالنَّارِ
“Kaum Muslimin berserikat (berkongsi) dalam tiga perkara: air, padang rumput dan api.” (HR Ibnu Majah)
Dalam hal ini, Oleh yang demikian, kunci utama terletak pada kesungguhan, ketelitian serta sikap amanah dalam melaksanakan Analisis Mengenai Dampak Alam Sekitar (AMDAL). Dalam Islam, negara (Khilafah) akan mengurus sumber-sumber alam ini selaras dengan tuntunan syariah Islam, berasaskan dorongan iman dan takwa, bukan semata-mata dasar kapitalistik yang bertujuan mengaut keuntungan.
Khilafah juga dibenarkan memindahkan kawasan penempatan sekiranya dinilai perlu demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk. Dalam hal ini, Khilafah wajib menyediakan kawasan penempatan yang sesuai serta membangunkan pelbagai infrastruktur bagi rakyat. Pampasan yang setimpal juga hendaklah diberikan kepada penduduk yang terlibat. Selain itu, Khilafah berkewajipan melaksanakan usaha penghutanan semula bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem. Kesemua ini merupakan tanggungjawab yang wajib dipikul oleh Khalifah dan para pegawainya. Rasulullah SAW bersabda:
فَالأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ
“Seorang amir (Khalifah) yang mengurus urusan manusia adalah seorang pemimpin, dan dia akan dipertanggungjawabkan terhadap mereka.” (HR al-Bukhari)
Penutup
Jelas bahawa bencana besar yang berlaku kali ini seharusnya menjadi pemangkin kepada pihak berkuasa Indonesia untuk menilai dan mengkaji semula keseluruhan dasar kapitalistik yang terbukti membawa kerugian besar kepada rakyat. Bangsa Indonesia sewajarnya mendesak para penguasanya agar meninggalkan segala bentuk dasar kapitalistik dan beralih kepada dasar yang selaras dengan tuntunan syariah Islam. Oleh itu, usaha untuk menerapkan syariah Islam secara kâffah oleh negara dalam seluruh aspek kehidupan adalah sebuah kemestian. Inilah juga amalan yang telah dipraktikkan sepanjang era Kekhilafahan Islam selama berabad-abad lamanya.
WalLâhu a’lam bi ash-shawâb.
—*—
Hikmah:
Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab RA berkata:
لَوْ مَاتَ جَمَلٌ فِي عَمَلِي ضِيَاعًا، خَشِيتُ أَنْ يَسْأَلَنِي اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عَنْهُ
“Sekiranya seekor unta mati di wilayah pentadbiranku kerana terbiar, aku bimbang Allah Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi akan menyoalku tentang hal itu.” (Ibnu Hajar, Al-Mathaalib al-‘Aaliyyah, 15/700, Maktabah Syamilah).
Sumber: https://buletinkaffah2.wordpress.com/
#bencana #BanjirIndonesia #MuhasabahBanjir