Standard Perbuatan dan Kemaslahatan
Oleh: Ustaz M. Taufik NT
Untuk mengetahui lurus-tidaknya suatu benda atau objek fizikal—sama ada itu kayu, tiang, ataupun yang lain—kita memerlukan alat ukur/standard. Alat/standard ini mestilah lurus. Sebab, sesuatu yang bengkok, jika dijadikan standard, tentu hasilnya akan bengkok pula. Begitu juga lurus-tidaknya perkara-perkara bukan fizikal, sama ada itu pemikiran, agama dan lain-lain, juga memerlukan standard.
Alat ukur/standard atas perkara fizikal yang umumnya mudah disepakti oleh manusia kerana ia termasuk dalam kategori sains yang diserahkan kepada manusia itu sendiri untuk mereka nilai. Namun, untuk perkara-perkara yang bukan fizikal, kerana keterbatasan penginderaan/akalnya, manusia tidak mampu melihat kebaikan atau keburukan sebenar, dan tidak mengetahui masa depan serta akibat dari perbuatannya. Akibatnya, dalam konteks ini, manusia sering berbeza pendapat.
Perbuatan manusia, dari sisi terpuji-tercela, yang berakibat pahala (ganjaran) dan seksaan (hukuman), bukanlah sesuatu yang bersifat fizikal. Hakikatnya berada di luar jangkauan akal manusia. Islam telah menetapkan bagi manusia suatu standard (miqyâs) untuk menilainya. Standard tersebut tidak lain adalah syariah yang bersumber dari al-Quran, as-Sunnah serta yang ditunjukkan oleh keduanya. Jika syariah menilai perbuatan itu terpuji maka itulah yang terpuji. Sebaliknya, jika syariah menilai perbuatan itu tercela maka itulah yang tercela. Standard ini bersifat abadi. Tidak akan berubah kerana perubahan zaman dan tempat. Allah SWT berfirman:
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَٰبَ وَلَمۡ يَجۡعَل لَّهُۥ عِوَجَاۜ ١ قَيِّمٗا … ٢
”Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):”(TMQ Al-Kahfi [18]:1)
Mengenai hal ini, Imam at-Tabari menyatakan:
«فَأَخْبَرَ جَلَّ ثَنَاؤُهُ أَنَّهُ أَنْزَلَ الْكِتَابَ الَّذِي أَنْزَلَهُ إِلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَيِّمًا مُسْتَقِيمًا لَا اخْتِلَافَ فِيهِ وَلَا تَفَاوُتَ، بَلْ بَعْضُهُ يُصَدِّقُ بَعْضًا، وَبَعْضُهُ يَشْهَدُ لِبَعْضٍ، لَا عِوَجَ فِيهِ، وَلَا مَيْلَ عَنْ الْحَقِّ»
”Allah, Tuhan Yang Maha Tinggi, mengkhabarkan kepada kita bahawa Dia telah menurunkan al-Kitab kepada Nabi Muhammad SAW sebagai kitab yang lurus. Tidak ada perselisihan dan pertentangan di dalamnya. Bahkan sebahagiannya membenarkan dan bersaksi untuk sebahagian lainnya. Tidak ada yang bengkok di dalamnya dan tidak ada yang menyimpang dari kebenaran.[1]
Kebengkokan yang dimaksud adalah kebengkokan non-fizikal. Imam al-Qurthubi menyatakan:
«وَالْعِوَجُ (بِكَسْرِ الْعَيْنِ) فِي الدِّينِ وَالرَّأْيِ وَالْأَمْرِ وَالطَّرِيقِ»
” ‘Iwaj (dengan kasrah pada ‘ayn) adalah kebengkokan dalam agama, pendapat, urusan dan jalan.”[2]
Kerana itulah standard atas benar-salah, baik-buruk, terpuji-tercela yang hakiki hanyalah syariah. Imam as-Sarakhsi (w. 483 H) menyatakan:
«أَنَّ الْحَسَنَ مُطْلَقًا مَا حَسَّنَهُ الشَّرْعُ وَالْقَبِيح مَا قَبَّحَهُ الشَّرْعُ»
”Apa saja yang benar-benar terpuji adalah apa saja yang dinilai terpuji oleh Syariah. Apa saja yang benar-benar tercela adalah apa saja yang dinilai tercela oleh syariah.”[3]
Kekeliruan Standard Perbuatan
Apabila syariah diabaikan, lalu akal yang dijadikan sebagai standard, maka akan terjadi kekacauan dan ketidakpastian. Suatu perkara dianggap terpuji pada suatu keadaan, namun tercela pada keadaan yang lain; dipuji pada masa sekarang, dicela keesokan harinya; dipandang terpuji di suatu negeri, tetapi dicela di negeri lain. Jika demikian, hukum atas segala sesuatu menjadi tidak jelas dan berubah-ubah. Akibatnya, pujian dan celaan adalah sesuatu yang nisbi (relatif), bukan lagi hakiki. Banyak yang akhirnya sebaliknya menjadikan perilaku umat lain sebagai tolok ukur bagi standard dalam bertingkah laku. Demikian sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
«لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ؟»
“Sungguh kalian akan mengikuti cara/gaya hidup orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Bahkan seandainya mereka masuk dalam lubang biawak sekalipun, kalian akan ikut masuk.” Kami (para Sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?” (HR al-Bukhari, Muslim dan Ahmad).
Di antara manusia ada yang dirasuk kapitalisme sehingga menjadikan manfaat material sebagai standard. Asalkan sesuatu itu bermanfaat menurut pandangannya dan tidak merugikan orang lain, maka sesuatu itu akan dipandang baik. Mereka merasa bebas melakukan apa saja asalkan tidak mengganggu orang lain dan ketenteraman awam. Bagi mereka, perbuatan bercinta tanpa nikah, berdua-duaan dengan berlainan jantina, bahkan berzina sebagai perkara yang boleh diterima selagi ia dilakukan secara suka sama suka. Bagi negara yang memakai standard yang tidak syarie ini, lokalisasi perjudian, pelacuran, banyaknya kilang arak akan dianggap sebagai hal biasa. Bahkan di Eropah anak gadis yang umurnya lebih dari 17 tahun bebas bercinta dan berhubungan seksual dengan sesiapa sahaja yang dia sukai. Jika ibu bapanya melarang, maka mereka sebaliknya akan dituduh melanggar hak asasi manusia.
Ada yang menjadikan suara majoriti (undian) sebagai standard. Dalam musyawarah, suara majoriti dianggap sebagai suara ‘Tuhan’. Atas alasan ini, akhirnya firman Tuhan banyak yang disalahgunakan, peraturan syariah dipinggirkan dan dianggap membahayakan. Peraturan Tuhan hanya boleh dilaksanakan jika disepakati oleh majoriti. Apa yang sudah menjadi tradisi dalam masyarakat akan dianggap sebagai baik walaupun tidak sejalan dengan hukum syariah.
Ada yang menjadikan perkataan orang/pemimpin/tokoh yang mereka kagumi sebagai standard. Kebenaran selalu ada jika dan hanya jika dilegitimasi oleh tokoh mereka, walaupun menyalahi al-Quran, as-Sunnah mahupun Ijmak Sahabat. Terkait hal ini Imam al-Ghazali berkata:
«فَاعْلَمْ أَنَّ مَنْ عَرَفَ الْحَقَّ بِالرِّجَالِ حَارَ فِي مَتَاهَاتِ الضَّلَالِ، فَاعْرِفِ الْحَقَّ تَعْرِفْ أَهْلَهُ »
”Ketahuilah bahawa siapa pun yang mengenali kebenaran melalui manusia, dia akan tersesat dalam labirin kesesatan. Kerana itu kenalilah kebenaran itu maka anda akan mengenal orang yang benar itu.” [4]
Ketika standard perbuatan adalah seperti yang dinyatakan di atas, maka wajar jika banyak orang melakukan perbuatan-perbuatan tercela, namun mereka sangka sebagai perbuatan terpuji. Sebaliknya, mereka meninggalkan perbuatan terpuji kerana merasa itu tercela.
Sebagai contoh, seorang wanita Muslimah yang keluar rumah dan berkeliaran di jalan-jalan dengan senang hati menampakkan ‘keindahan’ dan kecantikannya. Di antara mereka ada yang menyangka bahawa tindakannya itu sebagai sesuatu yang baik, sesuai dengan zaman, bahkan ibadah kerana memperlihatkan ‘indahnya’ ciptaan Tuhan. Demikian pula ada seorang tokoh Islam yang alim dan wara’, tetapi dia menolak untuk memperingatkan umat mengenai dasar-dasar rosak yang diterapkan oleh pemimpin dan sistem kehidupan yang jauh dari garis wahyu. Alasannya, hal itu termasuk urusan politik yang menurut dia termasuk dalam perbuatan yang buruk. Walaupun begitu, di sisi lain dia terlibat politik praktikal meski tanpa mengucapkan kata “politik”. Sesungguhnya wanita tersebut, juga ‘tokoh’ ini, kedua-duanya telah terjerumus dalam kekeliruan. Sebabnya, keduanya tidak menjadikan syariah sebagai standard bagi amal perbuatan mereka.
Hukum Syariah Pasti Maslahat
Allah SWT berfirman:
وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ ١٠٧
” Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. ” (TMQ al-Anbiya’ [21]: 107).
Maksud ayat di atas adalah bahawa Rasulullah SAW telah datang dengan membawa syariah yang mengandung maslahat bagi manusia. Imam al-Baidhawi (w. 685 H) menyatakan:
«لِأَنَّ مَا بُعِثْتَ بِهِ سَبَبٌ لِإِسْعَادِهِمْ وَمُوْجِبٌ لِصَلَاحِ مَعَاشِهِمْ وَمَعَادِهِمْ»
”Kerana sesungguhnya risalah (syariah) yang dengan itu engkau (Muhammad SAW) diutus adalah sebab bagi kebahagiaan dan kebaikan kehidupan (dunia) mereka dan kebaikan tempat kembali (akhirat) mereka.”[5]
Maksud dari “rahmat” adalah membawa manfaat bagi manusia atau menjauhkan mudarat dari dirinya. Inilah yang disebut “maslahat”. Sebabnya, maksud maslahat adalah membawa kemanfaatan dan mencegah kerosakan.
Dalam menentukan apakah sesuatu itu maslahat atau tidak adalah autoriti syariah semata-mata. Yang dimaksudkan maslahat di sini adalah kemaslahatan manusia dalam kapasitinya sebagai makhluk. Bahkan yang dimaksud dengan maslahat bagi individu adalah kemaslahatannya berkenaan dengan sifatnya sebagai “manusia”, bukan keberadaannya sebagai individu (peribadi).
Memang, akal dapat menduga apakah sesuatu itu mengandung manfaat atau mafsadat untuk dirinya, tetapi ia tidak mungkin menentukan hal itu dengan pasti dan terperinci. Kemaslahatan hakiki tidak terjangkau oleh akal, sebab akal manusia memiliki kemampuan yang terbatas. Ia tidak mampu menetapkan apa yang menjangkau zat dan hakikatnya selaku manusia. Kadangkala manusia menyangka sesuatu itu mengandung maslahat, tetapi ternyata tidak demikian. Berarti ia telah menetapkan bahawa sesuatu itu mafsadat untuk manusia, sedangkan ia menganggap itu maslahat. Akibatnya, terjerumuslah manusia ke dalam malapeteka. Sebaliknya, kadangkala ia menyangka bahawa sesuatu itu adalah mafsadat, kemudian terbukti hal itu sebaliknya. Di sini ia telah menjauhkan kemaslahatan dari diri manusia, kerana ia menganggap itu sebagai mafsadat. Akibatnya, ia ditimpa kemudaratan kerana menjauhkan maslahat dari kehidupannya.

Sebagai contoh, dasar negara China dulu yang telah menetapkan satu anak, yang dianggap maslahat dan dikuatkuasakan dari tahun 1979 hingga 2015, akhirnya dianggap buruk kerana memiliki beberapa impak negatif yang signifikan, antara lain populasi yang menua dengan cepat, yang mewujudkan tekanan pada sistem penjagaan kesihatan dan persaraan, serta mengurangkan jumlah tenaga kerja yang produktif.
Hanya Allahlah Yang mampu menjangkau hakikat manusia. Sebabnya, Dialah Yang menciptakan manusia. Hukum-hukum syariah pada dasarnya adalah untuk memudahkan manusia dan memberikan kemaslahatan hidup mereka, walaupun akal manusia saat ini cenderung menganggapnya merugikan.
Misalnya hukum qishâsh yang ditolak dan dianggap sebagai pelanggaran hak asasi manusia, Allah SWT sebaliknya menyatakan dalam firman-Nya:
وَلَكُمۡ فِي ٱلۡقِصَاصِ حَيَوٰةٞ يَٰٓأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ١٧٩
” Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertakwa.” (QS al-Baqarah [2]: 179).
Realiti membuktikan bahawa pada hari ini pembunuhan merajalela, bukan hanya di medan perang, namun di negeri yang “damai” sekalipun. Hal ini kerana sebahagian manusia (penjahat-penjahat), percaya bahawa hukuman bagi pembunuhan hanya ditetapkan sekadar masuk penjara beberapa tahun, tidaklah mereka akan jera. Malah ada yang ingin masuk penjara untuk mendapatkan perlindungan dan penghidupan secara percuma. Setelah keluar penjara mereka boleh jadi melakukan jenayah lagi.
Terkait ayat di atas, Imam al-Qurthubi menyatakan:
«أَنَّ الْقِصَاصَ إِذَا أُقِيمَ وَتَحَقَّقَ الْحُكْمُ فِيهِ ازْدُجِرَ مَنْ يُرِيدُ قَتْلَ آخَرَ، مَخَافَةَ أَنْ يُقْتَصَّ مِنْهُ فَحَيِيَا بِذَلِكَ مَعًا»
”Jika Qisas dilakukan dan hukumnya terealisasi maka siapa saja yang ingin membunuh orang lain akan terhalang kerana takut pembalasan akan diambil dari dirinya. Dengan demikian mereka berdua (calon pelaku dan korban) akan hidup.”[6]
Oleh itu, maslahat mestilah didasarkan pada syariah, bukan pada akal. Ia senantiasa menyertai syariah. Di mana ada syariah, di situ pasti ada maslahat. Sebabnya, syariahlah yang menentukan kemaslahatan bagi mansusia selaku hamba Allah SWT.
WalLâhu a’lam.
Catatan kaki:
1. Abu Ja’far Muhammad bin Jarir al-Tabari, Jâmi Al-Bayân Fî Ta’wîl al-Qur’ân, Pentahkik. Ahmad Muhammad Syakir, Cet. I. (Beirut: Muassasah al-Risâlah, 2000), Juz 17, h. 591–592.
2. Muhammad bin Ahmad bin Abu Bakr al-Qurthuby, Al-Jâmi’ Li Ahkâm al-Qur’ân, Pentahkik. Ahmad Barduni dan Ibrahim Athfisy (Kairo: Dâr al-Kutub al-Mishriyah, 1964), Juz 10, h. 352.
3. Imam as-Sarakhsi, Ushûl As-Sarakhsi (Beirut: Dâr al-Ma’rifah, t.th), Juz 2, h. 65.
4. Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali, Ihya‘ ’Ulumiddin (Beirut: Dâr al-Ma’rifah, t.th), Juz 1, h.23.
5. Nashiruddin Abu Said Abdullah bin ‘Umar al-Baidhawi, Anwâr At-Tanzîl Wa Asrâr at-Ta’wîl, Pentahkik. Muhammad Abdurrahman al-Mar’asyali, Cet. I. (Beirut: Dâr Ihya al-Turats al-Arabi, 1418), Juz 4, h. 62.
6. Qurthuby, Al-Jâmi’, Juz 2, h. 256.
Sumber: Alwaie
#maslahat #mafsadat #nilaimoral #standardperbuatan