Isyarat Kemenangan Sejak Nabi SAW Dilahirkan
Oleh: Ustaz Irfan Abu Naveed, M.Pd.I (Penyelidik Balaghah al- Quran & Hadis Nabawiyyah)]
وَأَنْتَ لَمَّا وُلِدْتَ أَشْرَقَتِ الأَرْضُ * وَضَاءَتْ بِنُورِكَ الأُفُقُ
فَنَحْنُ مِنْ ذَلِكَ النُّورِ فِي الضِّيَاءِ * وسُبْلِ الرَّشَادِ نَخْتَرِقُ
Engkaulah, yang tatkala dilahirkan, bumi bersinar * Dengan sinarmu, ufuk bercahaya
Kerana cahaya itu, kami tersinari * dan mampu menerobos jalan-jalan petunjuk
Syair agung di atas disenandungkan Al-’Abbas bin ’Abdul Muthallib ra., menggambarkan hakikat kelahiran Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab kemuliaan umat ini. Kelahiran baginda memulakan lembaran baru bagi risalah agung yang Allah turunkan untuk dimenangkan atas seluruh agama dan keyakinan:
هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ ٩
“Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad SAW) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.” (TMQ As-Saff [61]:9)
Allah SWT menegaskan tujuan risalah-Nya diturunkan kepada baginda, iaitu untuk diunggulkan di atas seluruh keyakinan dan agama yang menyimpang dari ajaran-Nya; untuk mengeluarkan manusia dari ragam kegelapan jahiliah menuju satu cahaya Islam:
الٓرۚ كِتَٰبٌ أَنزَلۡنَٰهُ إِلَيۡكَ لِتُخۡرِجَ ٱلنَّاسَ مِنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِ رَبِّهِمۡ إِلَىٰ صِرَٰطِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡحَمِيدِ ١
” Alif, Laam, Raa’. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman – dengan izin Tuhan mereka – ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.” (TMQ Ibrahim [14]: 1).
Isyarat atau tanda-tanda kemenangan risalah dakwah Al-Mustafa SAW bahkan telah menonjol semenjak baginda dilahirkan. Bermula dengan kelahiran baginda pada Tahun Gajah (’âm al-fîl). Pada tahun itu rejim angkuh Abrahah dengan pasukan gajah dari Habasyah hendak menghancurkan Kaabah. Namun, Allah membinasakan mereka dengan pasukan burung yang membawa sijjîl (batu dari tanah liat yang sangat panas) (lihat: QS. Al-Fîl [105]: 1-5). Perhatikan! Mereka sombong dengan pasukan gajah, lalu Allah SWT hinakan dengan pasukan burung.
Apa yang terjadi, ditafsirkan Syaikh Muhammad al-Amin dalam Hadâ’iq al-Rûh wa ar-Rayhân (XXXII/330), bukanlah pertolongan atas kaum musyrifiin Quraysyi, melainkan pertolongan bagi risalah Al-Mustafa SAW. Allah SWT mempersiapkan Kaabah dan Mekah untuk tegaknya risalah tersebut, yang kelak membersihkan Mekah daripada kesyirikan dan perbuatan jahiliah.
Menariknya, deretan ulama pakar sîrah seperti Al-Imam al-Baihaqi (w. 458 H) dalam Dalâ’il an-Nubuwwah (I/126), al-Hafizh Ibn Katsir (w. 774 H) dalam As-Sîrah al-Nabawiyyah (I/215) menjelaskan pelbagai khawâriq li al-’âdah (kejadian luar biasa) berupa irhâshât yang mengiringi kelahiran seorang calon nabi pada akhir zaman. Demikian sebagaimana riwayat sahih yang menyebutkan bahawa ketika Rasulullah SAW dilahirkan, Sayidah Aminah menyaksikan cahaya bersinar mengiringi kelahiran baginda yang tampak menerangi istana-istana Negeri Syam. ‘Irbadh bin Sariyah berkata: Rasulullah saw bersabda:
«دَعْوَةُ أَبِي إِبْرَاهِيمَ وَبُشْرَى عِيسَى، وَرَأَتْ أُمِّي أَنَّهُ يَخْرُجُ مِنْهَا نُورٌ أَضَاءَتْ مِنْهُ قُصُورُ الشَّامِ»
”Aku adalah doa ayahku, Ibrahim, khabar gembira Isa kepada kaumnya, dan mimpi ibuku yang melihat cahaya keluar dari dirinya sehingga terlihat jelas bagi dia istana-istana Syam.” (HR Ahmad).
Doa Nabi Ibrahim as. yang dimaksudkan adalah doa yang disebutkan dalam surah al-Baqarah [2]: 129. Adapun bisyârah Nabi Isa as. yang dimaksudkan, adalah yang Allah kisahkan dalam ayat-Nya:
وَإِذۡ قَالَ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ يَٰبَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ إِنِّي رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَيۡكُم مُّصَدِّقٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيَّ مِنَ ٱلتَّوۡرَىٰةِ وَمُبَشِّرَۢا بِرَسُولٖ يَأۡتِي مِنۢ بَعۡدِي ٱسۡمُهُۥٓ أَحۡمَدُۖ ٦
Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad”. (TMQ as-Saff [61]: 6).
Menjelaskan fenomena agung ini, al-Hafizh Ibn Rajab al-Hanbali (w. 795 H) dalam Lathâ’if al-Ma’ârif (hlm. 87) menuturkan, ”Keluarnya cahaya ini ketika kelahiran Rasulullah SAW menunjukkan pada apa yang akan datang bersama baginda berupa cahaya yang menjadi petunjuk penduduk Bumi, yang dengan itu sirnalah kegelapan kesyirikan.”
Demikian sebagaimana firman Allah SWT:
قَدۡ جَآءَكُم مِّنَ ٱللَّهِ نُورٞ وَكِتَٰبٞ مُّبِينٞ ١٥ يَهۡدِي بِهِ ٱللَّهُ مَنِ ٱتَّبَعَ رِضۡوَٰنَهُۥ سُبُلَ ٱلسَّلَٰمِ وَيُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِهِۦ وَيَهۡدِيهِمۡ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ ١٦
” Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” (TMQ al-Maidah [5]: 15-16).
فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ مَعَهُۥٓ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ١٥٧
”Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.” (TMQ al-A’raf [7]: 157).
Peristiwa kemunculan cahaya tersebut, menurut Imam al-Munawi (w. 1031 H) dalam At-Taysîr Syarh al-Jâmi’ ash-Shaghîr, adalah petunjuk bagi kemenangan risalah kenabiannya melingkupi Timur dan Barat. Pertanyaannya, ”Mengapa mesti Bumi Syam?” Secara rapi dan bersihnya, al-Hafizh Ibn Katsir menuturkan, “Pengkhususan Negeri Syam dengan cahaya di atasnya menunjukkan tegaknya agama ini dan kenabiannya di negeri-negeri Syam. Oleh kerana itu Syam pada akhir zaman menjadi benteng pertahanan Islam dan umatnya. Di negeri ini pula Isa bin Maryam as. turun ketika beliau muncul di Damsyik di Menara Putih ke arah Timur di sana.”
Ibn Katsir pun menukilkan hadis dalam Shahîhain: Rasulullah SAW bersabda:
«ولا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ كَذَلِكَ»
”Akan senantiasa ada sekelompok dari umatku yang tegak di atas perintah Allah. Tidak membahayakan mereka siapapun yang mencela mereka, atau menyelisihnya, hingga tiba keputusan Allah dan mereka meraih kemenangan atas manusia” (HR al-Bukhari dan Muslim).
Dalam Shahîh al-Bukhârî, sebagaimana dinukilkan Ibn Katsir, mereka berada di Negeri Syam. Menariknya, hadis yang agung ini menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam kitab Al-Mubasysyirât bi Intishâr al-Islâm (hlm. 138), sesuai dengan manthûq dalam firman-Nya:
وَمِمَّنۡ خَلَقۡنَآ أُمَّةٞ يَهۡدُونَ بِٱلۡحَقِّ وَبِهِۦ يَعۡدِلُونَ ١٨١
”Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan”. (TMQ al-A’raf [7]: 181).
Demikian sebagaimana telah sahih hadis-hadis yang mengkhabarkan fajar kebangkitan bagi Islam, ketinggian kalimatnya, tersebar luas dakwahnya dan meluas negaranya (Ibid, hlm. 139). Tak diragukan lagi bahawa Islam menjadi cahaya yang dibawa Rasulullah SAW diawali dengan kemenangan dan ditutup pula dengan kejayaan:
«طَلَعَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا، مِنْ ثَنِيَّةِ الْوَدَاعِ»
Telah terbit purnama di atas kita, dari Lembah Wada’.
«وَجَبَ الشُكرُ عَلَيْنَا، مَا دَعَا لِلهِ دَاعِ»
Wajiblah kita bersyukur atasnya, ketika seorang da’i menyeru (manusia) kepada Allah.
«أَيُّهَا الْمَبْعُوْثُ فِيْنَا، جِئْتَ بِالْأَمْرِ الْمُطَاعِ»
Duhai yang diutus kepada kami, engkau datang dengan perintah yang ditaati.
«جِئْتَ شَرَّفْتَ المَديْنَة مَرْحَبًا يَا خَيْرَ دَاع»
Engkau telah datang memuliakan kota ini, selamat datang wahai sebaik-baiknya da’i.”
WalLâhu a’lam.
#CintaRasul #JalanKemenangan