[Demokrasi Sistem Kufur] Haram Mengambil, Menerapkan, dan Menyebarluaskan Demokrasi (Bahagian 8/16)
Penulis: Sheikh Abdul Qadim Zallum
(Sambungan dari Bahagian 7/16.)
Sebelum menjelaskan pertentangan demokrasi dengan Islam serta menerangkan hukum syarak mengenai pengambilan demokrasi, kami ingin membahaskan berdasarkan nas-nas dan hukum syarak tentang perkara-perkara yang boleh dan yang haram diambil oleh umat Islam daripada umat dan bangsa lain.
Dalam hal ini, kami berpendapat seperti berikut:
- Sesungguhnya hukum asal bagi semua perbuatan manusia serta semua benda yang digunakan atau yang berkaitan dengan perbuatan manusia adalah mengikuti Rasulullah SAW dan terikat dengan hukum-hukum yang dibawanya. Keumuman ayat-ayat hukum menunjukkan bahawa dalam perkara-perkara tersebut, adalah wajib untuk merujuk dan terikat dengan syariat Islam.
Allah SWT berfirman, “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya.” (TMQ Al-Hasyr [59]: 7).
“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” (TMQ An-Nisa’ [4]: 65).
“Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah.” (TMQ Asy-Syûrâ [42]: 10).
“Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.” (TMQ An-Nisa’[4]: 59).
Rasulullah SAW bersabda, “Siapa saja yang melakukan suatu perbuatan yang tidak kami perintahkan, maka ia tidak diterima.” (HR Muslim).
“Siapa saja yang mengada-adakan sesuatu di dalam urusan (agama) kami ini yang tidak berasal darinya, maka hal itu tertolak.” (HR Al-Bukhari).
Dalil-dalil di atas menunjukkan bahawa pada dasarnya mengikuti dan terikat dengan syariat adalah wajib, baik dalam konteks perbuatan manusia mahupun benda-benda yang digunakannya. Dengan demikian, seorang muslim tidak boleh melakukan atau meninggalkan suatu perbuatan, kecuali setelah mengetahui hukum Allah yang terkait dengan perbuatan tersebut. Apabila perbuatan tersebut wajib atau mandub (sunnah), ia dapat melakukan perbuatan itu. Apabila perbuatan tersebut haram atau makruh, dia perlu meninggalkannya. Apabila perbuatan tersebut mubah, dia berhak memilih untuk melakukan perbuatan itu atau meninggalkannya.
Atas dasar inilah, dalam konteks perbuatan manusia, berlaku kaedah, “Hukum asal perbuatan manusia adalah terikat dengan hukum Allah.” Sementara itu, berkaitan dengan benda-benda yang berhubungan dengan perbuatan manusia, maka hukum asalnya adalah mubah, selagi tidak terdapat dalil yang mengharamkannya. Dalam hal ini berlaku kaedah, “Hukum asal benda adalah mubah.” Maksudnya, benda apa pun tidak diharamkan, kecuali jika ada dalil syariat yang menunjukkan keharamannya. Prinsip ini didasarkan pada nas-nas syariat yang bersifat umum dan telah membolehkan manusia untuk memanfaatkan semua benda yang ada di alam sekitarnya.
Allah SWT berfirman, “Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi…” (TMQ Luqmân [31]: 20).
Kalimat “menundukkan untuk kalian apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi” bermakna bahawa Allah SWT telah membolehkan semua yang ada di dalamnya untuk dimanfaatkan oleh manusia.
Allah SWT juga berfirman, “Dialah (Allah) Yang telah menciptakan segala yang ada di bumi seluruhnya untuk kalian.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 29).
“Wahai manusia, makanlah oleh kalian apa saja yang halal dan baik yang terdapat di bumi.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 168).
“Dialah (Allah) Yang telah menjadikan bumi itu mudah bagi kalian. Oleh kerana itu, berjalanlah kalian di segala penjurunya dan makanlah rezeki-Nya.” (TMQ Al-Mulk [67]: 15).
Demikianlah beberapa ayat yang bersifat umum yang menunjukkan kebolehan terhadap segala sesuatu (benda). Keumuman lafaznya menunjukkan kebolehan untuk memanfaatkan segala sesuatu yang ada. Maksudnya, kebolehan untuk memanfaatkan semua benda yang ada memang telah ditunjukkan oleh khithâb (seruan) Allah SWT yang bersifat umum.
Dengan demikian, jika suatu benda diharamkan, keharamannya mestilah ditetapkan oleh nas syariat. Dengan kata lain, perlu ada nas lain yang mengkhususkan keumuman nas-nas di atas. Pengkhususan tersebut akan menunjukkan pengecualian benda tersebut dari kemubahannya yang bersifat umum.
Dalam hal ini, Allah SWT, misalnya, berfirman, “Diharamkan atas kalian bangkai, darah, daging babi, dan daging hewan yang disembelih atas nama selain Allah, binatang yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kalian sembelih, serta hewan apa saja yang disembelih untuk dipersembahkan kepada berhala.” (TMQ Al-Ma’idah [5]: 3).
Walhasil, dari sini dapat difahami bahawa hukum asal benda-benda yang digunakan manusia adalah mubah.
Syariat Islam secara sempurna telah meliputi seluruh fakta yang telah ada, semua masalah yang sedang dialami, dan berbagai peristiwa yang mungkin bakal terjadi pada masa mendatang. Tidak ada sesuatu pun yang terjadi, baik pada masa lalu, masa kini, mahupun pada masa yang akan datang, kecuali ada hukumnya dalam syariat Islam.
Dengan kata lain, syariat Islam telah menjangkau semua perbuatan manusia secara sempurna dan menyeluruh. Allah SWT berfirman, “Kami telah menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Quran) sebagai penjelas segala sesuatu, serta sebagai petunjuk, rahmat, dan pemberi khabar gembira bagi kaum muslim.” (TMQ An-Nahl [16]: 89).
“Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).” (TMQ Al-An’âm [6]: 38).
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, telah Aku cukupkan atas kalian nikmat-Ku, dan telah Aku ridai Islam sebagai agama bagi kalian.” (TMQ Al-Ma’idah [5]: 3).
Walhasil, syariat Islam tidak pernah mengabaikan satu pun perbuatan manusia, bagaimana pun bentuknya. Syariat Islam dalam hal ini pasti menetapkan dalil untuk menghukum sesuatu perbuatan, sama ada melalui nas al-Quran dan hadis Nabi, mahupun dengan menetapkan suatu amarah (tanda atau isyarat) dalam al-Quran dan hadis Nabi sehingga hukum yang ada dapat diterapkan pada setiap objek hukum yang mengandungi tanda atau alasan tersebut.
Dengan demikian, secara syarie, tidak mungkin ada satu pun perbuatan manusia yang tidak mempunyai dalil yang menjelaskan hukumnya atau tanda yang menunjukkan status hukumnya.
Hal ini didasarkan pada adanya keumuman firman Allah SWT yang berbunyi, “… sebagai penjelas segala sesuatu.” (TMQ An-Nahl [16]: 89).
Hal di atas juga didasarkan pada adanya nas surah Al-Ma’idah ayat 3 yang tegas dan menunjukkan bahawa Allah SWT telah menyempurnakan agama Islam ini.
Jelaslah perkara-perkara yang boleh diambil oleh umat Islam daripada apa sahaja yang dimiliki oleh umat dan bangsa lain, serta perkara-perkara yang haram untuk mereka ambil. Semua idea yang berkaitan dengan sains, teknologi, penemuan-penemuan ilmiah dan seumpamanya, serta segala bentuk benda, alat atau bangunan yang bercorak kebudayaan material hasil kemajuan sains dan teknologi, boleh diambil oleh umat Islam.
Namun begitu, jika dalam semua itu terdapat aspek-aspek tertentu yang bertentangan dengan ajaran Islam, maka umat Islam diharamkan untuk mengambilnya. Hal ini kerana semua pemikiran yang berkaitan dengan sains dan teknologi tidak bertentangan dengan akidah Islam dan hukum-hukum syarak yang berfungsi sebagai penyelesaian kepada permasalahan manusia dalam kehidupan. Kesemua itu dapat dikategorikan sebagai perkara mubah yang boleh dimanfaatkan manusia dalam pelbagai urusan hidupnya.
Dalilnya adalah ayat-ayat yang bersifat umum yang menerangkan tentang kebolehan untuk memanfaatkan seluruh benda yang ada di alam semesta bagi kepentingan manusia. Kebolehan tersebut juga didasarkan pada hadis Nabi Muhammad SAW, “Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kalian. Jika aku memerintahkan kepada kalian sesuatu yang termasuk ke dalam urusan agama kalian, maka laksanakanlah perintah itu. Akan tetapi, jika aku memerintahkan kepada kalian sesuatu yang termasuk ke dalam urusan dunia kalian, maka ketahuilah bahawa aku ini hanyalah manusia biasa.” (HR Muslim).
Nabi SAW juga bersabda dalam kaitannya dengan peristiwa pendebungaan kurma sebagai berikut, “Kalian lebih mengetahui urusan-urusan dunia kalian.” (HR Muslim).
Perkara yang sama didasarkan pada tindakan Nabi SAW ketika mengutus beberapa sahabatnya ke suatu kawasan di Yaman untuk mempelajari teknik pembuatan senjata perang. Berdasarkan ini, setiap perkara yang tidak termasuk dalam masalah akidah atau syariat boleh diambil selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan selagi tidak terdapat dalil khusus yang mengharamkannya.
Berdasarkan huraian di atas, umat Islam boleh mengambil semua ilmu yang berkaitan dengan perubatan, kejuruteraan, matematik, astronomi, kimia, fizik, pertanian, industri, pengangkutan, ilmu kelautan, geografi, mahupun ilmu ekonomi, namun hanya pada aspek yang berkaitan dengan pengeluaran, penyediaan sarana-sarana pengeluaran, dan peningkatan kualitinya.
Hal ini kerana ilmu-ilmu tersebut bersifat universal dan tidak khusus kepada umat Islam, kapitalisme, atau sosialisme. Semua ilmu tersebut boleh diambil selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Oleh kerana itu, Teori Darwin yang menyatakan bahawa manusia adalah keturunan kera tidak boleh diambil kerana teori ini bertentangan dengan firman Allah SWT, “Dia menciptakan manusia dari tanah liat kering seperti tembikar.” (TMQ Ar-Rahmân [55]: 14).
Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;).” (TMQ As-Sajdah [32]: 7—8).
“Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan kalian dari tanah.” (TMQ Ar-Rûm [30]: 20).
Sumber: Abdul Qadim Zallum, Demokrasi Sistem Kufur.
(Bersambung ke Bahagian 9/16.)
#Demokrasi #DemokrasiSistemKufur #Sekularisme #Politik