Hijrah ke Habsyah dan Kestabilan Politik, Bukan Keseimbangan
Hijrah ke Habsyah bukanlah tindakan emosional individu yang melarikan diri kerana keyakinan mereka; sebaliknya ia adalah langkah politik yang dipertimbangkan dengan cermat oleh gerakan Islam yang baru lahir, yang masih dalam keadaan lemah. Ketika penganiayaan meningkat di Mekah, dan penyeksaan menjadi dasar sistematik untuk menyekat dakwah, kaum Muslim tidak diperintahkan untuk membalas dengan senjata, juga tidak diminta untuk berasimilasi ke dalam masyarakat. Sebaliknya, mereka diarahkan ke pilihan ketiga: penempatan semula secara sementara ke suatu wilayah di mana keyakinan (keimanan) dapat dilindungi, tanpa perlu mengkompromikan kepercayaan mereka atau tunduk pada idea, kebiasaan, sentimen, atau tradisi yang bertentangan dengan mereka.
Pemilihan Habsyah bukanlah suatu kebetulan. Selain kedudukan geografinya yang paling dekat, wilayah ini juga memiliki keunggulan politik utama, yakni seorang penguasa yang di bawah kepemimpinannya “tidak ada seorang pun yang dizalimi”. Ungkapan singkat ini merangkumi prinsip penting dalam pemikiran politik berupa, pencarian lingkungan yang menumbuhkan keadilan, yang membolehkan gagasan tetap bertahan dan berkembang, sekalipun lingkungan tersebut bukanlah lingkungan Islam. Tujuannya bukanlah untuk berasimilasi secara akidah (keyakinan), melainkan bentuk perlindungan sementara.
Nabi Muhammad SAW menyedari dinamika serta peta kekuasaan di Semenanjung Arab dan sekitarnya. Suku Quraisy memiliki pengaruh ekonomi yang cukup besar, tetapi mereka bukanlah satu-satunya kekuatan di wilayah tersebut. Habsyah dengan kekuatan angkatan laut dan hubungan perdagangannya, merupakan penyeimbang yang signifikan di Laut Merah. Ketika beliau mengirim sekelompok sahabat ke sana dengan membawa tujuan berganda, iaitu untuk melindungi individu-individu tersebut, serta untuk menunjukkan bahawa dakwah kepada Islam tidak terhad pada wilayah Mekah sahaja.
Ketika kaum Quraisy cuba menekan mereka yang hijrah agar kembali, mereka mengirim Amr bin al-Ash dengan delegasi yang sarat dengan hadiah untuk memujuk Najasi agar menyerahkan mereka. Di sinilah, sebuah adegan terungkap yang menunjukkan keimanan yang teguh dan kecerdasan politik.
Jaa’far bin Abi Talib RA tidak berkompromi dalam menyampaikan Islam, dan dia juga tidak menyembunyikan keyakinannya tentang Isa `alaihissalam. Dia membacakan ayat-ayat dari Surah Maryam, dan Najasi menangis sehingga janggutnya basah kuyup oleh air mata. Kaum Muslim tidak menyembunyikan perbezaan akidah (keyakinan) mereka, tetapi justeru menyampaikannya dengan jelas dan penuh hormat. Hasilnya? Najasi menolak untuk menyerahkan mereka dan mengembalikan hadiah-hadiah kaum Quraisy.
Momen ini menghadirkan model yang tepat, bahawa sesungguhnya Islam tidak mengasingkan diri daripada realiti antarabangsa, juga tidak larut ke dalamnya. Islam tidak mengasingkan diri, juga tidak berkompromi dengan bertopengkan realisme. Islam turut serta secara langsung, membentuk pakatan sementara jika perlu, dan memanfaatkan percanggahan antara kekuatan, tetapi tidak melepaskan prinsip-prinsip dasarnya. Jaa’far tidak mengatakan apa pun untuk menyenangkan istana Habsyah dengan mengorbankan agama, juga tidak terlibat dalam konfrontasi yang tidak perlu dan provokatif. Pidatonya jelas, terukur, dan mengungkapkan doktrin yang tegas dan jelas.
Dalam realiti kontemporari, kita seringkali dihadapkan pada dua pilihan yang kontradiktif: pengasingan menyeluruh dengan dalih menjaga identiti, atau asimilasi ke dalam sistem yang ada dengan bertopengkan realisme politik. Pengalaman hijrah ke Habsyah mematahkan polarisasi tajam ini. Suatu umat boleh terlibat dalam sistem antarabangsa yang kompleks dan mencari ruang untuk beroperasi tanpa perlu meninggalkan visinya sendiri. Umat juga boleh menolak tekanan yang mengancam jati dirinya (identiti Islamnya), sekalipun jika tekanan itu datang daripada negara kuasa besar.
Politik dalam Islam bukan sekadar pengelolaan kepentingan secara langsung, juga bukan idealisme yang terlepas daripada keseimbangan kekuasaan. Politik merupakan pembacaan realiti secara sedar dan pemahaman tentang hubungan antarabangsa, yang dipadukan dengan keteguhan iman dan hukum-hukum yang berasal darinya. Hijrah ke Habsyah bukanlah deklarasi kesetiaan kepada Najasi, juga bukan penerimaan keyakinannya; melainkan, itu adalah langkah dalam proses yang lebih besar yang bertujuan untuk mendirikan negara merdeka. Ketika dukungan tersedia di Madinah, maka mereka yang hijrah pun kembali, kerana keadaan telah berubah.
Hijrah ke Habsyah mengajarkan kita bahawa mencari perlindungan bukanlah kelemahan jika didasarkan pada visi yang jelas. Hijrah ke Habsyah juga mengajarkan kita bahawa menyampaikan idea-idea kita dengan percaya diri dan tanpa kompromi adalah sebuah kewajipan, walaupun jika semua orang tidak bersetuju dengan kita. Hijrah ke Habsyah juga mengajarkan kita bahawa politik tidak dijalankan dengan emosi, tetapi dengan pemahaman tentang realiti dan konteks sekitarnya, sesuai dengan prinsip hukum-hukum Islam.
Demikianlah yang terjadi dalam hijrah ke Habsyah: sebuah tindakan politik, sebuah visi, dan langkah yang dipertimbangkan dalam sebuah perjalanan menuju pemerkasaan yang tidak terjadi secara kebetulan, melainkan sebagai buah atau hasil daripada pendekatan yang memahami realiti tanpa perlu mengorbankan pesanan dakwah yang ingin disampaikan.
Pejabat Media Hizbut Tahrir
di Wilayah Mesir
Sumber: hizb-ut-tahrir.info, 26/2/2026.
#KhazanahIslam #Hijrah #HijrahkeHabsyah #TeladandaripadaSirah #Dakwah #NegaraIslamMadinah #ThariqahDakwahRasul