Penulis: Muhammad Ismail
Yang dimaksud dengan kesedaran politik bukanlah kesedaran terhadap situasi-situasi politik, posisi-posisi internasional, mahupun peristiwa-peristiwa politik. Ini kerana kesedaran terhadap situasi politik, posisi-posisi internasional, ataupun peristiwa-peristiwa politik adalah upaya untuk memahaminya. Sementara itu, yang dimaksud dengan “kesedaran politik” adalah upaya manusia untuk memahami bagaimana memelihara urusannya.
Kesedaran politik adalah suatu pandangan yang universal (mencakup seluruh dunia internasional) dengan sudut pandang yang khas. Pandangan yang universal tanpa melalui sudut pandang yang khas adalah pandangan yang dangkal, dan bukan merupakan kesedaran politik. Begitu juga pandangan yang bersifat regional adalah pandangan yang sempit dan tidak membentuk kesedaran politik.
Kesedaran politik tidak akan sempurna, kecuali dipenuhinya dua unsur. Pertama, adanya pandangan yang universal, yang tidak terbatas pada negeri-negeri tertentu. Kedua, pandangan tersebut harus bertolak dari sudut pandang yang khas, dari mana pun asalnya, boleh merupakan mabda‘/ideologi atau idea-idea tertentu.
Hanya saja, jika sudut pandang yang khusus tersebut merupakan suatu mabda‘, kesedaran politik yang terbentuk akan selalu bersifat tetap (fixed). Sehingga dapat dikembangkan ke setiap arah yang mengarah pada satu tujuan dan tidak akan bergeser atau berubah dari tujuan yang telah dicapainya, serta menjadi sifat bawaan yang tetap ada dalam umat, bukan hanya pada diri individu-individu saja.
Suatu kesedaran politik, dengan sendirinya memastikan adanya perjuangan pada diri manusia yang dikerahkan untuk membentuk persepsi tertentu tentang kehidupan di mana pun berada. Pembentukan persepsi ini merupakan tanggung jawab utama yang diemban oleh orang-orang yang telah memiliki kesedaran politik. Ia tidak akan merasa tenang, kecuali menghadapi segala bentuk cabaran untuk memenuhi tanggung jawabnya.
Orang yang memiliki kesedaran politik, pasti akan menerjunkan diri dalam kancah perjuangan melawan setiap pandangan yang berlawanan dengan pandangan dan persepsinya. Sekaligus melakukan perjuangan untuk menetapkan persepsinya dan menanamkan pandangannya di tengah-tengah masyarakat. Ini kerana satu sama lain tidak dapat dipisahkan dalam perjuangannya, walaupun sehujung rambut.
Termasuk memperjuangkan tindakan melawan setiap ancaman yang menentang persepsinya tentang kehidupan, serta melawan setiap hal yang berasal dari naluri semata yang diterima secara turun-temurun sejak abad-abad kemunduran umat; demikian juga perjuangan melawan pengaruh kapitalisme yang tersebar melalui pemenuhan tuntutan-tuntutan yang sementara. Serta berjuang melawan usaha-usaha menyudutkan tujuan-tujuan yang luhur menjadi tujuan-tujuan yang sebahagian.
Kesedaran politik tidak bererti mesti menguasai setiap keadaan yang ada di dunia. Setiap sesuatu yang terkait mabda‘, atau menguasai apa yang mesti dijadikan sudut pandang tertentu yang bersifat universal. Akan tetapi kesedaran politik cukup ditunjukkan dengan adanya pandangan tertentu yang universal, tanpa memandang apakah pengetahuan yang dimilikinya tentang pandangan tersebut banyak atau sedikit. Serta menjadikan pandangan tersebut bertolak dari sudut pandang tertentu, tanpa memandang apakah pengetahuannya tentang sudut pandang tersebut sedikit atau banyak.
Hanya dengan adanya pandangan yang bersifat universal dan sudut pandang tertentu, sudah menunjukkan adanya kesedaran politik. Walaupun tahap kesedaran itu boleh berbeza-beza, tergantung perbezaan pengetahuan tentang masyarakat dan negara-negara di dunia.
Ini kerana yang dimaksud dengan “pandangan yang bersifat universal ini” adalah terfokus pada “pandangan tentang keadaan manusia” yang hidup di bumi ini. Sedangkan yang dimaksud dengan “pandangan yang bertolak dari sudut pandang tertentu” adalah terfokus pada persepsi yang dimilikinya tentang kehidupan dan dijadikan sebagai sudut pandangnya.
Dari sini dapat difahami bahawasanya kesedaran politik tidak hanya dimiliki oleh politikus atau cendekiawan. Namun bersifat umum dan mungkin saja terwujud di kalangan awam atau masyarakat yang buta huruf, sebagaimana halnya dengan para ulama dan kaum terpelajar.
Kesedaran politik perlu ada di tengah-tengah umat secara keseluruhan, walaupun dalam bentuk global. Sebab tanpa adanya kesedaran politik ini di tengah-tengah umat, malahan ada pada setiap individu umat, maka tidak mungkin mengetahui pentingnya idea-idea yang telah dimilikinya bagi umat.
Kesedaran politik adalah suatu keperluan mendesak yang perlu dipenuhi dan keberadaannya perlu ada di tengah-tengah umat. Tanpa adanya kesedaran politik, maka tidak mungkin umat mengetahui pentingnya Islam bagi kehidupan individu dan masyarakat. Begitu juga tidak mungkin menjamin dukungan umat terhadap para pengemban dakwah yang senantiasa berjuang menentang kekufuran dan menentang penjajahan. Dukungan umat perlu ada di setiap kondisi baik saat datangnya kemenangan atau di kala ditimpa kekalahan.
Tanpa adanya kesedaran politik, tidak akan terealisiasi nilai-nilai Islam yang agung, begitu pula keadaan umat bertambah buruk,sehingga hilanglah sebab-sebab yang mendatangkan kemajuan dan kemuliaan umat, bahkan terbuanglah segala usaha-usaha dan upaya yang telah dicurahkan untuk membangkitkan umat. Tiadanya kesedaran politik di kalangan kaum muslimin–mengenangkan keberadaan mereka sebagai suatu umat–akan mempercepat kehancuran Islam, dan menambah bahaya kehancuran kaum muslimin, serta meniadakan setiap cara dan sarana yang memungkinkan berlanjutnya kehidupan Islam, sekaligus berkembangnya dakwah Islamiyah.
Oleh kerana itu, adanya kesedaran politik adalah suatu masalah yang menjadi keperluan yang amat mendesak bagi umat Islam. Bahkan, tidak berlebihan jika dikatakan, bahawa masalah ini menyangkut persoalan “hidup atau mati”.
Keberadaan beberapa individu umat yang dalam dirinya tertanam suatu kesedaran politik, tidak mungkin dapat menjadikan umat terhindar dari malapetaka atau mencegahnya dari kemerosotan, walaupun orang-orang yang telah memiliki kesedaran politik tersebut dalam jumlah yang besar. Selama keberadaan mereka tetap sebagai individu-individu semata. Mereka bersama umat akan ditimpa malapetaka, sekaligus menyaksikan kemerosotan umat dan menderita akibat dari kemerosotan ini. Oleh kerana itu, kesedaran politik hendaklah dimiliki majoriti individu umat, walaupun tidak semestinya dimiliki setiap individu umat.
Oleh kerana itu, mahu tidak mahu segenap usaha dan tenaga harus dicurahkan dengan sungguh-sungguh untuk mewujudkan kesedaran politik di tengah-tengah umat, sebanding dengan seluruh usaha dan tenaga yang harus dicurahkan secara sungguh-sungguh untuk mewujudkan persepsi Islam di tengah umat dan mempertajam semangat Islam.
Agar terbentuk perasaan bahawa seluruh dunia memerlukan Islam dan mengetahui arah hidup yang benar, maka perasaan ini harus terpancar lebih dulu oleh keperluan umat terhadap Islam. Kemudian perasaan ini ditingkatkan dengan membentuk kesedaran kepada kaum muslimin tentang Islam dan menarik perhatian mereka terhadap Islam.
Dengan kata lain, wajib mencurahkan kesungguhannya, agar umat ini memandang setiap keadaan di dunia dari sudut pandang Islam sehingga pandangan tersebut muncul pada sebahagian besar kaum muslimin, walaupun masih dalam bentuk global, tatkala mencurahkan segenap kemampuannya untuk membentuk kesedaran di tengah-tengah masyarakat kepada Islam dan membangkitkan kerinduan terhadap Islam.