[Hadis Ramadhan 4] ☘️☘️ Jaminan Masuk Syurga ☘️☘️
Dalam sebuah hadis disebutkan,
حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُنْذِرِ، حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ فُلَيْحٍ قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي حَدَّثَنِي هِلَالٌ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَصَامَ رَمَضَانَ كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ هَاجَرَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ جَلَسَ فِي أَرْضِهِ الَّتِي وُلِدَ فِيهَا.
قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا نُنَبِّئُ النَّاسَ بِذَلِكَ؟ قَالَ:
إِنَّ فِي الْجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِهِ كُلُّ دَرَجَتَيْنِ مَا بَيْنَهُمَا كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَسَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ وَأَعْلَى الْجَنَّةِ وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ.
Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Al Mundzir, telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Fulaih berkata: Telah menceritakan kepadaku Ayahku, telah menceritakan kepadaku Hilal dari ‘Atha bin Yasar, dari Abu Hurairah, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda:
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan rasul-Nya, mendirikan solat, dan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka Allah berkewajipan memasukkannya ke dalam syurga, baik dia berhijrah fi sabilillah atau duduk di tempat tinggalnya tempat dia dilahirkannya.”
Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, tidakkah sebaiknya kami mengkhabarkan orang-orang tentang hal ini?” Nabi malahan menjawab:
“Dalam syurga terdapat seratus darjat yang Allah persiapkan bagi para mujahidin di jalan-Nya, yang jarak antara setiap dua tingkatan bagaikan antara langit dan bumi, maka jika kalian meminta Allah, mintalah syurga firdaus, sebab firdaus adalah syurga yang paling tengah dan paling tinggi, di atasnya ada singgahsana Arrahman dan daripadanya sungai syurga memancar.” (HR. Bukhari no. 6873).
Berhijrah dari Mekah ke Madinah bukanlah perkara mudah. Banyak sekali pengorbanan mereka ketika perlu berhijrah. Bagi Sahabat Nabi yang mempunyai aset berlimpah mahu tidak mahu perlu ditinggalkan. Rumah, kebun, haiwan ternakan, perniagaan, keluarga yang masih kafir, semua perlu ditinggalkan dalam rangka mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya. Dan lebih berat lagi, para sahabat tidak tahu bahawa setibanya mereka di Madinah mereka harus tinggal di rumah siapa, bagaimana pekerjaan baru mereka dan bagaimana nasib perekonomian mereka nantinya. Mereka semua tawakal kepada Allah kerana ikhlas berhijrah. Dengan demikian, hijrah merupakan amalan mulia dan tentunya mendapat limpahan pahala dari Allah, dicintai Allah dan Rasul-Nya serta tentunya mendapat balasan syurga.
Ternyata bukan hanya hijrah saja yang mendapatkan hadiah syurga. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menegaskan bahawa orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mendirikan solat dan berpuasa Ramadhan membuat Allah mewajibkan diri-Nya untuk memasukkan mereka ke dalam syurga-Nya.
Sungguh gembiranya para sahabat mendengar sabda beliau, mereka minta izin kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam agar mereka dapat menyampaikan khabar gembira ini kepada sahabat lain yang tidak hadir. Daripada terus mengizinkan para sahabat, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebaliknya meneruskan sabda beliau tentang syurga Firdaus yang diperuntukkan bagi para mujahidin (orang yang berjihad di jalan Allah). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga berpesan agar kita memperoleh syurga Firdaus. Dengan kata lain, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ingin agar kita tidak hanya beriman, tidak hanya solat dan berpuasa Ramadhan saja tapi berjihadlah di jalan Allah agar memperoleh Firdaus. Setelah pesan ini sempurna, tentu saja Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengizinkan para sahabatuntuk menyampaikan hadis ini kepada sahabat lain yang tidak hadir. Wallahu A’lam. (Rujukan: Pusat Kajian Hadis)
Sumber: Pusat Pendidikan Hadis Ma’had Khadimus Sunnah Bandung