[Fokus Tsaqafah] Tajdid Agama (Bahagian 2)
Penulis: Prof. Yusuf Al-Sarisi (Palestin)
Konsep Tajdid di Tengah Perang Pemikiran
Pada awal abad ini, Amerika (sebagai pemimpin peradaban kapitalisme Barat) mengambil cara konfrontasi Islam dengan dalih untuk memerangi keganasan. Pada tahun 2003, Menteri Pertahanan, Rumsfeld menyerukan pembentukan badan baru untuk menghadapi sesuatu yang disebut sebagai “perang pemikiran” (perang lama yang diperbaharui caranya) untuk menghadapi ancaman besar secara efektif pada abad ke-21.
Jurnalis Amerika, Thomas Friedman juga menyebarkan berbagai artikel atau tulisan tentang perang pemikiran. Dia memandang bahawa perang pemikiran perlu ada dalam masyarakat Islam iaitu dengan memperkuatkan kaum moderat untuk melaksanakan tugas-tugas ini sebagai wakil Barat untuk menyingkirkan idea-idea ekstremis, kekerasan dan keganasan.
Kaum kapitalis Barat menyedari bahawa orientasi perjuangan keislaman semakin menguat dan sukar untuk dibanteras serta makin membahayakan posisi mereka. Ditambah adanya usaha dari kaum Muslim yang ikhlas dan memiliki kesedaran untuk mewujudkan Islam melalui tajdid dakwah untuk menegakkan Khilafah. Perkara ini menjadikan posisi Barat semakin terpukul mundur dan posisi Islam semakin kedepan dalam kancah pergolakan antara peradaban. Kerana itu, Barat memandang regim yang saat ini ada di negara kita telah habis riwayatnya dan kepercayaan rakyat telah hilang padanya.
Dengan demikian, Barat memandang perlu ada usaha untuk mengatasi masalah ini sebelum Islam sampai pada tahap mempunyai kekuasaan. Kerana itu, Barat sengaja berurusan dengan Islam. Mereka menginginkan adanya pembaharuan dengan cara mengurangi dan mengubah ajaran agama, juga mempermainkan nas-nas agama. Barat berusaha untuk mengosongkan Islam dari intipatinya yang bertentangan dengan peradaban Barat, khususnya dalam bidang politik, ekonomi dan pemerintahan.
Seruannya baru-baru ini sampai pada tahap memerangi politik Islam (Islamisme) dan dengan menyeru bahawa Islam hanya sebatas ajaran moral dan spiritual yang tidak mengangkut tentang pemerintahan, hukum, politik mahupun jihad. Seruan ini bertentangan dengan seruan pembaharuan (tajdid) Islam berdasarkan pemahaman sesuai syariat.
Islamisme adalah cara yang diangkat oleh orang kafir Barat untuk menjauhkan kaum Muslim dari tegaknya Khilafah dan pemerintahan dengan hukum yang telah diturunkan Allah. Barat telah memberikan tekanan besar terhadap gerakan-gerakan Islam untuk mengumumkan ketidakpedulian mereka terhadap politik Islam, mengancam mereka untuk pembasmian dan mengizinkan mereka untuk melakukan aktiviti amal, moral dan ibadah saja dengan alasan bahawa tiada politik dalam Islam.
Taktik kaum kafir kolonial dalam menyerang Islam adalah dengan mencari “alat/boneka (puppets) ” yang memberi respon positif pada taktiknya dan mencuba untuk memasang kaedah dan dasar yang baru di bawah istilah “tajdid agama Islam.”
Yang dianggap sebagai tajdid ini memiliki beberapa bahagian, seperti tajdid prinsip-prinsip agama dan perlunya fikih baru (realisme atau pragmatisme), fikih yang sesuai dengan realiti saat ini (fiqh dharuri, fiqh muwazanat), fleksibiliti Islam dan dakwaan memperbaharui agama dengan memanfaatkan maqasid syariah secara bengkok dan tidak sesuai dengan kaedah usul fikih yang benar serta dakwaan pembacaan kontemporari atas teks agama
Kreativiti (Bid’ah) dan Pembaruan (Tajdid)
Akibat dominasi konsep Barat di kalangan umat Islam saat ini, terjadilah kekeliruan antara dua konsep hukum syarak iaitu konsep kreativiti (al-ibtida’/bid’ah) dan konsep pembaharuan (tajdid). Kedua-dua konsep tersebut telah dibahas dalam Islam sehingga tidak boleh mencampurkan konsep keduanya.
“Tajdid” adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh Islam untuk diserukan. Adapun “bid’ah”, Islam telah melarangnya dan menganggapnya sebagai kesesatan. Perbezaan di antara keduanya dijelaskan oleh dalil-dalil berikut :
Dalam hadis disebutkan, “Sesungguhnya Allah mengutus untuk umat ini pada setiap penghujung seratus tahun, orang yang akan memperbaharui agamanya.” Hadis ini tidak boleh dijadikan hujah selain dari nas-nas yang berkaitan dengan bab ini, seperti sabda Nabi SAW, “Kerana sesungguhnya setiap perkara (agama) yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah kesesatan. Dan setiap kesesatan itu nantinya akan ditempatkan di neraka.” Juga sabda yang lain, “Barangsiapa yang mengada-adakan dalam urusan kami (urusan agama) ini yang bukan berasal darinya, maka amalan tersebut tertolak.”
Bid’ah itu terbahagi kepada dua. Pertama, orang yang mengadakan dan menetapkan sesuatu yang tidak ditetapkan oleh syariat, maka dia telah melakukan bid’ah. Ini sesuai dengan sabda Nabi SAW, “Barangsiapa yang mengada-adakan dalam urusan kami (urusan agama) ini yang bukan berasal darinya, maka amalan tersebut tertolak.”
Kedua, orang yang mengingkari apa yang telah ditetapkan oleh syariat, maka dia telah melakukan bid’ah. Hal ini sesuai dengan firman Allah SWT, “Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain?”
Dengan demikian, bid’ah adalah perubahan pada agama dan menambahkan sesuatu yang bukan darinya. Oleh sebab itu, konsep bid’ah adalah perubahan dengan menambah atau mengurangkan (tetapi sering kali dengan menambahkan) pada hal-hal yang telah disebutkan dengannya tata cara hukum tertentu (iaitu metod suatu hukum), terutamanya dalam bab ibadah seperti solat dan haji.
Solat maghrib itu tiga rakaat dan siapa yang menambahkannya dengan yang keempat atau kelima, maka dia telah melakukan bid’ah dan hal itu diharamkan. Kemudian, menjaga jarak ketika solat berjemaah dengan alasan adanya penyakit Corona juga merupakan bid’ah yang diharamkan kerana hal itu mengubah tata cara hukum syarak dalam meluruskan dan menjaga jarak (ketika solat). Ataupun tindakan menyeksa tubuh serta mengharamkan untuk menikmati hal-hal baik dengan tujuan meninggikan ruhiyah. Perkara itu juga adalah pemikiran sesat (bid’ah) yang diambil dari falsafah India.
Di antara aktiviti bid’ah juga adalah usaha untuk menambahkan dalil-dalil baru dalam ilmu usul fikih, seperti memasukkan maslahat dan mudarat ala kapitalis dengan alasan menolak mafsadat dan mendatangkan maslahat. Juga siapa sahaja yang memasukkan undang-undang Barat kepada maqasid syariah dengan tujuan untuk menjauhkan orang-orang dari agama mereka, maka sesungguhnya dia telah melakukan bid’ah.
Bid’ah pada zaman dahulu adalah memasukkan hal-hal selain Islam ke dalam Islam. Pada zaman moden pula, bid’ah dilakukan dengan mengurangkan ajaran agama terutamanya terkait sistem politik dan ekonomi.
Adapun tajdid dalam agama, memang ada dan dituntut oleh syarak. Tajdid agama akan berlaku pada setiap zaman yang mencakup penghapusan segala sesuatu yang buruk, menghilangkan segala sesuatu yang bukan darinya (agama), serta mengembalikan apa yang hilang darinya. Hasilnya, mujaddid (pelaku tajdid) akan mengembalikan Islam sebagaimana yang diturunkan kepada Rasul-Nya.
Tajdid dalam agama bukan bermaksud membawa sesuatu yang baru dan tidak ada dasarnya dalam Islam. Membawa sesuatu yang baru yang bukan berasal dari Islam aktiviti mengada-adakan sesuatu pada urusan agama dan itu merupakan hal yang tercela.
Ini menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dengan “tajdid” adalah menghidupkan kembali yang telah mati, membangun yang hilang, menghapus yang bertambah atau boleh juga bertujuan untuk memurnikan idea Islam, mengkristalkannya juga menjernihkannya, yang dengan itulah umat mampu untuk bangkit.
Salah satu perkara terpenting yang dibahas dalam perkara tajdid adalah membatasi keberadaan bid’ah dalam perkara baru yang diharamkan -yang terus ada di berbagai era Islam- serta menghilangkannya kerana itu merupakan bid’ah yang berkaitan dengan agama, bukan bersumber dari agama.
Jika perkara baru tersebut tidak berlaku di dalamnya, sebagaimana sabda Nabi saw, “Barangsiapa membuat sesuatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak,” maksudnya adalah jika hal-hal baru tersebut berasal dari Islam, tidak bertentangan dengannya, serta memiliki sumber asal, menurut marhum mukhlaf perkara tersebut tidaklah ditolak, melainkan diterima kerana berasal dari sumber Islam.
Perkara baru seperti yang disebut bukanlah bid’ah terlarang, tetapi perkara baru yang baik dan dapat disebut sebagai “bid’ah yang baik (hasanah).” Perkara-perkara baru yang bersesuaian dengan Islam, termasuk dalam bab “tajdid” kerana ia merupakan hasil tajdid yang layak untuk menjadi bahagian dari sunnah (perbuatan/jalan hidup) yang baik di dalam Islam.
Konsep sunnah yang baik dalam Islam termasuk dalam konsep tajdid, sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang mengerjakan sunnah (perbuatan) yang baik dalam Islam, maka dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan pahala orang yang mengikutinya.” (HR Muslim)
Yang dimaksudkan dengan “sunnah” adalah perbuatan terpuji yang Allah perintahkan walaupun tidak ada contohnya pada zaman Nabi SAW. Antaranya adalah perkataan Umar ra. mengenai solat tarawih berjemaah, “Alangkah baiknya bid’ah ini.” Sesungguhnya baik atau buruknya perbuatan diketahui dari sudut pandang syarak dengan bukti-bukti dari syariat yang menjadi saksinya. Jika tidak, itu adalah bid’ah yang tercela.
Perbezaan antara tajdid dan sunnah yang baik dalam Islam adalah orang yang mengamalkan sunnah yang baik, dia akan melakukan apa yang diperintahkan oleh syarak dan tidak dibatasi tata caranya secara khusus, melaikan dia melakukannya dengan cara tertentu yang mendorong orang-orang untuk mengikutinya dalam beramal baik.
Sementara itu, tajdid mencakup sunnah-sunnah yang baik, lebih dari itu, mencakup menghidupkan kembali sunnah yang telah mati, menghapuskan bid’ah serta menghasilkan penyelesaian untuk perkara-perkara baru.
Di antara tajdid yang perlu dilakukan oleh kaum Muslim secara berterusan adalah memberikan penyelesaian untuk masalah yang paling mendesak iaitu perkara yang membebani umat pada masa tersebut dan yang memerlukan penyelesaian dengan pembaharuan yang baik.
Sebagai contoh, konsep tentang tanah kharaj yang ada pada masa Khalifah Al-Faruq Umar bin Khattab. Beliau memandang bahawa perlu adanya masukan tambahan dan bersifat tetap untuk Baitulmal yang akan digunakan untuk membiayai kemaslahatan umat, gaji tentera dan santunan fakir miskin.
Contoh lain adalah Imam Syafie yang meletakkan kaedah usul fikih kerana keperluan kaum Muslim saat itu. Luasnya jurang pemisah dan perbezaan antara fikih Iman Abu Hanifah dan Imam Malik menyebabkan masalah yang memerlukan penyelesaian dengan peletakan kaedah dan ilmu usul fikih bagi kaum Muslim.
Begitu juga tentang konsep wakaf yang disusun oleh kaum Muslim kerana keperluan mereka terhadap kewangan dan pembiayaan fardhu kifayah iaitu para orang kaya boleh mewakafkan sebahagian gedung, tanah dan harganya sebagai sedekah Jariyah yang bermanfaat kepada kaum Muslim secara umum.
Perbezaan antara bid’ah dan tajdid adalah konsep tajdid memerlukan dalil asal dari syariat. Ketika Khalifah Umar Al-Khattab mewajibkan kharaj, perkara itu adalah bersandarkan pada firman Allah SWT, “Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar).”
Dalam firman itu, kaum Muslim yang datang setelah adanya para penakluk, berhak mendapatkan fa’ie iaitu kepemilikan tanah kharajiyah yang sebelumnya para sahabatlah yang mendapatkan harta tersebut.
Sementara itu, konsep wakaf kebaikan, hukum asalnya adalah hadis dari Rasulullah SAW, “Jika anak Adam meninggal dunia, terputuslah amalnya kecuali sedekah jariyah.” Dalam hadis ibu, wakaf termasuk sedekah jariyah.
Terakhir, kaedah ilmu usul fikih itu sebenarnya sudah ada iaitu terdapat dalam Al-Quran, sunnah serta atsar sahabat dan para fuqaha. Hanya saja Imam Syafie lah yang pertama kali mengumpulkan kaedah-kaedah tersebut dan mengembangkannya sebagai satu ilmu yang baru.
Khatimah
Seluruh perkara baru yang memiliki dasar dalam syariat dan berada di bawah konsep mafahim mukhalaf terhadap sabda Nabi SAW, “Apa yang bukan darinya (Islam),” merupakan bahagian dari Islam. Dengan kata lain, memiliki dasar dalam Islam. Oleh sebab itu, ia merupakan perkara baru yang dapat diterima yang merupakan produk tajdid yang layak untuk diterima.
Tajdid tersebut adalah hal yang senantiasa menyertai berbagai masalah keperluan dan permasalahan mereka dan akan sempurna dengan memberikan penyelesaian pembaharuan yang bersumber dari syariat, yang sesuai dasar-dasar yang dianggap sah dan berkaitan dengan wahyu, bukan yang tidak memiliki dasar atau yang disandarkan pada anggapan-anggapan dasar seperti mashalih dan maqasid syariah.
Pada dasarnya, penyelesaian yang dipengaruhi oleh selain ajaran Islam, tidak dapat dikategorikan sebagai pembaharuan (tajdid) syariat, melainkan sekadar hanya kreativiti (bid’ah). Tajdid yang perlu dilakukan umat Islam pada masa ini adalah berusaha mengatasi goncangan keyakinan pada pemikiran Islam dan berbagai hukumnya yang dilancarkan oleh peradaban Barat setelah perang pemikiran lebih-lebih lagi dalam bidang politik, ekonomi dan pemerintahan.
Sudah sepatutnya ada seorang mujadid yang berstatus mujtahid pada masa ini untuk melaksanakan tugas penting tersebut.
Kembali ke bahagian 1/2: https://muslimahhtm.com/2022/11/20/tajdid-agama-bahagian-1-2/
#Fokus #Tsaqafah #tajdidagama