SERUAN BARAT KE ARAH KEKACAUAN SEKSUAL GLOBAL [Bahagian 3]
Bagaimana Khilafah akan menangani masalah ini?
Syariah mengakui hakikat bahawa seks bukanlah satu komoditi yang perlu dijual di pasaran. Sebaliknya, ia membuka pintu ke arah perkahwinan, memudahkan para wanita dan lelaki untuk memenuhi naluri melestarikan keturunan mereka, sekaligus perlu memikul tanggungjawab menguruskan keluarga – ibu dan anak-anak.
Lelaki perlu menundukkan pandangan mereka, dalam masa yang sama diberikan pilihan untuk berkahwin sehingga 4 wanita, dan perlu bertanggungjawab sepenuhnya untuk keperluan mereka. Wanita pula perlu menjaga tanggungjawab rumah tangga iaitu menjaga anak-anak dan membantu suami dengan keperluan rumah tangga seharian. Pengaturan seperti inilah yang menjadikan wanita lebih feminin dan menjadikan lelaki lebih maskulin. Hal ini berbeza dengan pandangan lelaki dan wanita di Barat, di mana lelaki mengurangkan tahap maskulin mereka, manakala wanita pula perlu meningkatkan tahap kewanitaan mereka demi berpasangan dan menjayakannya (hubungan tersebut).
Masyarakat Islam telah mencapai kemajuan tanpa idea kebebasan individu pada masa lalu, dan ia akan terus melakukannya pada masa hadapan. Malah golongan sekular sedar bahawa kebebasan individu jika tidak dibendung boleh membawa kepada bencana; oleh itu, mereka menyekat kebebasan tersebut. Misalnya, mereka telah merangka undang-undang hasutan untuk mengawal kebebasan bersuara. Sebaliknya, Islam tidak mengehadkan pemikiran, malah menyeru kepada perbincangan dan perdebatan, serta mengalu-alukan mana-mana pihak pun untuk terlibat, tanpa mengira bangsa, agama atau pandangan mereka. Maka dengan ini, Islam tidak perlu mengamalkan pemikiran Barat yang hipokrit dan bertentangan prinsipnya sendiri mengenai kebebasan individu dan komponennya. Ini termasuklah kebebasan seksual.
Islam memandang seks sebagai bukan keperluan organik seperti kelaparan; sebaliknya, ia adalah naluri pembiakan (gharizah an-nau’) yang perlu dipenuhi untuk mencapai tujuan kesinambungan spesies manusia. Mencetuskan naluri memerlukan a) realiti ketara dan b) perkaitan antara idea dan pemikiran terdahulu. Apabila kedua-dua ini bersilang, dorongan timbul, dan tidak memuaskan keinginan ini hanya akan menyebabkan ketidakselesaan namun bukan kematian. Berbeza dalam kes keperluan organic (hajatul udhawiyah), pemuasan kehendak merupakan satu kemestian demi kelangsungan hidup (misalnya rasa lapar perlu diatasi dengan makan, Jika tidak, kelaparan dalam suatu tempoh boleh mengakibatkan sakit atau kematian).
Nasihat yang membina telah disediakan oleh Al-Quran dan Sunnah tentang pemuasan naluri berketurunan, atau kawalan terhadap keinginan/ransangan. Sebagai contoh, firman Allah (swt) dalam Al-Quran:
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;” [TMQ an-Nuur (24):31]
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى * فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى
“Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu. Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.” [TMQ Al-Naaz’i’aat (79):40-41]
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” [TMQ Al-Isra (17):32]
Atau dalam sabda Rasulullah SAW:
«لا تُتبعِ النَّظرةَ النَّظرَةَ، فإنَّ لَكَ الأولى ، ولَيسَتْ لَكَ الآخرَةُ»
“Janganlah kamu susulkan pandangan pertamamu dengan pandangan kedua, kerana yang dibolehkan untukmu hanya pandangan pertama (yang tidak disengaja), sedang pandangan yang kedua tidak lagi dibolehkan.” [Sunan al-Tirmidzhi, 2777]
Abdullah ibn Mas’ud (ra) mengatakan, “Kami adalah lelaki muda bersama Nabi SAW dan kami tidak mempunyai apa-apa (iaitu, kami tidak mampu untuk berkahwin). Rasulullah SAW bersabda kepada kami,
«يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ، مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ؛ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ»
“Wahai para pemuda, barangsiapa yang memiliki baa-ah, maka menikahlah. Kerana itu lebih akan menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Barangsiapa yang belum mampu, maka berpuasalah kerana puasa itu bagai penawar pengekang baginya.” (HR. Bukhari no. 5065 dan Muslim no. 1400)
Apabila masyarakat mempunyai tahap moral objektif ini, tanpa sedikitpun keraguan tentang apa yang baik dan apa yang buruk, maka kekacauan seksual pun tidak akan lagi berlaku atau ada. Kehormatan dan maruah diwujudkan untuk lelaki dan wanita, baik sebagai kanak-kanak mahupun orang dewasa, dengan tahap keselamatan sosial yang tinggi. Oleh itu, Khilafah tidak pernah bergelut dengan masalah “kekacauan seksual” sama sekali. Malah negara-negara seperti Arab Saudi (yang kini tanpa sistem Islam kaffah dilaksanakan, dan hanya dengan beberapa nilai Islam masih ada di kalangan warganya), dapat menikmati manfaat sekalipun terjadi kekacauan seksual tapi ditahap yang lebih rendah. Malangnya, apa yang dipanggil “pemimpin Islam” hari ini lebih cenderung kepada individualisme kerana ia akan menghalang orang ramai daripada melakukan protes, dan kesannya dapat dilihat dengan jelas. Keadaan di Timur Tengah telah mula berubah kerana para pemimpin mereka telah mula mempromosikan nilai-nilai Barat di kalangan rakyat melalui pelbagai acara sukan, konsert, kasino dan lain-lain. Justeru, hanya Khilafah lah yang boleh membatalkan semua kerosakan yang telah dilakukan oleh Barat ini ke atas tanah-tanah umat Islam melalui pemerintah boneka mereka dan memanfaatkan medianya.
Negara Khilafah (Khilafah) akan menghapuskan kejahatan sosial ini dengan cara-cara yang mulia. Wanita sekali lagi akan menikmati jaminan keselamatan dan perlindungan. Mereka akan dilayan dengan penuh hormat dan bukannya dilayan seperti barang dagangan. Pengkomersilan mereka akan dihentikan. Ikatan mereka dengan keluarga akan bertambah. Kemurungan mereka akan berakhir, dan tidak akan ada lagi ketagihan dadah atau alkohol. Mereka akan kembali kepada gaya hidup sihat, semula jadi dan Islamik. Sesuatu yang sudah terlalu lama dirampas oleh Barat dari para wanita mereka.
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
oleh Mohammed Hassan
The Western Call for Global Sexual Chaos
https://www.hizb-ut-tahrir.info/…/analysis/24282.html
Bibliografi:
1) Cadmus-Version 4 – Issue 5: Individualism and Collectivism: Reconciling the Values of Freedom & Equality- A. Natarajan.
2) Chinese Journal of Communication: Volume 3, 2010 – Issue 1: Collectivism, Relations, and Chinese Communication – The influence of individualism and collectivism on Internet pornography exposure, sexual attitudes, and sexual behavior among college students.
3) Pokhrel P, Bennett BL, Regmi S, Idrisov B, Galimov A, Akhmadeeva L, Sussman S. Individualism-Collectivism, Social Self-Control and Adolescent Substance Use and Risky Sexual Behavior. Subst Use Misuse. 2018 Jun 7;53(7):1057-1067. doi: 10.1080/10826084.2017.1392983. Epub 2017 Nov 21. PMID: 29161526; PMCID: PMC9292063.
4) statusofwomendata.org
5) RAINN: Scope of the Problem: Statistics
6) Statista: U.S.: reported forcible rape cases 1990-2021
7) Rapecrisis.org.uk – Statistics about sexual violence and abuse
8) Statista: Number of sexual offenses in Sweden 2012-2021
9) The Guardian: ‘Moment of reckoning’ for UK schools as 5,800 accounts of abuse published
10) PsyPost: Straight men’s physiological stress response to seeing two men kissing is the same as seeing maggots
11) Muslim Skeptic: Study Shows Disgust Reactions to Homosexuality
12) United Nations Treaty Collection
13) https://islamicsystem.blogspot.com/2012/10/does-islam-need-freedom-of-speech.html
TAMAT.
#kekacauanseksualiti #kecelaruanseksual #seksbebas #pergaulanbebas #krisiskemanusiaan #krisisglobal #kesetaraangender #hakhakwanita #pemerkasaanwanita