[Syarah Hadis] Meninggalkan Dakwah dan Jihad Adalah Sebab-sebab Berlakunya Kebinasaan
Penulis: Ustaz Yahya Abdurrahman
إِذَا ضَنَّ النَّاسُ بِالدِّينَارِ وَالدِّرْهَمِ، وَتَبَايَعُوا بِالْعَيْنَةِ وَاتَّبَعُوا أَذْنَابَ الْبَقَرِ، وَتَرَكُوا الْجِهَادَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَنْزَلَ اللهُ بِهِمْ بَلاَءً فَلَمْ يَرْفَعْهُ عَنْهُمْ حَتَّى يُرَاجِعُوا دِينَهُمْ
“Jika manusia telah bakhil dengan dinar dan dirham, saling berjual beli dengan cara al-‘inah, mengikuti ekor-ekor lembu, dan meninggalkan jihad di jalan Allah, Allah pasti menurunkan kepada mereka bencana. Lalu Allah tidak mengangkat bencana itu hingga mereka merujuk kembali kepada agama mereka.” [HR Ahmad, Ath-Thabarani, dan Al-Baihaqi].
Imam Ahmad meriwayatkan hadis ini dari Al-Aswad bin Amir dari Abu Bakar, dari Al-A’masy, dari Atha’ bin Abiy Rabah, dari Ibnu Umar. Hadis ini disahihkan oleh Ibnu al-Qathan.
Imam Ahmad juga telah meriwatkan hadis ini dari Yahya bin Abdul Malik bin Abi Ghaiyyah, dari Abu Janab, dari Syahr bin Hawsyab, dari Ibnu Umar, dari Nabi SAW yang bersabda:
لَئِنْ تَرَكْتُمُ الْجِهَادَ وَأَخَذْتُمْ بِأَذْنَابِ الْبَقَرِ وَتَبَايَعْتُمْ بِالْعِينَةِ لَيُلْزِمَنَّكُمُ الله مَذَلَّةً فِى رِقَابِكُمْ لاَتَنْفَكُّ عَنْكُمْ حَتَّى تَتُوبُوا إِلَى اللهِ وَتَرْجِعُوا عَلَى مَا كُنْتُمْ عَلَيْهِ
“Jika kalian meninggalkan jihad, mengambil ekor lembu, dan saling berjual beli dengan cara al-‘inah, niscaya Allah melekatkan kepada kalian kehinaan di tengkuk kalian. Kehinaan itu tidak dilepaskan dari kalian sampai kalian bertaubat kepada Allah SWT dan kalian kembali pada keadaan awal kalian.”
Imam Abu Dawud di dalam Sunannya dan Imam Al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra juga meriwayatkan hadis serupa dari jalur Haywah bin Syuraih, dari Ishaq bin Abdurrahman al-Khurasani, bahawa Nafi’ menceritakan kepada dia dari Ibnu Umar RA yang berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا تَبَايَعْتُمْ بِالْعِينَةِ، وَأَخَذْتُمْ أَذْنَابَ الْبَقَرِ، وَرَضِيتُمْ بِالزَّرْعِ، وَتَرَكْتُمْ الْجِهَادَ، سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ ذُلًّا لَايَنْزِعُهُ حَتَّى تَرْجِعُوا إِلَى دِينِكُمْ
“Jika kalian berjual-beli dengan cara al-‘inah, mengambil ekor lembu, rela dengan tanaman, dan kalian meninggalkan jihad, maka Allah SWT pasti menimpakan kepada kalian kehinaan yang tidak Dia cabut sampai kalian kembali pada agama kalian.”
Hadis riwayat Abu Dawud ini dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani dan Imam Ibnu al-Qayyim.
Berkaitan dengan hadis pertama riwayat Ahmad dan riwayat Abu Dawud, Ibnu al-Qayyim di dalam Tahdzîb Sunan Abî Dâwud wa Idhâh Musykilâtihi mengatakan bahawa, “Dua sanad ini hasan, saling memperkuat antara satu sama lain. Perawi yang pertama (hadis Imam Ahmad) adalah para perawi yang terkenal. Hanya sahaja, ditakuti al-A’masy tidak mendengar hadis itu dari Atha’ atau Atha’ tidak mendengarnya dari Ibnu Umar. Sanad kedua: menjelaskan bahawa hadis tersebut mempunyai asal yang mahfuzh dari Ibnu Umar. Atha’ al-Khurasani adalah tsiqah masyhur. Haywah demikian juga. Adapun Ishaq Abu Abdurrahman adalah seorang syeikh. Meriwayatkan dari Ishaq para imam Mesir seperti Haywah, Yahya bin Ayyub dan selain mereka.”
Walhal, riwayat di atas minimal hasan—sebahagian menyatakan hadis ini sahih—sehingga boleh dijadikan hujah.
Makna Hadis
Sabda Rasul SAW, “Idzâ dhanna an-nâsu bi ad-dînâr wa ad-dirhâm”, iaitu jika manusia telah bakhil terhadap dinar dan dirham (harta) dan tidak membelanjakan hartanya itu kepada kebaikan.
Lalu sabda Rasul SAW, “wa tabâya’û bi al-‘inah,” Abu Thayyib di dalam ‘Awn al-Ma’bûd mengatakan bahawa Al-Jauhari mengatakan, al-‘ayn adalah as-salaf (hutang). Al-Fayruz al-Abadi mengatakan di dalam Al-Qâmûs: wa ‘ayyana adalah mengambil dengan al-‘inah, iaitu as-salaf (hutang) iaitu memberikannya. Seorang pedagang menjual barangnya dengan harga sampai tempoh tertentu, kemudian dia membeli barang itu dari pembelinya itu dengan harga lebih rendah.
Ash-Shan’ani al-Amir di dalam Subûl as-Salâm mengatakan, “Jual-beli al-‘inah adalah menjual barang dengan harga tertentu sampai tempoh tertentu, kemudian dia membelinya dari pembeli itu dengan harga lebih rendah agar harga yang lebih banyak itu tetap dalam tanggungannya. Disebut ‘inah kerana perolehan al-‘in, iaitu wang di dalamnya dan kerana kepada penjual hartanya itu kembali lagi kepadanya. Di dalam hadis ini (hadis Abu Dawud) ada dalil atas pengharaman jual beli ini.”
Gambaran jual beli al-‘inah ini, contohnya A menjual sesuatu kepada B berharga 1 juta tunai. Lalu, dia membeli sesuatu itu dari B dengan harga 1.5 juta secara kredit dengan tempoh tertentu. Dengan begitu, A mendapat wang 1 juta dari B, sementara itu barangnya kembali lagi ke A, atau bahkan tetap di A sejak awal, dan A mesti membayar 1.5 juta ke B setelah tempoh yang disepakati.
Meskipun redaksi hadis di atas adalah redaksi berita, maknanya adalah larangan kerana disertai celaan. Qarînah berupa ditimpakan bencana atau kehinaan menunjukkan larangan itu bersifat tegas. Dengan demikian model jual beli al-‘inah itu haram.
Lalu sabda Rasul SAW, “mengikuti atau mengambil ekor lembu—dalam riwayat Abu Daud ada tambahan redha dengan pertanian—dan meninggalkan jihad…,” maknanya adalah lebih mengutamakan mengejar dan mengumpulkan harta daripada berjihad. Dalam bahasa ekonomi, ini boleh bermakna lebih mengejar dalam memperbanyakkan harta atau mengejar pertumbuhan.
Jihad adalah untuk meninggikan kalimat Allah dan mendakwahkan Islam ke seluruh dunia. Oleh kerana itu, meninggalkan jihad di sini secara umum boleh juga bermakna tidak lagi berpegang pada ketentuan agama atau meninggalkan dakwah.
Jika orang atau umat mencari harta dengan jalan haram, menggunakan haylah (tipu helah) untuk mengambil riba (harta secara haram), dan lebih sibuk mengumpulkan kekayaan melalui perdagangan, penternakan, pertanian, dan lainnya, kemudian mereka mengabaikan, menelantarkan, bahkan meninggalkan dakwah dan jihad, Allah SWT akan menimpakan kepada mereka bencana dan kehinaan. Bencana dan kehinaan itu akan terus ditimpakan oleh Allah SWT sehingga orang atau umat bertaubat dan merujuk atau kembali pada ketentuan agama.
Hadis di atas juga mengisyaratkan bahawa mengejar, memperbanyakan harta atau pertumbuhan ekonomi bukanlah jalan kebangkitan untuk meraih kemenangan dan kemuliaan. Kemenangan dan kemuliaan hanya boleh diraih dengan kembali kepada Islam dan menerapkan Islam di tengah-tengah kehidupan.
Wallahu’alam bissawab.