Wanita Muslim Menyayangi Rakan Mereka Seperti Saudara Perempuannya Kerana Allah SWT
Cara seorang wanita Muslim sejati menjalin hubungan dengan rakan-rakan dan saudara seagamanya berbeza daripada cara wanita lain menguruskan hubungan sosial mereka. Hubungannya dengan para saudari Islam diasaskan atas dasar ta’akhi (persaudaraan) kerana Allah SWT. Kasih sayang kerana Allah SWT ini merupakan ikatan tertinggi yang boleh wujud sesama manusia, sama ada lelaki atau wanita. Ia adalah ikatan keimanan kepada Allah SWT yang telah ditetapkan Allah SWT kepada semua orang beriman ketika Dia berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara …” [TMQ al Hujurat (49):10]
Persaudaraan atas dasar iman merupakan ikatan yang paling kuat antara hati dan pemikiran. Maka tidak menghairankan apabila saudari-saudari Muslimah menikmati hubungan yang kukuh dan berpanjangan, berasaskan kasih sayang kerana Allah SWT, iaitu bentuk kasih sayang yang paling mulia dan paling suci antara manusia. Kasih sayang ini tidak dicemari oleh sebarang kepentingan duniawi atau niat tersembunyi. Inilah kasih sayang yang dengannya lelaki dan wanita Muslim merasai kemanisan iman:
“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya akan merasai kemanisan iman: apabila Allah SWT dan RasulNya lebih dicintainya daripada sesiapa atau apa-apa yang lain; apabila dia menyayangi seseorang semata-mata kerana Allah SWT; dan apabila dia membenci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah SWT menyelamatkannya daripadanya, sebagaimana dia membenci untuk dicampakkan ke dalam Api Neraka.”
Sumber
“The IDEAL MUSLIMAH The True Islamic Personality of the Muslim Woman.” Dr. Muhammad Ali al-Hashimi
#muslimahideal #sahabat