Pembebasan Al-Quds oleh Umar bin Khattab RA
Penulis: Ustazah Dr. Rahmah
Masalah Palestin telah dirancang oleh musuh-musuh Islam sejak lama dengan mendirikan negara bagi entiti Yahudi di jantung wilayah Turki Uthmani/Khilafah Uthmaniyah. Tujuannya adalah menghancurkan negara raksasa tersebut dan memecah-belahnya menjadi negeri-negeri kecil yang tidak berdaya dan senantiasa menghalang kebangkitan kaum Muslim untuk meraih kejayaannya kembali. (Iyad Hilal, Palestin, Akar Masalah dan Solusinya, hlm. 13). Hal ini sebagaimana dikatakan tokoh British ketika menyambut pendirian negara Yahudi yang diusahakan gerakan Zion*s yang didirikan oleh Theodore Hertzl pada 1896 M. (Dr. Ali M. ash-Shalabi, Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Uthmaniyah, Jakarta: Pustaka Al-Kautsar, 2004).
Kemudian masalah Palestin muncul sebagai masalah politik sejak 1916 M, ketika wilayah Turki Uthmani dibagi-bagi di antara negara-negara Eropah (khususnya antara Perancis dan Britain sebagai negara kuasa besar waktu itu) dengan perjanjian Sykes-Picot, dilanjutkan perjanjian Balfour. (Fathi Yakan, Islam di Tengah Persekongkolan Musuh Abad-20, Jakarta, Gema Insani Press, 1992, hlm. 53—54).
Sejak pendudukan entiti Yahudi atas Palestin, mereka telah merampas tanah Palestin sehingga makin lama wilayah Palestin makin sempit. Di samping itu, serangan entiti Yahudi telah menciptakan neraka bagi Palestin. Korban syahid di Gaza mencapai 2450 nyawa, termasuk 724 di antaranya kanak-kanak. Mangsa yang tercedera dianggarkan 9200 orang dan satu anak syahid setiap 10 minit (November 2023). Sejak 1948 sudah terjadi lebih dari 30 serangan dengan 957000 mangsa dari kalangan penduduk Palestin diusir, manakala 154,000 syahid (Nusantara Palestin Center, Mei 2025).
Pembebasan Al-Quds
Palestin adalah bahagian daripada negeri Syam yang tidak dapat dipisahkan daripada ajaran Islam. Rasulullah SAW memberikan banyak pujian terhadap negeri Syam. Di Palestin, sebagai sebahagian daripada negeri Syam, juga terdapat Masjidil Aqsa. Masjid ini merupakan kiblat pertama kaum Muslim dan tempat persinggahan dalam perjalanan Israk Mikraj. Wilayah Palestin dan sekitarnya ialah tempat yang telah diberkati oleh Allah. Palestin adalah milik kaum Muslim sejak Allah SWT mengaitkan negeri ini dengan Baitullah al-Haram, ketika mengisrakkan Rasul-Nya dari Masjidil Haram menuju Masjidil Aqsa Firman Allah Taala dalam QS Al Isra’ (17): 1,
سُبۡحَٰنَ ٱلَّذِيٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلٗا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِي بَٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنۡ ءَايَٰتِنَآۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ ١
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Melalui ayat tersebut sungguh Allah SWT telah menjadikan tempat tersebut sebagai bumi yang suci lagi diberkati. Hati kaum Muslim terpaut erat dengan ibu kota Palestin (Baitul Maqdis) kerana Allah SWT telah menjadikannya sebagai kiblat yang pertama, sebelum Allah memerintahkan untuk menghadap ke arah kiblat, iaitu ke Baitullah, Mekah. (Qadlayah Siyasiyah, hlm. 4).
Khusus terkait keutamaan Masjidil Aqsa, Rasulullah SAW bersabda, “Sekali solat di Masjidil Haram sama dengan 100.000 solat. Sekali solat di Masjidku (di Madinah) sama dengan 1.000 solat. Sekali salat di Masjidil Aqsa sama dengan 500 salat.” (HR Ath-Thabrani dan Al-Bazzar).
Palestin adalah tanah air kaum Muslim dan telah berabad-abad menjadi bahagian daripada wilayah Islam. Kaum Muslim juga terikat dengan Palestin serta Jerusalem kerana wilayah itu telah menjadi bahagian daripada negeri-negeri Islam dengan status sebagai tanah kharaj sejak era Kekhalifahan Umar bin Khattab RA pada 637 M. Setelah peperangan yang berkecamuk selama berbulan-bulan, akhirnya tercapai kesepakatan perjanjian Umariyah. Umar bin Khattab sendiri yang memasuki kota Jerusalem, setelah Uskup Jerusalem, Sophronius menyerahkan kunci Kota Jerusalem kepada Khalifah Umar bin Khattab RA secara langsung. (M. Husain Haekal, Umar bin Khattab, Bogor: Litera Antar Nusa).
Adapun proses pembebasan Al-Quds, Umar bin Khattab memimpin pasukan Muslim dalam penaklukan ini. Namun yang lebih menarik adalah pendekatan diplomasi yang beliau ambil dalam pembebasan kota ini. Pada awalnya, pasukan Muslim mengepung Jerusalem selama beberapa bulan, dari 636 hingga 637 M. Walaupun pasukan Muslim unggul dalam pertempuran, kota ini memiliki pertahanan yang kuat. Pengepungan dilakukan dengan hati-hati kerana Al-Quds merupakan kota yang sangat suci bagi masyarakat Kristian dan memiliki tempat-tempat suci yang penting.
Salah satu aspek penting dari pembebasan Al-Quds adalah peranan perundingan diplomatik yang dilakukan oleh Umar bin Khattab. Setelah pengepungan yang panjang, penduduk Jerusalem akhirnya setuju untuk menyerahkan kota kepada pasukan Muslim dengan syarat tertentu. Mereka meminta agar pemimpin Muslim, iaitu Khalifah Umar bin Khattab yang datang sendiri untuk menerima penyerahan kota dan memberikan jaminan keselamatan kepada penduduk. (M. Husain Haekal, Umar bin Khattab, Bogor: Litera Antar Nusa).
Perjanjian Umariyah
Setelah rundingan selesai, diputuskan bahawa perjanjian yang disebut Perjanjian Umariyah dibuat. Perjanjian ini memberikan jaminan keselamatan bagi masyarakat Kristian di Jerusalem dan menjamin kebebasan beribadah di tempat-tempat suci mereka. Ini adalah perjanjian yang memberikan kebebasan agama bagi masyarakat Kristian dan tidak memaksa mereka untuk memeluk agama Islam. Di samping itu, umat Islam juga diberikan hak untuk beribadah di Masjidil Aqsa yang berada di Jerusalem. (M. Husain Haekal, Umar bin Khattab, Bogor: Litera Antar Nusa).
Dalam perjanjian Umariyah tersebut Khilafah berkewajipan memberikan jaminan kepada kaum Nasrani baik terkait harta, jiwa, mahupun ibadah mereka. Khilafah juga diminta untuk tidak mengizinkan orang-orang Yahudi tinggal bersama kaum Nasrani dan kaum Muslim di Jerusalem. Khalifah Umar kemudian menjamin tidak ada satu pun orang Yahudi yang akan lalu dan bermalam di wilayah tersebut. Perjanjian Khalifah Umar dengan kaum Nasrani Jerusalem ini mengikat kaum Muslim hari ini, bahkan hingga akhir zaman.
Demikianlah, pembebasan Al-Quds oleh Umar bin Khattab adalah peristiwa penting dalam sejarah Islam yang terjadi pada 637 M (15 H) setelah melalui proses panjang yang melibatkan pertempuran dan diplomasi. Inilah bukti nyata bahawa Palestin adalah tanah milik kaum Muslim. Palestin adalah tanah air kaum Muslim dan telah berabad-abad menjadi bahagian dari wilayah Islam. Oleh kerana itu, ketika hari ini Palestin ada dalam penindasan entiti Yahudi, wajib bagi kaum Muslim untuk membebaskannya.
Syariat Islam telah mewajibkan jihad fi sabilillah atas kaum Muslim ketika mereka diperangi musuh. Allah SWT berfirman yang maksudnya, “Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu.” [TMQ Al-Baqarah (2): 194].
Allah SWT juga memerintahkan untuk mengusir siapa pun yang telah mengusir kaum Muslim, “Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu.” [TMQ Al-Baqarah (2): 191]
#KisahRamadhan #Palestin #PembukaanBaitulMaqdis #BaitulMaqdis #JihadFiSabilillah #Syariah #Khilafah #NegaraIslam #KepimpinanIslam #PembebasanAlQuds #FreePalestine