Diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Abu Hurairah. Beliau berkata, Rasulullah saw. bersabda,
لَعنَةَ اللهُ َعلَى الرا ِشي َوالمرتَشي فِي اْلحكم
“Allah melaknat penyuap dan orang yang menerima suap dalam urusan pemerintahan.”
Imam At Tirmidzi meriwayatkan dari Abdullah Bin Umar, beliau berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda,
لَعنَةَ اللهُ َعلَى الرا ِشي َوالمرتَشي “
“Allah melaknat penyuap dan orang yang menerima suap.”
Imam Ahmad meriwayatkan dari Tsauban,
لَعْنَ رَسُوْلُ اللهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ الرَّاشِيَ وَالْمُرْثَشِيَ وَالرَّائِشِ بَيْنَهُمَا
“Rasulullah saw. melaknat penyuap dan orang yang menerima suap serta perantara antara keduanya.”
Dalil-dalil tersebut menetapkan haramnya rasuah secara mutlak, dan tidak sedikit pun terdapat syubhat (kekaburan penafsiran) di dalamnya. Rasuah adalah harta yang diperoleh kerana terselesaikannya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperoleh keuntungan maupun untuk menghindari kemudaratan) yang semestinya harus terselesaikan tanpa imbalan.
Rasuah hampir sama dengan upah (gaji). Namun, keduanya jelas berbeza. Upah diperoleh sebagai imbalan atas terlaksananya pekerjaan tertentu (yang semestinya) tidak harus dilaksanakan. Sedangkan rasuah, adalah imbalan atas terlaksananya pekerjaan tertentu (yang semestinya) wajib dilaksanakan tanpa imbalan apapun dari orang yang terpenuhi kepentingannya. Kadang-kadang, rasuah dapat berupa imbalan atas terlaksananya perbuatan yang semestinya wajib dilaksanakan tanpa imbalan dari pihak memintanya.
Kadang-kadang, juga berupa imbalan agar tidak melaksanakan pekerjaan yang semestinya wajib dilaksanakan.
Kepentingan-kepentingan tersebut sama saja, antara memperoleh kemanfaatan atau dalam rangka menjauhkan dari bahaya. Baik kepentingan tersebut benar (hak) mahupun salah (batil). Orang yang memberi suap disebut rasyi. Dan penerimanya disebut murtasyi.
Sedangkan perantara di antara mereka berdua adalah raisy. Dalil-dalil tersebut menunjukkan haramnya rasuah secara mutlak, tanpa menyebut-nyebut illat-nya (yang mejadi alasan adanya hukum haram).
Pengharaman suap tidak disertai illat sama sekali, dan semata-mata haram berdasarkan ketentuan dalil yang mengharamkannya. Oleh sebab itu, tidak boleh seseorang menyatakan bahawa rasuah diharamkan kerana dalam rangka melakukan kebatilan ataupun kerana menghilangkan yang hak (kebenaran). Jika memang demikian, (menurut mereka) rasuah jelas-jelas keharamannya. Sedangkan jika suap dilakukan dalam rangka melakukan kebenaran atau menjauhkan dari kemudaratan, maka hukum rasuah dalam keadaan ini halal.
Pendapat seperti ini tidak dapat diterima, sebab hal ini menunjukkan bahawa nas yang menentukan keharaman rasuah tersebut terkait dengan illat tersebut. Pendapat ini jelas merupakan pendustaan terhadap syarak, sebab semua nas yang menyatakan keharaman rasuah sama sekali tidak mengaitkan keharamannya dengan satu illat pun. Kita juga tidak dapat menggali dari nas-nas tersebut adanya illat (jika memang ada) yang mengharamkan rasuah.
Berdasarkan penjelasan di atas, maka penentuan illat yang memunculkan haramnya rasuah merupakan pendustaan terhadap syarak yang jelas tidak dibolehkan.
Begitu pula pendapat yang mengatakan, jika dalam konteks diperbolehkan memungut imbalan dari yang bersangkutan kerana dalam keadaan ini mengambil harta dalam rangka melakukan pekerjaan yang dihalalkan iaitu menunaikan kebajikan. Pendapat seperti ini adalah pendapat yang batil. Sebab, nas-nas yang mengharamkan rasuah (kalimatnya) berbentuk umum, dengan demikian dibiarkan dalam bentuk umum iaitu meliputi semua praktik rasuah.
Pengecualian dan pengkhususan satu saja praktik suap iaitu dengan menghalalkan jelas memerlukan nas lain yang mengkhususkan keumuman tadi. Dan nas seperti itu tidak ditemukan. Jadi, pendapat di atas (yang membolehkan rasuah), sementara tidak ditemukan dalil yang mengkhususkannya jelas tidak dapat diterima.
Kesimpulannya, semua bentuk praktik rasuah adalah haram. Rasuah yang diharamkan bukan hanya rasuah yang dilakukan kepada penguasa, atau pegawai, atau barisan kepimpinan saja.
Melainkan semua bentuk rasuah tetap haram, sekalipun kepada tukang sampah. Rasuah yang diberikan kepada pegawai polis agar terhindar dari ancaman bahaya, sama seperti praktik rasuah kepada penguasa, yang diharamkan oleh nas. Rasuah kepada pengarah sebuah perusahaan agar dapat bekerja di jabatan tersebut, atau agar dia tidak dipecat dari jabatannya sama seperti rasuah (yang dilakukan) kepada pemungut cukai, semuanya haram. Rasuah kepada seorang penyelia agar meringankan tugas si penyuap, sama saja seperti rasuah kepada seorang buruh (pedagang) agar memilihkan barang-barang yang bagus untuk si penyuap, semuanya haram.
Semua itu adalah praktik rasuah dan semua praktik rasuah diharamkan. Kerana harta itu diperoleh sebagai imbalan untuk menunaikan kepentingan yang semestinya wajib ditunaikan tanpa imbalan dari pihak yang berkepentingan.
Termasuk kategori rasuah adalah apa yang diberikan oleh sebahagian orang kepada orang lain yang memiliki pengaruh terhadap penguasa, atau pegawai, ataupun orang yang mempunyai kepentingan agar dia berperanan dengan pengaruhnya untuk menyelesaikan kepentingannya. Harta tersebut memang tidak diambil oleh orang yang memenuhi kepentingan tadi, melainkan hanya diambil oleh orang yang mempunyai pengaruh tersebut. Ini pun termasuk bentuk rasuah.
Sebab diberikan sebagai imbalan untuk memenuhi kepentingan tertentu yang semestinya wajib dipenuhi tanpa memberikan imbalan (harta tersebut). Kekayaan yang termasuk rasuah tidak disyaratkan mesti dipungut langsung oleh orang yang memenuhi kepentingan tadi.
Yang disyaratkan bahawa harta tersebut termasuk rasuah adalah harta itu dipungut sebagai imbalan atas terpenuhinya kepentingan tertentu, baik dipungut oleh orang yang memenuhi kepentingan tersebut, atau temannya, kerabatnya, pimpinannya, ataupun orang yang memiliki posisi (penting) yang dekat dengan pengambil keputusan.
Sebab yang difokuskan dalam hal harta yang termasuk suap adalah bahawa harta tersebut dipungut sebagai imbalan untuk memenuhi kepentingan tertentu yang wajib dipenuhi tanpa (perlu) ada imbalan apapun dari pihak yang terpenuhi kepentingannya.
Bentuk lain yang diharamkan sebagaimana rasuah adalah hadiah. Sehingga sebahagian orang menganggapnya temasuk rasuah. Kerana memang menyerupai rasuah, dilihat dari segi harta yang diperoleh untuk memenuhi kepentingan tertentu yang semestinya wajib dipenuhi tanpa (perlu) memberikan imbalan sedikit pun dari pihak yang terpenuhi kepentingannya. Perbezaan antara rasuah dengan hadiah adalah bahawa rasuah merupakan harta yang diberikan sebagai imbalan atas terpenuhinya sebuah kepentingan. Sedangkan hadiah adalah harta yang dihadiahkan kepada seseorang dari pihak yang berkepentingan. Bukan sebagai imbalan kerana terpenuhinya kepentingan tertentu.
Namun yang diberi hadiah adalah orang yang secara nyata memiliki kekuasaan (pengaruh) untuk menyelesaikan kepentingan tersebut atau melalui perantara dia, kemudian dia diberi hadiah dengan harapan dapat menyelesaikan kepentingan tertentu, atau dengan harapan terpenuhi kepentingan-kepentingannya pada saat diperlukan.
Oleh kerana itu, tedapat larangan bagi para penguasa mahupun wali (garbenor) untuk menerima hadiah. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abi Humaid As Saidi berkata, “Nabi saw. pernah mempekerjakan seorang lelaki dari Bani Asad kerana kejujurannya, sebahagian mengatakan (orang tersebut) adalah Ibnu Utaibiyah. Ketika dia datang menghadap Rasulullah saw. dia berkata, ‘(Harta) ini kuserahkan kepada anda, sedangkan (harta) ini adalah hadiah yang diberikan kepadaku.’ Beliau saw. kemudian berdiri di atas mimbar, memuji dan mengagungkan Allah, lalu berbicara (kepada orang banyak), ‘Bagaimana keadaan seorang petugas yang aku utus, lalu salah seorang datang menghadap kepadaku dengan mengatakan, ‘Ini adalah (harta) untuk anda, dan ini (harta yang) dihadiahkan kepadaku.’
Apakah tidak sebaiknya ia duduk saja di rumah bapa atau ibunya, lalu (lihat) adakah hadiah akan diberikan kepadanya atau tidak? Demi Zat yang jiwaku ada dalam genggamannya, dia tidak akan membawa sesuatu pun melainkan dia di hari kiamat nanti akan memikul (kesalahannya) di atas pundaknya.’”
Begitu juga diharamkan sebagaimana dengan hadiah kepada penguasa adalah memberikan hadiah kepada orang yang memiliki kebijakan terhadap kepentingan banyak orang kemudian memperoleh hadiah dari pihak yang berkepentingan.
Meskipun demikian (terdapat pengecualian) iaitu hadiah dari orang yang sudah terbiasa memberi hadiah kepada orang lain (sebelumnya), bukan demi terpenuhinya kepentingan tertentu adalah dibolehkan. Baik kepada penguasa mahupun kepada yang lain.
Kami ingatkan kepada seluruh kaum muslimin terhadap praktik rasuah ini dan hadiah kepada penguasa, pegawai, serta orang-orang yang membuat keputusan untuk terpenuhinya kepentingan-kepentingan tersebut adalah haram. Dan Rasulullah telah melaknat orang yang memperolehnya.
Sumber Artikel:
https://www.muslimahnews.com/…/haditsu-al-shiyam-semua…/