Bekal Terbaik Menghadapi Akhir Zaman
Oleh: Ustaz Dr. M. Rahmat Kurnia
Bekal terbesar untuk menghadapi akhir zaman adalah amal yang lahir dari kecintaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta yang bukan sekadar perasaan, tetapi cinta yang melahirkan ketaatan, pengorbanan, kerinduan untuk beribadah, serta kesungguhan untuk mengikuti Rasulullah ﷺ.
Di dalam surah Ali Imran ayat 31 jelas sekali; qul, katakanlah wahai Muhammad, in kuntum tuhibbunallah, jika kamu cinta kepada Allah, fattabi’uni, ikutlah aku, taatlah kepadaku, yuhbibkumullah, nescaya Allah akan mencintai kamu.
Jadi ukuran cinta kepada Rasulullah adalah ittiba’, mengikuti dan taat kepada Rasulullah ﷺ. Imam Syafie pernah membuat sebuah syair:
Ta’shil-ilâha wa anta taz’umu hubbahû,
kamu bermaksiat pada Tuhanmu pada saat engkau menyatakan mencintai-Nya.
Hâdzâ muhâlun fil-qiyâsi badî’u,
ini suatu hal yang mustahil di dalam analogi, aneh sekali.
Law kâna hubbuka shâdiqan la-atha’tahû,
andai cintamu memang benar-benar benar, pasti engkau akan mentaatinya.
Innal-muhibba liman yuhibbu muthî’u,
kerana orang yang mencintai pada zat yang dicintainya, pasti dia akan mentaatinya.
Inti daripada cinta adalah taat. Betapa pentingnya ketaatan, Rasulullah ﷺ mengatakan,
“Almautu fi tha’atillah khairun minal hayati fi ma’shiatih.”
Mati di atas ketaatan kepada Allah lebih baik daripada hidup di atas kemaksiatan kepada-Nya.
Ertinya ketaatan itu adalah persoalan hidup atau mati.
Maka apabila kita bercita-cita mewarisi kedudukan ini, dan kita ingin mewarisi cinta seperti ini, maka kita hendaklah menyambungkan malam kita dengan siang kita dalam ketaatan kepada Allah, dan ketaatan kepada Rasulullah ﷺ, dan kita terus berjuang untuk menegakkan Islam di tengah-tengah kehidupan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ. Ini menunjukkan pentingnya cinta yang diwujudkan dalam ketaatan. Dan ini menunjukkan bahawa amal yang sangat penting untuk kita lakukan di akhir zaman ini adalah ketaatan yang lahir dari sebuah kecintaan.
#cintahakiki #CintaAllah #CintaNabi #ketaatan