Kejujuran Abu Dujanah
Jarang diketahui bukan bermakna tidak dikenali di kalangan sahabat Rasulullah SAW. Selain dikenal sebagai sahabat dan pejuang tangguh, Abu Dujanah juga dikenali sebagai ayah yang penuh tanggung jawab.
Abu Dujanah dikenal sebagai sahabat Rasulullah SAW yang setelah solat selalu segera pulang tanpa menunggu doa Rasulullah SAW. Hal ini membuat Rasulullah SAW bertanya kepadanya tentang alasannya, “Mengapa engkau berperilaku demikian, wahai Abu Dujanah?”
Abu Dujanah menjawab, “Di halaman rumahku terdapat sebatang pokok kurma yang bukan milikku, tetapi milik jiranku yang terkenal sebagai seorang munafik. Oleh itu, setiap kali sebiji kurma jatuh, aku akan segera membersihkannya dan mengembalikannya kepada pemiliknya. Aku tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan. Matlamatku hanyalah untuk menghalang anak-anakku daripada memakan apa-apa yang haram. Namun, pada suatu hari aku mendapati anakku terjaga dan memakan kurma tersebut. Aku segera mengeluarkannya dari mulutnya, walaupun anakku menangis teresak-esak. Begitulah keadaannya, wahai Rasulullah.”
Penjelasan Abu Dujanah membuat Rasulullah SAW dan Abu Bakar as-Siddiq begitu terharu hingga keduanya menitiskan air mata. Mereka tersentuh oleh kesungguhan Abu Dujanah menjaga keluarganya dari hal-hal yang haram, meski hidup dalam keterbatasan.
Rasulullah SAW sangat mengagumi kejujuran dan ketaatan Abu Dujanah. Beliau bahkan mencari pemilik pohon kurma tersebut dan menawarkan harga tinggi untuk membelinya. Hal ini dilakukan Rasulullah SAW sebagai bentuk kepedulian terhadap sahabatnya yang sedang kesulitan. Air mata Rasulullah SAW bukan hanya ungkapan haru, melainkan juga tanda kasih sayang dan penghargaan atas keteguhan iman Abu Dujanah. (Disarikan dari pelbagai sumber).
Hikmah
Dari sekelumit kisah Abu Dujanah tersebut, kita dapat memetik beberapa hikmah:
Pertama, Abu Dujanah menegaskan pentingnya jujur dan taat kepada Allah SWT, meski berada dalam kesulitan. Di tengah-tengah kehidupan sekular kini di mana kesenangan, nilai kejujuran dan ketaatan sering kali terabaikan, godaan untuk meraih keuntungan dengan cara segera dan tidak halal begitu kuat sekali. Demikianlah, kehidupan sekular menjauhkan manusia dari ketaatan dan kejujuran. Tambahan pula, jika seseorang tersebut diberi amanah berbentuk jawatan dan kekuasaan. Mereka terlena dengan nikmat dunia dan tidak takut akan hisab yang menantinya di akhirat jika berlaku penipuan dan pengkhianatan.
Kedua, Abu Dujanah mengajarkan agar berhati-hati serta memastikan nafkah yang diberikan kepada keluarga bukan dari harta haram.
Ketiga, Abu Dujanah merupakan teladan ideal seorang ayah yang penuh tanggung jawab dan sentiasa takut kepada Allah SWT dalam mendidik anak-anaknya. Kisahnya menjadi peringatan bahawa Islam mewajibkan setiap ibu bapa untuk menanamkan akidah Islam dan keperibadian mulia kepada anank-anak mereka.
Keempat, Abu Dujanah menunjukkan sikap qanaah, iaitu merasa cukup dan tidak tamak. Ketamakan dan kerakusan akan mendatangkan bencana bagi orang lain. Kerakusan dan keserakahan (at-thama’) bukan sekadar kelemahan peribadi, melainkan penyakit hati yang merosak kehidupan bermasyarakat.
Kerakusan lahir dari keinginan berlebihan. Sementara itu, keserakahan tumbuh dari nafsu yang tidak pernah puas akan harta, kuasa, dan kenikmatan dunia. Jika dibiarkan, keduanya akan melahirkan ketidakadilan, penyalahgunaan, dan runtuhnya nilai moral dalam masyarakat.
Orang yang tamak akan mengabaikan batas halal dan haram. Sedangkan orang yang serakah akan terus menimbun kekayaan tanpa peduli penderitaan orang lain. Rasulullah SAW bersabda, “Jika anak Adam memiliki dua lembah harta, dia pasti ingin memiliki lembah ketiga. Dan tidak ada yang boleh memenuhi perut anak Adam, kecuali tanah (kematian). Dan Allah SWT akan menerima taubat siapa saja yang bertaubat.” [HR Bukhari dan Muslim].
Kisah Abu Dujanah menegaskan bahawa hakikat kekayaan bukan terletak pada banyaknya harta, melainkan pada ketaatan kepada Allah SWT dan ketenangan hati. Kisah ini juga memberikan satu pesan penting bahawa beriman dan bertakwa memerlukan persekitaran yang baik, iaitu sistem kehidupan yang diatur berdasarkan syariat Islam secara kaffah. Semoga kisah ini menjadi dorongan bagi kita untuk sentiasa taat, jujur, dan menjaga iman di tengah-tengah kehidupan sekular yang mengikis nilai-nilai keimanan dan ketakwaan. Wallahu’alam.
Sumber: muslimahnews id
#TokohInspirasi #Sahabat #AkhlakMulia #Jujur #AyahSoleh #MuslimIdeal