Penulis: K.H. Hafidz Abdurrahman
عندما تدعو الله في مسألة وتُلِحّ، ثم بعدها ينعكس كل شيء ضدك، إيّاك إيّاك أن تظن أن الله خيّبك ولم يقبل منك!
إن الله يسوق لك الخير بطُرق أنت لا تفهمها وإنه ليختبر يقينك ببعض العوارض فإذا رأى يقينك ثابتا ولم يهتز أعطاك أضعاف ما ظننت به فإن الله عند ظن عبده بهبه
Apabila anda berdoa kepada Allah tentang sesuatu masalah dengan bersungguh-sungguh, kemudian apa yang diharapkan tidak berlaku, tidak sesuai dengan apa yang anda harapkan, maka hati-hatilah jangan sampai anda menduga bahawa Allah mengkhianati anda dan tidak menerima doa anda.
Sesungguhnya apa yang berlaku ialah Allah sedang memimpin anda pada kebaikan dengan pelbagai jalan yang anda tidak fahami. Allah juga sedang menguji keyakinan anda dengan pelbagai rintangan. Jika Allah telah melihat keyakinan anda yang kukuh dan tidak goytah, paa saat itu Allah akan memberikan berkali-kali lipat apa sahaja yang tidak anda sangkakan. Ingat, Allah itu mengikuti prasangka hamba-Nya kepada-Nya. Kunci terkabulnya doa adalah keyakinan. Keyakinan bergantung pada prasangka kita kepada Allah. Jika prasangka kita selalu positif, keyakinan kepada-Nya akan kukuh. Jika keyakinan kita kepada-Nya kukuh, doa yang kita panjatkan itu ibarat anak panah, kata imam Syafie.
Ketika tangan ditadah ke langit, ia tidak akan turun dengan tangan hampa. begitu juga ketika anak panah sudah dilepaskan, tidak akan kembali lagi. Itulah doa. Begitu juga ketika kita ingin menjadi baik, Allah akan uji dengan ujian bertubi-tubi. Allah ingin melihat keyakinan kita kukuh atau goyah. Jika keyakinan kita kukuh, Allah akan buka pelbagai kebaikan dalam hidup kita yang tidak diduga. Oleh sebab itu, yakinlah kepada-Nya. Jangan sekali-kali berpaling daripada-Nya. Yakinlah dan terus meminta, Allah pasti akan memakbulkan doa-doa kita.