[Soal Jawab] KHALWAT YANG DIHARAMKAN
Soalan:
Apakah saat lelaki dan perempuan bukan mahram bertemu di tepi jalan dan bersembang termasuk kategori khalwat?
Jawapan:
Gambaran khalwat yang diharamkan itu ada dua:
1. Berduaan lelaki dan perempuan bukan mahram di tempat khusus, seperti rumah.
2. Berduaan lelaki dan perempuan di tempat umum, seperti jalan yang sepi dan tertutup dari pandangan manusia yang lain.
Maka, jika lelaki dan perempuan bukan mahram bertemu di jalan lalu bersembang, namun tidak sampai menyepi dan terbuka dari pandangan manusia, maka itu bukan khalwat yang diharamkan.
Namun dalam keadaan tersebut ada hukum lain, iaitu hukum pertemuan dan interaksi. Jika interaksi dalam perkara yang tidak syarie dan berbicara perkara yang tidak dibenarkan syariat, seperti bersembang masalah peribadi, maka itu haram.
Jika komunikasi dalam perkara yang dibolehkan syariat seperti soal pekerjaan dan jual beli, dan sifatnya secukupnya dibatasi pada perkara itu saja, maka boleh.
Jawapan saya di atas didasarkan pada riwayat dari Anas bin Malik, dimana beliau berkata,
جاءت امرأة من الأنصار إلى النبي صلى الله عليه وسلم فخلا بها فقال والله إنكم لأحب الناس إلي
“Datang seorang wanita dari kaum Ansar kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pun berkhalwat dengannya, lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, ‘Demi Allah kalian (kaum Ansar) adalah orang-orang yang paling aku cintai.’” (HR. Al-Bukhari no. 5234, Kitabun Nikah)
Imam Al-Bukhari memberi tajuk hadis ini dengan perkataannya,
باب ما يجوز أن يخلو الرجل بالمرأة عند الناس
“Bab dibolehkannya seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita jika di hadapan khalayak.”
Ibnu Hajar berkata, “Imam Al-Bukhari menyimpulkan hukum (dalam tajuk tersebut dengan perkataannya) “di hadapan khalayak” dari perkataan Anas bin Malik dari riwayat yang lain, “Maka Nabi pun berkhalwat dengannya di sebahagian jalan atau sebahagian السكك (sukak).” Dan السكك, adalah jalan yang digunakan untuk berjalan yang biasanya selalu dilewati manusia.”
Penggunaan kata khalwat dalam riwayat hadis tersebut adalah dalam makna bahasanya, yakni berduaan. Namun bukan termasuk yang diharamkan kerana tidak menyepi dari pandangan manusia dan hal yang dibicarakan adalah terkait pendidikan dan nasihat.
– Ustaz Yuana Ryan Tresna
#khalwat #Hukum #hadis #pergaulan