Apa Kepentingan Mengetahui Urutan Turunnya Surah?
Penting bagi setiap Muslim yang peka dengan dakwah untuk memahami urutan surah berdasarkan kronologi turunnya ayat, terlepas dari adanya perbezaan pendapat yang kecil dalam masalah ini. Tujuan utama yang ingin dicapai daripada hal itu adalah mengenali tahapan-tahapan yang dilalui oleh dakwah melalui topik-topik perbahasan yang terkandung dalam surah-surah tersebut. Selama tujuannya adalah mengenali tahapan berdasarkan topik perbahasan, maka seluruh umat Islam telah sepakat bahawa dua tahapan (marhalah) paling utama—dan keduanya merupakan hakikat syarie yang berdiri sendiri—iaitu Fasa Makkiyah dan Fasa Madaniyah; iaitu tahapan dakwah dan tahapan negara.
Mengenangkan saat ini kita sedang berada dalam tahapan dakwah, iaitu Fasa Makkiyah, dan terdapat perbezaan pendapat dalam memahami jalan Rasulullah ﷺ pada tahapan dakwah ini, maka sudah semestinya dilakukan pengkajian yang mendalam terhadap surah-surah Makkiyah. Kita juga perlu berusaha menelusurinya sesuai urutan turunnya ayat, dengan harapan kita dapat memahami fasa-fasa dakwah pada tempoh ini, dan mengetahui apa saja topik bahasan yang ditangani di dalam fasa ini, serta yang dijelaskan oleh Rasulullah ﷺ kepada mereka yang beriman kepada baginda SAW, mahupun kepada seluruh manusia sesuai dengan kesanggupan dan kemampuannya.
Meskipun terdapat beberapa perbezaan pendapat dalam urutan surah berdasarkan turunnya ayat, namun itu hanyalah perbezaan kecil yang tidak mengubah hakikat perkara dan pemahamannya. Tidak menjadi masalah bagi kita jika ada satu surah yang kedudukannya didahulukan daripada surah yang lain, kerana adanya dugaan yang kuat (ghalabatuz-zhan) dan curahan pemikiran yang dikerahkan untuk mengetahui hal tersebut, baik melalui jalur periwayatan (sanad) mahupun topik pembahasan yang dibahas di dalamnya.
Urgensi dari pembahasan ini adalah untuk menjelaskan aktiviti-aktiviti yang wajib dilaksanakan dan ditekuni oleh setiap kelompok (takatul) yang beraktiviti untuk mengembalikan Islam ke dalam realiti kehidupan, serta topik pembahasan apa saja yang perlu ditangani oleh mereka.
“Nahj al-Qur’ân fi ad-Da’wah” – Syaikh Hafizh Shalih
#DakwahIslamKaffah