Ekspresi Cinta Tanah Air yang Benar
Oleh: Ustaz H.M. Ismail Yusanto
Ada dua jenis nasionalisme atau cinta pada tanah air: nasionalisme naturalistik dan nasionalisme chauvinis. Nasionalisme naturalistik adalah kecintaan kepada tanah air yang wajar kerana manusia memang mempunyai keterikatan emosi dengan tempat dia tinggal. Kecintaan pada tanah air itu mesti ditunjukkan.
Pertama, tidak membiarkan pihak asing melakukan penjajahan terhadap tanah air kita ini. Kita dengan tegas menolak segala bentuk penjajahan, dan tak berhenti mengingatkan umat terhadap ancaman penjajahan baru atau neo-imperialisme. Kerana, walaupun sebuah negara, sudah merdeka (secara fizikal), tapi secara politik dan ekonomi, bahkan juga sosial dan budaya, tetap saja menjadi sasaran negara-negara imperialis itu.
Kedua, kecintaan juga perlu ditunjukkan dengan penolakan terhadap sekularisme, kerana sekularisme adalah fahaman yang ditanamkan oleh penjajah untuk melemahkan negara yang dijajah, khususnya negeri-negeri Muslim.
Tapi kecintaan terhadap tanah air tidak boleh berkembang menjadi kecintaan yang chauvinis. Apakah itu? Ia adalah cinta kepada tanah air dan bangsa dengan berlebihan, bahkan sehingga melanggar batas-batas agama Islam.
Seperti yang dilakukan oleh kebanyakkan kelompok nasionalis sekular, yang di satu sisi mengatakan cinta akan tanah air, tapi di sisi lain justeru merosakkan tiang-tiang penting tegaknya kedaulatan negara ini, seperti membiarkan pelbagai polisi yang sangat pro asing, kemudian membiarkan lahirnya peraturan-peraturan yang jelas-jelas sangat merugikan negara, yang semua itu terbukti justeru telah membawa negara ini pada jurang kehancuran.
#cintanegara #nasionalisme