Penulis: Ahmad Mahmud
Sesungguhnya orang yang memperhatikan sejumlah kewajipan yang berasal dari Ilahi akan menemukan bahawa sebahagiannya ada yang bersifat ‘ayni (fardhu ain) dan sebahagiannya lagi bersifat kifa’i atau fardhu kifayah.
Fardhu ain adalah kewajipan yang secara substantif mesti dilaksanakan oleh setiap mukallaf (orang yang sudah layak dibebani hukum). Ertinya, jika seorang muslim meninggalkannya, status kewajipan tersebut tidak lantas gugur dari dirinya, meskipun seluruh umat Islam yang lain telah melaksanakannya.
Sebaliknya, seandainya kewajipan tersebut hanya dilaksanakan oleh dirinya sendiri, sementara seluruh umat Islam meninggalkannya, maka kewajipan tersebut telah gugur dari dirinya, dan di hadapan Allah Swt. dia telah terbebas dari kewajipan itu. Hal ini bererti bahawa setiap muslim wajib untuk memeriksa setiap fardhu ain dan kemudian mengerjakannya. Dengan begitu, dia terbebas dari kewajipan itu, dan tidak ada pertanggungjawaban di hadapan Pencipta.
Apa yang berlaku dari fardhu ain, berlaku pula untuk berbagai larangan kerana semuanya bersifat ‘ayni. Dengan demikian, seorang muslim wajib untuk mendirikan solat, puasa Ramadhan, berhaji ke Masjidil haram jika mampu, berzakat jika memiliki harta yang telah sampai nisabnya, berbuat baik kepada orang tuanya, memakan makanan yang halal dan baik, dan lain-lain.
Sebaliknya, dia wajib pula menjauhi makan makanan yang haram dan buruk, berzina, berdusta, dan menggunjing/ghibah, dan lain-lain yang wajib dihindari. Walhasil, seorang muslim wajib mengerjakannya jika hal itu memang merupakan perkara yang makruf, dan menjauhinya jika memang hal itu merupakan perkara yang mungkar.
Di antara perkara-perkara wajib sebagaimana telah disebutkan, ada yang disebut dengan fardhu kifayah, yakni kewajipan yang dituntut agar terlaksana, tanpa memperhatikan siapa yang melaksanakannya dari kalangan umat Islam. Ertinya, secara substantif, kewajipan ini tidak dituntut untuk dikerjakan oleh setiap individu. Yang ditekankan disini adalah terwujudnya kewajipan tersebut, bukan siapa yang mewujudkannya.
Jadi, fardhu kifayah kadang-kadang dapat dilaksanakan oleh sedikit orang, tetapi tidak jarang hanya dapat terlaksana jika dikerjakan oleh banyak orang. Jika kewajipan ini tidak dapat dilaksanakan, umat Islam seluruhnya berdosa hingga kewajipan tersebut dapat diwujudkan. Dalam kondisi belum dapat diwujudkannya kewajipan ini, dosa tidak akan dipandang gugur dari umat Islam, kecuali dari orang-orang yang memang selalu berusaha untuk mewujudkannya dan senantiasa menghiasi dirinya dengan usaha keras untuk menegakkannya.
Tidak boleh ada seorang pun yang mengira bahawa keterlibatan umat Islam seluruhnya dalam dosa ini akan meringankan beban dosa mereka sehingga dia meremehkan perkara-perkara yang termasuk dalam kategori fardhu kifayah, hal ini kerana seseorang akan datang pada hari kiamat dengan menanggung dosanya sendiri. Allah Swt. berfirman,
“Setiap diri mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat sendiri-sendiri.” [TMQ Maryam (19): 95]
Keterlibatan umat Islam dalam dosa itu secara bersama-sama mungkin akan menghiburnya di dunia, tetapi tidak akan meringankan bebannya sedikit pun di akhirat. Kerananya setiap orang yang melalaikan sejumlah fardhu kifayah yang belum boleh diwujudkan hendaklah segera ikut serta dengan sekuat tenaga dan berusaha untuk menegakkannya. Dengan begitu dia akan terbebas dari pertanggungjawaban di hadapan Allah Swt. sebelum datang hari kiamat, hari ketika setiap hati dan jiwa beterbangan.
Seorang muslim yang beriman kepada Allah, takut kepada ancaman-Nya, sangat menginginkan janji-Nya, sangat mendambakan keredhaan-Nya, sangat berhasrat masuk ke dalam syurga-Nya, dan ingin agar terlepas dari siksa api neraka-Nya, tentu akan berpandangan bahawa berbagai fardhu kifayah wajib untuk ditegakkan. Selama kewajipan tersebut belum boleh diwujudkan, dia akan merasa berdosa jika sampai tidak ikut serta berusaha mendirikannya. Sebaliknya, jika kewajipan itu telah tegak, maka ia tidak merasa berdosa selama ada orang yang telah berhasil menegakkannya.
Agar seorang muslim dapat terbebas dari pertanggungjawaban di hadapan Allah Swt., dia wajib memperhatikan berbagai fardhu kifayah sebagaimana dia memperhatikan berbagai fardhu ain. Memberlakukan hukum Allah, jihad fisabilillah, dan amar makruf nahi mungkar misalnya, semuanya termasuk fardhu kifayah yang wajib diwujudkan oleh umat Islam. Jika tidak ada yang berhasil menegakkannya, seluruh umat Islam berdosa.
Jika ijtihad telah hilang dari diri umat, misalnya, maka semua orang berdosa kecuali orang yang berusaha untuk melahirkan adanya para mujtahid. Akan tetapi, adanya orang-orang yang berusaha untuk mewujudkan ijtihad tidak sampai menggugurkan dosa orang lain selain mereka selama ijtihad belum terwujud. Ertinya jika ijtihad telah terwujud, bererti kewajipan telah gugur bagi semuanya.
Begitu juga dengan upaya mewujudkan Daulah Islamiyah. Setiap orang yang berdiam diri dari usaha untuk mendirikan Daulah Islamiyah adalah berdosa di hadapan Allah. Adanya orang-orang yang berusaha untuk mendirikannya tidak secara automatiknya menggugurkan dosa orang-orang yang berpangku tangan, selama Daulah Islam belum tegak. Di dalam buku Al-Fikr Al-Islami di bawah judul “Fardhu Kifayah Merupakan Kewajipan bagi Setiap Muslim,” disebutkan,
“Sebuah kewajipan, dalam kondisi apa pun, tidaklah gugur sama sekali sampai berhasil ditegakkan. Orang yang meninggalkan kewajipan layak mendapatkan hukuman kerana tindakannya itu dan tetap dipandang berdosa sampai dia boleh melaksanakannya. Dalam hal ini tidak ada perbezaan antara fardhu ain (kewajipan individual) dan fardhu kifayah (kewajipan kolektif). Keduanya adalah kewajipan bagi umat Islam.”
Allah Swt. misalnya, berfirman,
“Berangkatlah kalian, baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, serta berjihadlah dengan harta dan jiwa kalian di jalan Allah. Tindakan demikian adalah lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui.” [TMQ At-Taubah (9): 41]
Ayat di atas mengandungi perintah yang terkategori fardhu kifayah. Tuntutan di dalam ayat ini adalah tuntutan yang bersifat pasti (tholaban jaziman).
Kerana itu, dalam perspektif kewajipan itu sendiri, usaha untuk membezakan fardhu kifayah dan fardhu ain merupakan dosa di hadapan Allah, penyimpangan dari jalan-Nya, dan tindakan keliru kerana terkesan menganggap remeh kewajipan-kewajipan dari Allah Swt.. Sementara itu, dari segi gugurnya kewajipan dari orang yang memang dituntut untuk melaksanakannya, juga tidak ada perbezaan antara fardhu ain dan fardhu kifayah. Ertinya kewajipan tidak akan gugur kecuali setelah amal yang dituntut oleh syariat boleh dilaksanakan; apakah amal tersebut dituntut untuk dilaksanakan oleh setiap muslim (bersifat individual), seperti solat wajib, atau oleh seluruh umat Islam (bersifat kolektif), seperti pembaiatan seorang khalifah.
Kedua kewajipan tersebut tidak akan gugur selama belum boleh terlaksana. Dengan kata lain, kewajipan solat atau pun membaiat seorang khalifah tidak akan gugur hingga solat tersebut ditunaikan dan Daulah Islamiyah berhasil didirikan atau baiat kepada khalifah telah diberikan.
Dengan demikian, fardhu kifayah tidak akan gugur dari bahu seorang muslim, meskipun telah berusaha dilaksanakan oleh sebahagian muslim yang lain sampai kewajipan tersebut berhasil diwujudkan. Dengan kata lain, setiap muslim tetap dipandang berdosa selama kewajipan tersebut belum tertegak. Atas dasar ini, keliru jika ada yang berpendapat bahawa fardhu kifayah adalah suatu kewajipan yang apabila telah berusaha dilaksanakan oleh sebahagian orang maka akan gugur (dosanya) dari sebahagian yang lain.
Yang benar, fardhu kifayah adalah suatu kewajipan yang apabila telah berhasil dilaksanakan oleh sebahagian orang, akan gugur (dosanya) dari yang lain. Dalam kondisi ini, gugurnya kewajipan tersebut merupakan suatu perkara yang realistik, kerana perbuatan yang diminta telah berhasil dilaksanakan, telah terwujud, dan telah selesai ditegakkan. Itulah yang dimaksud dengan fardhu kifayah. Kewajipan ini adalah fardhu ain.
Berdasarkan paparan di atas, upaya mendirikan Daulah Islamiyah merupakan kewajipan atas seluruh umat Islam atau atas setiap muslim. Kewajipan ini tidak akan gugur dari seorang muslim sehingga Daulah Islamiyah berhasil diwujudkan. Jadi, jika telah ada sebahagian orang yang berusaha untuk mendirikannya, tetapi Daulah Islamiyah belum juga berhasil diwujudkan, maka kewajipan tersebut tidak akan gugur dari seorang muslim pun.
Dengan kata lain, selama Daulah Islamiyah belum tegak, kewajipan untuk menegakkannya telah ada pada bahu setiap muslim. Demikian juga dosanya, maka akan tetap ada pada setiap muslim sampai sempurna berdirinya Khilafah. Dosa tersebut tidak akan gugur dari setiap muslim kecuali dia telah terus-menerus berusaha untuk menegakkannya.
Demikianlah, setiap fardhu kifayah akan tetap menjadi kewajipan bagi setiap muslim. Kewajipan tersebut tidak akan gugur sampai berhasil ditegakkan (M. Muhammad Ismail, Al Fikr Al Islami, halaman 14-15).
Ketika kita telah memahami apa saja yang termasuk fardhu ain dan apa saja yang termasuk fardhu kifayah, maka jelaslah bahawa betapa seorang muslim, agar terbebas dari tuntutan Sang Pencipta, secara peribadi wajib mengerjakan berbagai fardhu ain dan secara kolektif wajib bekerjasama dengan umat Islam lainnya untuk mewujudkan berbagai fardhu kifayah.
Sumber: Ahmad Mahmud, Dakwah Islam