DOA MEMOHON ISTIQAMAH DALAM HIJRAH
Memutuskan untuk berhijrah menjadi peribadi yang lebih dicintai Allah ﷻ adalah langkah awal yang mulia. Namun, kadang kala cabaran terbesar selepas memperbaiki diri adalah bagaimana agar kaki ini agar tetap teguh berpijak di jalan ketaatan. Memandangkan hati manusia mudah goyah, istiqamah menjadi perkara yang wajib diperjuangkan, salah satunya adalah melalui doa.
Imam an-Nawawi dalam kitab al-Adzkar memetik sebuah doa yang diajarkan Rasulullah ﷺ untuk memohon keteguhan iman dan keberkahan ilmu. Doa ini diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud:
«لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، سُبْحَانَكَ، اللَّهُمَّ أَسْتَغْفِرُكَ لِذَنْبِي، وَأَسْأَلُكَ رَحْمَتَكَ، اللَّهُمَّ زِدْنِي عِلْمًا، وَلَا تُزِغْ قَلْبِي بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنِي، وَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً، إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ»
(Lâ ilâha illâ Anta, subhânaka, Allâhumma astaghfiruka lidzanbî, wa as’aluka rahmataka. Allâhumma zidnî ‘ilmâ, wa lâ tuzigh qalbî ba‘da idz hadaitanî, wa hab lî min ladunka rahmatan, innaka Antal-Wahhâb.)
Ertinya:
“Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Ya Allah, aku memohon ampunan-Mu atas dosaku dan aku memohon rahmat-Mu. Ya Allah, tambahkanlah ilmu kepadaku, janganlah Engkau condongkan hatiku kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepadaku, dan kurniakanlah rahmat kepadaku daripada sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”
Doa ini mempunyai asas penting bagi siapa saja yang sedang berhijrah:
- Pengakuan Tauhid & Permohonan Ampun. Hijrah yang lurus biasanya dimulai dengan pembersihan dosa masa lalu melalui istighfar yang tulus.
- Permohonan Tambahan Ilmu: Hijrah tanpa ilmu akan rapuh. Dengan ilmu yang bertambah, seorang Muslim tahu mana yang diperintahkan dan mana yang dilarang, sehingga hijrahnya dipandu oleh hidayah, bukan sekadar ikut-ikutan.
- Menjaga Hati daripada Kesesatan: Kalimat “janganlah Engkau condongkan hatiku kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk” adalah inti daripada permohonan istiqamah. Kita sedar bahawa hidayah adalah milik Allah ﷻ, dan kita sangat takut jika hati ini berbalik kembali ke masa lalu yang kelam.
Semoga Allah ﷻ sentiasa menjaga nyala hidayah di dalam dada hingga ke akhir hayat.
Sumber: “Al-Adzkar” – Imam Abu Zakaria An-Nawawi
#hijrah #istiqamah #doa