[Kewangan Global] Perspektif Islam (Bahagian 1/6)
Penulis: Jamal Harwood
Gordon Brown betul apabila mengkritik masalah kitaran ledakan dan kejatuhan sebagai perkara biasa dan merosakkan masyarakat. Mencapai pertumbuhan yang konsisten, atau sekurang-kurangnya persekitaran yang konsisten tanpa mengenakan sebarang kawalan ke atas pengembangan dan penguncupan yang melemahkan, adalah apa yang dicari oleh semua orang.
Konsistensi juga penting dalam persekitaran monetari dan fiskal. Apabila perniagaan tidak mengetahui kadar pertukaran, mereka terpaksa berdagang di dalam dan luar negara. Cukai juga akan menjadi faktor, dan kestabilan harga akan bertentangan dengan inflasi, menjadikannya sangat tidak mungkin dapat menjaga konsistensi keuntungan perniagaan akan sentiasa menguntungkan dan ketenaga-kerjaan akan dikekalkan
Selain persekitaran fiskal dan monetari serta kerosakan inflasi, masyarakat kapitalis juga sentiasa bergelut dengan kekangan pengawalseliaan (regulasi). Pasaran bebas yang kita telah bahas sebelumnya adalah tatanan yang rapuh. Sementara itu, jajaran pemerintahan konservatif liberal bertujuan meminimalisasi campur tangan pemerintah dan mengurangkan regulasi sehingga ke tahap minimum.
Namun begitu, buku statut kekal sarat dan terus dipinda secara berterusan melalui perundangan yang bersifat reaktif, mengikut arus sistem yang terbukti gagal menyediakan kestabilan yang diharapkan. Masyarakat tidak memerlukan mozek rangka kerja yang sentiasa berubah dan mengelirukan dalam menangani krisis. Sebaliknya, masyarakat memerlukan prinsip dan undang-undang yang jelas serta stabil agar mereka dapat merancang masa depan dengan penuh keyakinan.
Krisis kewangan dapat dikategorikan sebagai penciptaan kredit tidak terkendali dalam sistem kewangan yang tidak terkawal. Hal ini tidak hanya memungkinkan penciptaan wang dan faedah daripada sesuatu yang tidak ada, tetapi juga perjudian pada skala pemikiran. Kekayaan dihasilkan dari luar sistem berdasarkan asas jumlah yang sebenarnya tidak ada, sehinggakan tidak akan dapat digantikan dengan mudah.
Berdasarkan perspektif Islam, semua itu sebenarnya boleh diramal dan dihindari. Oleh kerana itu, ubatnya adalah dengan menerapkan sistem Islam secara menyeluruh melalui struktur pemerintahan dalam bentuk sistem pemerintahan Khilafah. Khilafah adalah sebuah sistem pemerintahan di mana ekonomi digerakkan berdasarkan pemenuhan keperluan masyarakat, bukan berdasarkan perbankan yang tidak jelas rupanya.
Beberapa prinsip ekonomi Islam berikut ini disajikan bukan sebagai poin-poin reaksioner untuk diperdebatkan dalam rangka kerja mengatasi krisis dan menuai tindak balas yang negatif. Akan tetapi, sebagai ideologi alternatif yang pernah menikmati kejayaan selama berabad-abad oleh umat Islam mahupun bukan Islam.
Krisis Kemanusiaan
Mungkin aspek yang paling mengejutkan di sebalik krisis ini adalah, sesungguhnya krisis ini lebih tepat dianggap sebagai krisis kemanusiaan berbanding krisis kewangan. Ada manusia yang kehilangan rumah, pekerjaan, dan simpanan mereka, tetapi berita utama akhbar-akhbar lebih menyoroti mekanisme, syarikat, dan dolar. Hal ini juga tecermin dalam dasar kerajaan menangani krisis yang terfokus kepada usaha melindungi syarikat dan komoditi yang sukar didapati dalam sistem yang disebut “kepercayaan” (Amanah), bukan kepada individu masyarakat biasa.
Tekanan yang bertransisi pada pertumbuhan KDNK dengan segala bentuk pembiayaan (apa juga cara) dan tanggapan yang tidak tepat tentang kesan positif pertumbuhan terhadap golongan miskin berulang kali telah terbukti salah. Ini kerana jurang pemisah antara masyarakat miskin dan kaya dalam masyarakat kapitalis terus melebar.
Prinsip ekonomi pertama dalam Islam adalah pemenuhan keperluan asas bagi seluruh masyarakat tanpa terkecuali. Masalah ekonomi tertumpu pada kitaran pengagihan, bukan pada pengeluaran/produksi. Kita tidak pernah kekurangan kekayaan di mana-mana pun di bumi ini.
Namun, kadar peningkatan pengeluaran yang terus terakumulasi dan tidak pernah seimbang membuat skala kemiskinan terus meningkat secara besar-besaran, bahkan di negara yang paling maju sekalipun. Islam tidak pernah memandang rendah peranan sebuah kejayaan. Di sepanjang sejarahnya, banyak umat Islam dan bukan Islam yang hidup di Negara Khilafah sebagai orang kaya.
Perbezaannya terletak pada tanggungjawab negara dan individu untuk memastikan bahawa seluruh masyarakat sekurang-kurangnya terpenuhi keperluan asas berupa makanan, perumahan, pakaian, kesihatan , dan pendidikan. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Anak Adam tidak memiliki hak yang lebih baik daripada sebuah rumah di mana dia tinggal di dalamnya dan sepotong pakaian yang dengannya dia menutup aurat, serta sepotong roti dan air.” (HR Tirmidzi).
Ini menjadi asas sistem ekonomi Islam, di mana segala dasar dan peraturannya digerakkan demi memenuhi keperluan-keperluan tersebut. Sekiranya keluarga besar tidak mampu memenuhi keperluan tersebut, negara akan bertindak untuk memastikan agar keperluan asas tersebut dapat terpenuhi. Fakir miskin menjadi kaum yang berhak menerima pembayaran zakat.
Ini jelas berbeza dengan kapitalisme pasaran bebas yang hanya terfokus pada peningkatan KDNK, yakni sebuah ukuran kemajuan yang salah. Masyarakat telah bertindak benar ketika mereka mempersoalkan ketiadaan perlindungan bagi ratusan ribu orang yang kehilangan rumahnya di AS semasa krisis perumahan atau bagi mereka yang kehilangan pekerjaan semasa kemelesetan.
Respons yang dilakukan kerajaan pemerintah ketika itu sebaliknya lebih tertumpu kepada menyelamatkan bank-bank dan menyalurkan kecairan (likuiditi) ke dalam sistem perbankan, bukannya terus kepada masyarakat. Bank-bank besar tidak dibiarkan rugi, tetapi kegagalan individu yang berleluasa dan dibiarkan sebagai sesuatu yang lumrah. Pemerintah pula mengemukakan pentingnya kawalan perbelanjaan ketika merundingkan semula sektor awam serta pembayaran perkhidmatan yang bahkan tidak mencapai level inflasi. Semua dilakukan seraya mendakwa bahawa itu akan memeras wang rakyat berjuta-juta dolar.
Akibatnya, ratusan bilion, bahkan trilion dolar telah dcurahkan ke dalam sistem perbankan secara melulu dan tidak wajar. Syariat Islam menetapkan bahawa negara menyediakan cadangan untuk memenuhi keperluan asas (hanya keperluan asas), tetapi tidak bertanggungjawab untuk menjamin syarikat swasta dengan menggunakan wang negara dan masyarakat. Nasionalisasi bank swasta juga bertentangan dengan syariat yang dengan jelas membezakan antara pemilikan negara dengan kepemilikan swasta dan persendirian.
Negara-negara kaya telah mengalami kelumpuhan serius dalam memenuhi janjinya untuk meningkatkan pembiayaan , penghapusan hutang, dan akses ke pasaran mereka bagi barang-barang eksport dari negara-negara membangun. Kempen ala baru yang dikumandangkan pada 2000 untuk mengatasi kemiskinan, sebaliknya pada 2015, baru berlangsung separuh jalan. Tetapi sudah hancur berantakan di sebalik pelbagai istilah pembayaran yang dijanjikan dan hasil yang dituai.
Walaupun harapan tersebut disambut baik, tetapi harapan saja tidak cukup. Peningkatan pembiayaan hingga mencapai target 0.7% daripada pendapatan bersih nasional di kebanyakan negara adalah kegagalan pencapaian target.
*Bersambung ke “Perspektif Islam” Bahagian 2/6.
Sumber: Jamal Harwood, Membedah Krisis Kewangan Global.
—————