Hukuman Akhirat Atas Maksiat
Syariat Islam telah menjelaskan menjelaskan bahawa terdapat dua jenis hukuman bagi kemaksiatan, iaitu hukuman di akhirat, dan hukuman di dunia. Adapun hukuman di akhirat, maka Allah ﷻ sendiri yang akan menghukum pelakunya. Firman Allah ﷻ:
]يُعْرَفُ الْمُجْرِمُونَ بِسِيمَاهُمْ فَيُؤْخَذُ بِالنَّوَاصِي وَاْلأَقْدَامِ[
“Orang-orang yang berdosa dapat dikenal daripafa tanda-tandanya, lalu dipegang daripada atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka)” [TMQ Ar-Rahmân (55): 41]
]وَالَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ نَارُ جَهَنَّمَ[
“Dan orang-orang kafir bagi mereka neraka Jahannam.” [TMQ Fâthir (35): 36]
]وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلاَ يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ، يَوْمَ يُحْمَى عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَى بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ هَذَا مَا كَنَزْتُمْ ِلأَنْفُسِكُمْ فَذُوقُوا مَا كُنْتُمْ تَكْنِزُونَ[
“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab daripada) apa yang kamu simpan itu.” [TMQ at-Taubah (9): 34-35]
]وَإِنَّ لِلطَّاغِينَ لَشَرَّ مَآبٍ، جَهَنَّمَ يَصْلَوْنَهَا فَبِئْسَ الْمِهَادُ[
“Dan Bahawa sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (dengan kekufuran atau kederhakaannya) seburuk-buruk tempat kembali, Iaitu neraka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; maka seburuk-buruk tempat menetap ialah neraka Jahannam.” [TMQ. Saâd (38): 55-56]
Walaupun Allah ﷻ mengancam pelaku dosa dengan seksaan, namun urusan mereka dikembalikan kepada kehendak Allah ﷻ. Jika Dia menghendaki, Dia akan menyeksa mereka; dan jika Dia menghendaki, Dia akan mengampuni mereka.
]إِنَّ اللهَ لاَ يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ[
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya).” [TMQ an-Nisâa (4): 48]
Dan taubat mereka akan diterima berdasarkan keumuman dalil ini.
Sumber: Kitab “Nizham al-Uqubat” – Abdurrahman Al-Maliki
#BalasanAkhirat #Taubat #Maksiat