Perangkap Mindfulness: Ketika Pemuda Menjadi Individualistik, Menolak Peduli
Penulis: Ati Solihati, S.T.P.
BAru-baru ini, istilah “mindfulness” seolah-olah menjadi mantera baru di kalangan pemuda urban. Di kampus, di coffee shop, di kandungan (content) self-healing, semua berbicara tentang “fokus pada diri sendiri”, “tenangkan fikiran”, atau “jangan risau tentang masalah di luar kawalan anda”. Prinsip ini kedengaran damai dan moden, sedangkan di sebaliknya tersimpan bahaya besar.
Seorang artis dari Indonesia berinisial MA, dengan jutaan follower daripada kalangan pemuda, alumni Philosophy, Politics, and Economics (PPE) Oxford, pernah membuat kandungan bertajuk “Mindfulness in the Age of Bad News”. Kandungannya ini selain mendapatkan sokongan, tetapi tidak sedikit juga menghasilkan kecaman daripada netizen kerana dianggap tone deaf atau kurang peka terhadap pelbagai krisis di Indonesia dan pelbagai dasar awam yang bermasalah.
Dia dituduh mengurangkan isu “bad policy” menjadi sekadar “bad news”; membalikkan naratif daripada “bagaimana golongan muda menuntut pertanggungjawaban atas bad policy” menjadi “bagaimana kita, para pemuda, mengelola emosi agar tidak stres membaca bad news”; mengalihkan pandangan terhadap pelbagai krisis yang menimpa kehidupan bangsa: puluhan ribu kanak-kanak kekurangan makanan berkhasiat, puluhan juta rakyat kelas menengah terjerumus ke dalam kemiskinan, puluhan juta rakyat selama 24 jam berbulan-bulan menghirup asap kebakaran hutan dan tanah, sebagai sekadar berita buruk. Cara menghadapinya cukup fokus pada ketenangan diri peribadi.
Mindfulness, Tren Pasaran dalam Masyarakat Kapitalis
Sistem sekular kapitalisme telah membina masyarakat yang money oriented, meletakkan kepuasan pada pencapaian material. Di sisi lain, sistem kapitalisme yang dikuasai para pemilik modal (kapitalis), membentuk sistem kekuasaan terletak pada segelintir elit (oligarki) sehingga menciptakan jurang yang semakin melebar antara kelompok elit dan kelompok miskin.
Kelompok miskin yang didominasi para pemuda dan pekerja sentiasa dipacu agar mengejar material tidak berkesudahan. Kerja 12 jam, upah murah, kontrak tidak jelas, badai pemberhentian kerja mengancam setiap saat, dan harga sewa rumah melambung. Sementara itu, media sosial penuh dengan budaya flexing yang mewujudkan kebimbangan sekaligus fomo (fear of missing out)— ingin kelihatan berprestij tetapi tidak berdaya dari segi kewangan. Akhirnya, golongan muda dibelenggu stres, burn out dan kehampaan. Mereka merasakan mereka memerlukan penyembuhan.
Kemudian kapitalisme muncul dengan penyelesaian palsu: “Jangan betulkan bos yang menindas anda, cukup dengan mengawal nafasmu sahaja”. “Kamu tidak memerlukan perubahan sistem, kamu hanya memerlukan mindfulness, fokus pada ketenangan diri”. “Jangan lawan sistem yang merampas masa depanmu, cukup sekadar healing, jurnaling dan meditasi 10 minit”. Akhirnya, “terapi mindfulness” menjadi salah satu tren pemulihan kesihatan mental di kalangan pemuda. Mindfulness difungsikan sesuai keperluan masyarakat dalam tekanan sistem kapitalisme.
Jon Kabat Zinn, Ph.D., Profesor Emeritus Perubatan di Fakulti Perubatan Universiti Massachusetts yang terkenal sebagai pengasas gerakan kesedaran mindfulness di dunia perubatan, menggambarkan bahawa mindfulness sebagai kesedaran dari semasa ke semasa, kesedaran tanpa penghakiman terhadap pemikiran dan perasaan sendiri, serta perasaan orang lain. (psikologi.ui.ac.id). Bahkan, mindfulness menjadi industri perkhidmatan baharu. Kelas mindfulness berharga sekitar RM 1.5 ribu.
Ketenangan batin yang sepatutnya percuma, kini perlu dibeli. Jelas ini adalah penipuan yang sempurna. Penyebab tekanannya adalah sistem, tetapi yang disuruh berubat malah individunya. Sungguh kapitalisme cuci tangan. Jadi siapa yang mendapat manfaat? Sudah tentu syarikat global. Siapa yang jadi mangsa? Para pemuda dan para pekerja yang untuk makan saja susah, sekarang malah perlu membeli ketenangan.
Kritikan juga muncul terhadap fenomena mindfulness yang menjadi tren masyarakat kapitalis ini. Ronald E. Purser dalam bukunya McMindfulness: How Mindfulness Became the New Capitalist Spirituality (2019) menjelaskan bahawa mindfulness sekular telah menjadi pasaran industri besar. Kapitalisme menggunakannya sebagai alat korporat untuk mengurangkan tekanan pekerja dan meningkatkan produktiviti tanpa pernah mempersoalkan persekitaran kerja toksik dan sistem ekonomi yang menjadi punca tekanan tersebut.
Demikian juga Ron Purser dan David Loy dalam artikelnya yang terkenal, Beyond McMindfulness (2013), menggambarkan bahawa teknik mindfulness sekular gagal membangkitkan kesedaran sosial terhadap ketamakan dan ketidakadilan, serta hanya menjadi terapi bantuan diri yang cetek yang mengukuhkan status quo kapitalis.
Perangkap Mindfulness: Ketika Pemuda Individualistik, Menolak Peduli
Individualisme merupakan salah satu corak sistem kapitalisme. Kebebasan individu menjadi hal yang sangat diagungkan. Orientasi anggota masyarakat, terutama para pemudanya, adalah kepentingan dan kepuasan individu. Asas ini juga mengikis kepedulian sosial daripada masyarakat kapitalisme.
Pandangan mindfulness kental dengan prinsip individualistik. Hal ini kelihatan jelas dalam beberapa gambaran berikut:
- Fokus Mutlak pada Diri Sendiri (Self-Centric).
Dalam bentuknya yang individualistik, mindfulness digunakan sebagai alat untuk mengawal emosi, stres dan kebimbangan hanya untuk keselesaan peribadi. Tujuan utamanya adalah mencapai ketenangan batin (inner peace) bagi individu tersebut tanpa mempedulikan bagaimana keadaan mental atau tingkah laku mereka memberi kesan pada orang lain di sekitarnya. (Purser, 2019).
- Bantuan Diri dan Tanggungjawab Peribadi (Self-Help Culture).
Prinsip individualisme menekankan bahawa setiap orang bertanggungjawab penuh atas kebahagiaan dan nasibnya sendiri. Ketika diterapkan pada mindfulness, muncul naratif bahawa jika anda stres, itu kerana anda kurang melatih fikiran anda. Hal ini mengalihkan beban masalah dari sistem sosial ke bahu setiap individu. (Purser dan Loy, 2013).
- Komodifikasi Kapitalis (McMindfulness)
Di dunia Barat dan masyarakat moden, mindfulness telah menjadi industri bernilai berbilion dolar (melalui aplikasi meditasi, studio yoga dan buku bantuan kendiri). Dalam persekitaran korporat, syarikat sering menyediakan latihan mindfulness agar pekerja, terutamanya pekerja muda, dapat bertolak ansur dengan beban kerja yang tinggi dan kekal produktif. Di sini, mindfulness menjadi alat individual untuk bertahan dalam sistem ekonomi kapitalis yang penuh tekanan dan eksploitatif, bukannya cara untuk memperjuangkan perubahan sistemik. (Purser, 2019).
- Penyahpekaan Sosial dan Politik
Mindfulness dengan prinsip individualisnya cenderung mengabaikan ketidakadilan sosial, kemiskinan atau masalah struktural. Para pemuda kita diajarkan untuk “menerima keadaan saat ini tanpa menghakimi” (accepting the present moment without judgement). Kesan negatifnya, hal ini boleh membuat generasi muda menjadi pasif terhadap ketidakadilan di sekitarnya kerana mereka terlalu sibuk menjaga ketenangan fikiran sendiri. (Purser dan Loy, 2013).
Mindfulness menarik masalah struktural menjadi sekadar masalah individu. Mengurangkan penyelesaian sistemik kepada penyelesaian individu. Secara tidak langsung, ini mengajar golongan muda untuk bersikap apatis, antisosial dan melarikan diri daripada realiti. Pemuda mindfulness diajarkan untuk lebih memilih sikap neutral, sedangkan neutral tidak berbeza dengan menolak peduli. Bersikap neutral dalam situasi terjadinya kezaliman adalah keberpihakan pada pelaku kezaliman. Mereka mengaku cinta kedamaian, tetapi damai yang mereka cari adalah ketenangan di bilik berhawa dingin, bukan kedamaian kerana keadilan ditegakkan di negara ini.
Mindfullness versus Muhasabah
Islam menolak prinsip individualisme, prinsip mementingkan diri sendiri serta abai untuk peduli. Rasulullah ﷺ bersabda,
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
“Tidak beriman salah seorang di antara kalian sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.” (HR. Bukhari no.13 dan Muslim no. 45).
Namun, walaupun Islam menolak prinsip individualisme, tidaklah bermaksud Islam mengabaikan keperluan individu—terutama para pemuda—akan ketenangan diri dan refleksi diri. Justeru Islam mengajarkan setiap individu untuk sentiasa melakukan muhasabah, introspeksi diri. Jika amalan psikologi kontemporari sering menggunakan konsep mindfulness, Islam menjadikan konsep muhasabah sebagai salah satu bentuk refleksi diri. (Khoirunnias et al., 2025).
Menurut buku Mukjizat Sabar Syukur Ikhlas yang ditulis oleh Badrul Munier Buchori, muhasabah secara bahasa berasal daripada bahasa Arab, iaitu berakar daripada kata “haasaba-yuhaasibu”. Perkataan tersebut diambil daripada “hasiba, hasibtusy syai-a, ahsibuhu husbaanan, hisaaban” yang mengandungi makna ‘jika engkau menghitungnya’. Secara terminologi (istilah), muhasabah adalah usaha seorang hamba untuk menimbang dan menilai kualiti ibadah, akhlak, serta perilakunya berdasarkan prinsip syariat, dengan tujuan memperbaiki diri pada masa depan dan mempersiapkan bekal untuk akhirat.
Muhasabah, menghitung dan menilai amalan, menjadi prinsip yang perlu dimiliki oleh setiap muslim. Sebagaimana firman Allah SWT:
. يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اتَّقُوا اللّٰهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍۚ وَاتَّقُوا اللّٰهَۗ اِنَّ اللّٰهَ خَبِيْرٌ ۢ بِمَا تَعْمَلُوْنَ ١٨
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah setiap manusia itu melihat dan memerhatikan apa yang telah disediakan (dari amal-amalnya) sebagai bekalan hari esok (akhirat). Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.” [TMQ Al-Hasyr (59): 18]
Syeikh Nawawi al-Bantani dalam Tafsir Marah Labib Jilid II, mengatakan ayat ini menekankan pentingnya muhasabah atau introspeksi diri yang mana setiap individu dianjurkan untuk merenungkan apa yang telah mereka persiapkan untuk hari esok, iaitu Hari Kiamat. Ini mencakup perbuatan baik mahupun buruk yang dilakukan kerana setiap tindakan akan diperhitungkan di akhirat nanti.
Sebagaimana juga nasihat Saidina Umar bin Khattab RA dalam kitab Az-Zuhd karya Imam Ahmad bin Hanbal,
حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا، وَزِنُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُوزَنُوا
“Hisablah diri kalian sebelum dihisab (oleh Allah), dan timbanglah amal kalian sebelum amal kalian ditimbang.”
Rasulullah ﷺ memuji orang yang sentiasa melakukan muhasabah dan mencela yang sebaliknya.
الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ، وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ، وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ
“Orang yang cerdas (berjaya) adalah orang yang mampu mengintrospeksi dirinya (dan nafsahu) dan beramal untuk kehidupan setelah mati. Sedangkan orang yang lemah adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya lalu dia berharap kepada Allah dengan pelbagai angan-angan.” (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dari Syaddad bin Aus ra., dan beliau menyatakan hadis ini hasan).
Sekalipun konsep mindfulness dan muhasabah sama-sama merupakan bentuk refleksi diri, tetapi ada perbezaan yang sangat mendasar. Mindfulness berakar daripada individualisme, prinsip yang sangat mengagungkan kebebasan individu sehingga selalu memposisikan diri secara neutral, mengedepankan perhatian dan tidak menghakimi, baik terhadap diri sendiri mahupun pihak lain sehingga cenderung untuk mengabaikan, tidak mempedulikan kesilapan sendiri, apatah lagi kemungkaran yang terjadi di luar dirinya.
Sementara itu, muhasabah adalah salah satu bentuk perenungan dan penilaian. Setiap muslim perlu melakukan muhasabah. Introspeksi terhadap setiap kekeliruan yang dilakukan, bertaubat atas setiap pelanggaran hukum syarak dan bertekad akan menjadi lebih baik pada masa hadapan. Seorang muslim juga akan melakukan muhasabah terhadap setiap kemungkaran yang terjadi di luar dirinya. Ini kerana refleksi diri seorang muslim adalah refleksi dirinya sebagai seorang insan, anggota masyarakat, mahupun sebagai warganegara.
Sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Sa’id Al-Khudri,
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيمَانِ
“Barangsiapa di antara kalian melihat kemungkaran, hendaknya dia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim).
Bahkan, Islam menempatkan muhasabah lil hukkam, iaitu usaha membetulkan kemungkaran penguasa, sebagai muhasabah paling tinggi, bahkan pelakunya dikategorikan sebagai sayyidus-syuhada, pemimpin para syuhada. Rasulullah ﷺ bersabda,
سَيِّدُ الشُّهَدَاءِ حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ ، وَرَجُلٌ قَامَ إِلَى إِمَامٍ جَائِرٍ فَأَمَرَهُ وَنَهَاهُ فَقَتَلَهُ
“Pemimpin para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Mutholib, dan seseorang yang berdiri di hadapan penguasa yang zalim, lalu dia menyerunya (kepada kebaikan) dan melarangnya (dari kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya.” (HR. Ath-Thabrani dalam Al-Mu’jam al-Awsath dan Al-Hakim dalam Al-Mustadrak).
Dengan demikian, refleksi diri pemuda mindfulness cenderung untuk mencari ketenangan individu dan mengabaikan keadaan sedia ada. Sedangkan muhasabah menjadikan refleksi diri pemuda bersifat produktif, mengubah dan memperbaiki apa yang ada pada dirinya dan sistem kehidupan yang diterapkan.
Pemuda Muslim: Pemuda Peduli, Pejuang Kebangkitan Islam
Seorang pemuda muslim yang hidup di tengah sistem kapitalisme saat ini, sekalipun pasti terkesan oleh ekosistem eksploitatif dan mengalami keletihan yang semakin meningkat, tidak akan menjadikan mindfulness sebagai teknik untuk mencari ketenangan. Namun, dia akan mengingat Allah dan kembali taat pada-Nya.
Sebagaimana firman Allah SWT,
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, bahawa hanya dengan mengingat Allah hati akan selalu tenteram.” [TMQ Ar-Ra’du (13): 28]
Dalam hadis riwayat Wabishah bin Ma’bad RA, Rasulullah ﷺ bersabda,
الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ لَهُ الْقَلْبُ
“Kebaikan (ketaatan) adalah apa saja yang membuat jiwa tenang dan hati tenteram…”
Dengan demikian, dalam ketaatan pada Allah dan Rasul-Nyalah seorang muslim akan merasakan ketenangan. Solat menjadi penghibur hatinya yang lara. Dakwah menjadi rekreasi jiwanya yang lelah. Dengan ketaatan, dia mendapatkan rasa bahagia kerana di sanalah hadirnya redha Allah. Redha Allah adalah puncak kebahagiaan seorang muslim. Apa pun perintah Allah dan Rasul-Nya akan dilaksanakan untuk meraihnya. Terkait beragam kerosakan yang menimpa masyarakat, dia tidak akan merasa tenang jika hanya berdiam diri kerana Allah telah memerintahkan untuk melakukan perubahan.
Firman Allah SWT QS Ar-Ra’du: 11,
اِنَّ اللّٰهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتّٰى يُغَيِّرُوْا مَا بِاَنْفُسِهِمْۗ
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum hingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”
Para pemuda muslim menyedari bahawa kesengsaraan yang menimpa masyarakat saat ini adalah buah penerapan sistem kapitalisme yang rosak dan perlu segera dihentikan. Perlu ada perjuangan dakwah untuk menggantikan sistem ini dan membangkitkan kembali sistem kehidupan yang hakiki. Itulah Khilafah Islamiah, sistem Islam, sistem yang sempurna dan bersandar pada wahyu Sang Pencipta. Sistem kehidupan yang tercatat dalam sejarah sebagai peradaban yang mulia yang telah menjadi rahmat bagi seisi alam lebih daripada 13 abad.
Perubahan sistem ini tidak mungkin terwujud jika para pemudanya terbuai dengan mindfulness. Para pemuda perlu peduli, berdakwah dan bangkit berjuang menegakkan kembali peradaban Islam. Dengan perjuangan inilah, mereka dapat merasakan kebahagiaan.. Wallahualam bissawab.
#mindfullness #muhasabah #TegakKhilafah #DakwahIslamKaffah