[Kewangan Global] Kecacatan Sistemik dalam Kapitalisme (Bahagian 5/5)
Penulis: Jamal Harwood
(Sambungan Dari “Kecacatan Sistemik” Bahagian 4/5.)
Amerika Syarikat mengalami defisit sebesar 2/3 daripada KDNK (dengan hutang Persekutuan melebihi US$10 trilion termasuk obligasi yang tidak didanai, jumlahnya mencecah sekitar US$60 trilion). Pihak asing memiliki dana sekuriti mencecah nilai US$2.6 trilion. Ada penurunan minat para pelabur asing akibat jatuhnya dolar dalam jangka panjang, serta hutang yang ada terutama dimiliki oleh Jepun, China, dan Bank-Bank Pusat negara-negara pengeksport minyak.
Amerika Syarikat menghadapi peningkatan kebergantungan terhadap pasaran eksport yang terus mengecil kerana persaingan produk yang kompetitif pada import asing dan persaingan sengit di luar negara. Bahkan negara-negara lemah semacam Kuwait lebih memilih untuk menarik balik dananya dan menanamkannya pada mata wang selain dolar. Pemberian jaminan bank-bank terbesar telah menggelembungkan hutang dalam suatu sistem yang semakin mendekati tebing jurang. Sebagai tambahan pada sistem kewangan yang tidak stabil ini, segala macam perubahan dalam politik ekonomi dapat memberikan implikasi yang serius terhadap kesihatan ekonomi sesebuah negara. Sistem kapitalisme terbukti tidak dapat dibetulkan lagi selagi sistem itu sendiri tidak memiliki hasrat memperbaiki dirinya.
Suatu Sistem Ekonomi Bebas Faedah
Faedah dan keuntungan membawa implikasi yang sangat berbeza bagi pihak-pihak yang terlibat dan bagi sistem secara keseluruhan. Berikut adalah beberapa konsekuensi daripada ekonomi berasaskan faedah:
- Eksploitasi keperluan.
- Faedah dibayar oleh orang awam sekalipun mereka tidak meminjam wang. Faedah dicantumkan di dalam segala macam harga barang yang dibeli dan ada faedah pada hutang nasional yang dikumpulkan melalui mekanisme cukai.
- Pengaruh kadar faedah yang berfungsi sebagai mekanisme agihan semula (redistribusi) tersembunyi tidak sama bagi semua.
- Meminjamkan wang tanpa dukungan kecairan demi kadar pulangan tinggi menjadi agen ketidakstabilan dan penyebab utama krisis masa kini.
- Mengabaikan masa depan kerana faedah dihitung berdasarkan penghargaan terhadap modal yang ditanamkan. Orang cenderung lebih suka memikirkan jumlah saat ini daripada jumlah yang sama pada masa depan. Logik yang patut dipertanyakan ini dapat memberikan implikasi yang merosakkan. Mengabaikan pengaruh-pengaruh kadar faedah terhadap pemanfaatan sumber daya alam adalah satu kesilapan penting. Jika kadar faedah makin tinggi, sumber daya alam akan makin cepat habis. Tidak ada alasan bahawa hal ini tidak boleh dijadikan satu Kesimpulan logik. Pengabaian terhadap faktor ini akan menghasilkan “rasional secara ekonomi”, termasuk bahawa suatu spesies akan pupus, dan bahawa “dalam mengevaluasi projek pelaburan jangka panjang, khususnya yang biaya dan keuntungannya terpisah satu sama lain dalam jangka waktu panjang, peraturan net present value (nilai bersih terkini) menjadi panduan utama bagi pengambil keputusan. Hal ini untuk memaksimumkan manfaat yang ada bagi generasi sekarang sambil meletakkan sebahagian membebankan pengeluaran (kos) kepada generasi akan datang.
Percampuran antara keuntungan dan faedah telah mengelirukan pemahaman yang tepat tentang perbezaannya di Dunia Barat. Di dalam Islam, perbezaan kedua-duanya ditetapkan secara tegas. Keuntungan disokong oleh output (keluaran) yang sebenar. Terdapat juga sejumlah peraturan atau regulasi tentang struktur syarikat yang dapat dibentuk untuk menghasilkan keuntungan dan memberikan substansi kepada hubungan antara keuntungan dan output.
Sejarah mencatat bahawa sepanjang lebih dari 1000 tahun berdirinya sistem Islam, Negara Islam (khilafah) telah memberikan contoh yang hebat tentang kestabilan dan kemakmuran.
Sangat menarik untuk dicatat bahawa antara 1932–1933, sebuah kota kecil di Austria, yakni Wörgl, telah memulakan satu eksperimen. Datuk bandar tersebut meyakinkan golongan peniaga dan pimpinan untuk mengadakan sebuah eksperimen monetari menurut cara yang digagas dan disarankan Silvio Gesell. Dia menyarankan agar aliran wang diamankan dengan menjadikan wang sebagai subjek perkhidmatan kerajaan dalam penggunaan/penguasaan kos.
Dewan bandar telah mengeluarkan 32,000 “Work Certificates” (misalnya Schilling bebas faedah) yang disokong oleh Schilling Austria biasa di bank. Kos pemilikan/penguasaan wang adalah 1% per bulan. Kos ini perlu dibayar oleh orang yang memiliki nota bank pada setiap akhir bulan dalam bentuk cap bernilai 1% daripada nota yang dilekatkan pada bahagian belakang nota. Sekiranya tidak dibayar, maka nota tersebut tidak boleh digunakan.
Kos kecil ini mendorong mereka yang dibayar dengan Free Schilling untuk membelanjakannya dengan segera sebelum mereka menggunakan wang biasa. Malah orang ramai sanggup membayar cukai mereka lebih awal bagi mengelakkan kos kecil tersebut. Dalam tempoh setahun, 32,000 Free Schilling itu beredar sebanyak 463 kali, sehingga menghasilkan barang dan perkhidmatan bernilai 14,816.000 Schilling. Sebaliknya, Schilling biasa hanya berputar 21 kali.
Wörgl berjaya mengurangkan kadar pengangguran sehingga 25% dalam setahun, sementara Eropah masih bergelut dengan meningkatnya pengangguran dan kemelesetan ekonomi. Ketika lebih dari 300 komuniti di Austria mula tertarik menerapkan model ini, Austrian National Bank memandang monopolinya sebagai sesuatu yang membahayakan. Bank tersebut pun campur tangan dan melarang Dewan Bandar daripada mencetak wang tempatan mereka.
Kapitalisme dan Masa Depannya
Sebagaimana diungkapkan oleh Karl Polanyi, Kapitalisme itu tidak normal kerana merupakan suatu sistem di mana hubungan-hubungan sosial ditentukan oleh hubungan ekonomi. Ini jelas tidak sama dengan sistem yang berlaku sebelumnya di mana interaksi ekonomi mesti mengikuti interaksi sosial. Kapitalisme mengalami masalah-masalah konseptual yang beragam, antaranya:
- Bercampurnya keperluan dan pemuasan keinginan.
- Keperluan hanya bersifat materialistik.
- Komoditi dan perkhidmatan tidak berhubungan dengan struktur masyarakat.
Pelbagai andaian tersebut telah mendorong masyarakat dan dunia ke dalam kekacauan fizikal mahupun intelektual. Masa depan tentunya akan melihat perlunya satu pembetulan, yakni pembetulan terhadap sebuah sistem yang tidak mampu diperbaiki, sehingga diperlukan pula satu sistem alternatif lain yang dapat menggantikannya.
Sumber: Jamal Harwood, Membedah Krisis Kewangan Global.