[FIKRUL ISLAM]
Relevankah Idea Khilafah dengan Situasi dan Keadaan Sekarang? (Bahagian 1/3)
Penulis: M.R. Kurnia
Ditinjau dari status, idea Khilafah itu wajib diperjuangkan. Adapun dilihat dari realiti hari ini, idea Khilafah sangat relevan. Hal ini dapat dilihat dari beberapa perkara antaranya:
Pertama, hanya terdapat tiga sistem di dunia ini iaitu Islam, kapitalisme, dan sosialisme. Sosialisme secara politik telah jatuh dari akarnya pada awal tahun 1990-an, apabila Kesatuan Soviet runtuh. Hal ini merupakan fakta yang menjelaskan kegagalan sosialisme dalam mengurus masyarakat. Apabila dihitung sejak kelahirannya sekitar tahun 1917, tidak sampai satu abad sosialisme berkuasa.
Di sisi lain, kapitalisme yang didalangi oleh Amerika telah menjauh dari kemanusiaan. Memang benar, jika dilihat dari sudut kemajuan budaya material, pertumbuhan ekonomi dan perkembangan sains adalah menakjubkan. Namun, dari segi jati diri manusia, ia berada pada tahap paling rendah.
Perhambaan hawa nafsu, ketidakadilan, kehidupan liar melampaui haiwan, sikap materialistik, konsumtif, hedonistik, dan Machiavellian adalah buah dari sistem kapitalis. Dengan ditadbir oleh sistem ini, manusia semakin dekat dengan sifat dan tingkah laku haiwan. Tidak sampai dua abad berkuasa, kemusnahan berlaku daIam semua aspek kehidupan. Jadi, hendak lari ke mana? Bukankah hanya ada satu jalan solusi? Iaitu Islam.
Kedua, hari ini adalah era globalisasi. Dunia menjadi sebuah dusun kecil. Semua negara berusaha untuk bersatu. Amerika, misalnya, semakin berusaha untuk menyatukan dunia di bawah cengkamannya melalui PBB. Kemudian, 12 negara Eropah menandatangani Perjanjian Maastricht 1992 yang mengandungi perkara utama penyatuan Eropah, termasuk Kesatuan Kewangan Eropah, kerakyatan Eropah Bersatu, imigresen dan pemberian visa, politik luar negara dan keselamatan bersama, mahkamah dan urusan dalam negeri.
Sementara itu, NATO masih dipertahankan walaupun Pakatan Warsaw yang merupakan musuhnya telah dimusnahkan. Di sisi lain, Hong Kong telah kembali kepada China, manakala Taiwan terus diusahakan untuk bersatu dengannya. Semua ini menggambarkan kegagalan konsep negara kebangsaan. Walaupun negara-negara besar menggembar-gemburkan negara kebangsaan tetapi secara praktikalnya mereka benar-benar melebarkan sayap mereka ke seluruh pelusuk dunia. Jadi, sekarang bukan lagi zaman kebangsaan. Sebaliknya, kini zaman global.
Sumber: M. R. Kurnia, Menjadi Pembela Islam
#FikrulIslam #MenjadiPembelaIslam #MenujuKhilafah