Bab “Amar Makruf dan Membela Kebenaran Adalah Kunci Kejayaan di Dunia dan di Akhirat”
(Hadis ke 51—57) “Barang siapa dari kalian menyaksikan kemungkaran, ubahlah dengan tangannya. Dan jika dia tidak sanggup (melakukan itu), lakukan dengan lisannya. Dan jika dia tidak sanggup (melakukan itu), lakukan dengan hati. Dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR Muslim No. 70)
Penjelasan
- Perintah yang dinyatakan dalam hadis ini—iaitu mengubah—adalah sebuah perintah tegas, yang menurut ijmak merupakan sebuah kewajipan dan merupakan salah satu bahagian dari aktiviti amar makruf nahi mungkar yang diperintahkan oleh Al-Quran, Sunah, dan Ijmak Sahabat, sebagaimana penjelasan Imam Nawawi
- Amar makruf dan nahi mungkar adalah salah satu kewajipan kolektif (fardhu kifayah) yang apabila sebahagian orang melakukannya kemudian mereka berjaya menyelesaikannya, kewajipan itu pun gugur. Akan tetapi, andai kata kewajipan tersebut diabaikan, seluruh muslim berdosa dan akan dimintai pertanggungjawapan di akhirat.
- Menurut Imam Nawawi, hal ini tidak bererti bahawa orang yang sudah melakukan aktiviti amar makruf dan nahi mungkar secara langsung terbebas dari tuntutan dakwah tersebut. Boleh jadi dia telah melakukan berbagai perintah Allah, tetapi bukan bererti bahawa dia bebas dari tuntutan dakwah tersebut, kerana dasarnya bahawa tuntutan itu ditujukan, baik kepada dirinya secara individual mahupun kepada orang lain.
- Perintah dakwah di atas tidak terbatas bagi orang-orang tertentu yang berada dalam kedudukan pemerintahan, seperti penguasa atau hakim; atau orang-orang yang memiliki kelayakan tertentu, seperti para ulama; tetapi ditujukan kepada semua orang sebagaimana keumuman kalimat “man raa minkum” pada hadis di atas.
- Kemungkaran yang dimaksud pada hadis di atas adalah segala perbuatan yang disepakati kaum muslim sebagai bentuk kemungkaran (kemaksiatan), bukan kemungkaran yang masih diperselisihkan oleh para ulama.
- Syeikh Ibnu Taimiyah menjelaskan tiga syarat dalam aktiviti amar makruf nahi mungkar, iaitu pengetahuan tentang perbuatan (hal ini sesuai dengan jenis perbuatan yang dimaksud; jadi, kemaksiatan terbuka yang diketahui oleh seluruh muslim, seperti meninggalkan solat wajib atau menghukumi dengan aturan selain Islam sudah pasti tidak memerlukan seorang ulama untuk meluruskan kemaksiatan seperti itu). Perdebatan dan kesabaran pada saat mengemban aktiviti amar makruf nahi mungkar (agar mampu menyampaikan Islam dengan cara yang paling efektif serta terhindar dari kesalahan dan tuduhan); serta Bersikap sabar setelah mengembannya (kerana siapa pun yang mengembannya akan mendapatkan ujian dan godaan dari orang-orang yang dihadapinya).
- Hadis di atas menjelaskan bahawa jika tidak mungkin mengubah kemaksiatan dengan tangan atau kekuasaan, kaum muslim harus berusaha mengubahnya dengan ucapan yang keluar dari lisan.
- Diriwayatkan bahawa Isa bin Dinar, salah seorang tabi’ut tabiin yang terkenal, pernah mengatakan, “Tidak ada fitnah (ghibah) kepada tiga orang: (iaitu) pemimpin yang zalim, seorang fasik yang melakukan kemaksiatan secara terbuka, dan seseorang yang melakukan bid’ah.”
Sumber: Fathullah, Abu Lukman. 60 Hadis Sulthaniyah (Hadis-Hadis tentang Penguasa). 2010.