[Fikrul Islam] Komunikasi Politik (Bahagian 1/3)
Penulis: M. R. Kurnia, dkk.
Komunikasi politik identik dengan komunikasi dakwah, kerana komunikasi ini hanya bertujuan untuk mendakwahkan Islam kepada umat manusia, maka konsekuensinya hanya satu, yakni komunikasi ini mesti berlangsung secara berkesan dan cekap. Dikatakan berkesan apabila perbandingan antara pesan yang diterima dengan pesan yang disampaikan sama dengan satu. Ertinya komunikasi berkesan akan menghilangkan segala bentuk berat sebelah sehingga pesan yang diterima layak dan sesuai dengan pesan yang disampaikan.
Komunikasi itu dikatakan cekap apabila komunikasi dapat dilakukan dalam waktu yang tepat, tidak berlarut-larut. Kecekapan komunikasi sangatlah penting kerana komunikasi berlaku dalam fungsi waktu. Untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan dan cekap, setidaknya terdapat tiga aspek yang perlu mendapat perhatian yakni: (1) aspek pesan, (2) aspek pengirim pesan (komunikator), dan (3) aspek penerima pesan (pendengar).
Aspek Pesan
Dalam aspek ini, poin kritis yang perlu mendapat perhatian adalah berkaitan dengan ketepatan pesan. Dari sisi ini, agar dapat mewujudkan komunikasi yang berkesan dan cekap perlu dipenuhi tiga unsur penting yang mesti ada terkandung dalam sebuah pesan dakwah. Ketiganya dipetik dari surah An-Nahl ayat 125. Ketiganya adalah:
– Hikmah.
Hikmah adalah al-burhan al-aqli atau hujah yang logik. Maksudnya, pesan dakwah yang disampaikan mestilah disertai dengan hujah yang logik, hujah yang masuk akal yang tidak dapat disangkal, dan memuaskan akal. Ini selari dengan pendapat An-Nabhani dalam kitab Haditsu al-Shiyam, mengkomunikasikan pesan dakwah dengan hujah akan dapat mempengaruhi pendengar, baik yang termasuk kategori pemikir mahupun bukan pemikir, sebab pesan seperti inilah yang dapat membongkar rekayasa kebatilan, menerangi wajah kebenaran, menjadi api yang mampu membakar kebatilan, dan menjadi cahaya yang dapat menyinari kebenaran.
– Mauizah Hasanah.
Mauizah hasanah atau peringatan yang baik memiliki pengertian bahawa pesan dakwah yang disampaikan adalah pesan yang mampu mempengaruhi perasaan manusia ketika diseru akal mereka dan mampu mempengaruhi pemikiran mereka ketika diseru perasaan mereka. Dalam bahasa An-Nabhani dalam kitab yang sama, dengan mauizah hasanah pemahaman komunikan (penyampai) akan pesan dakwah yang disampaikannya sentiasa disertai oleh semangat untuk melaksanakannya serta beramal soleh untuk meraihnya. Hal ini sebagaimana yang ditunjukkan oleh seruan-seruan Al-Quran, yakni ketika ianya menyeru pemikiran, juga mempengaruhi perasaannya.
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيْرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْاِنْسِۖ لَهُمْ قُلُوْبٌ لَّا يَفْقَهُوْنَ بِهَاۖ وَلَهُمْ اَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُوْنَ بِهَاۖ وَلَهُمْ اٰذَانٌ لَّا يَسْمَعُوْنَ بِهَاۗ اُولٰۤىِٕكَ كَالْاَنْعَامِ بَلْ هُمْ اَضَلُّ ۗ اُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْغٰفِلُوْنَ
“Dan sungguh, akan Kami isi neraka jahanam kebanyakan dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka memiliki mata, (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga, (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (TMQ Al-A’raf [7]: 179).
– Al-Jidal.
Al-jidal adalah berdebat dengan cara yang baik. Maksudnya, berdiskusi yang terbatas dengan idea, menegakkan hujag yang hak yang mengantarkan pada kebenaran serta menjatuhkan hujah batil. Oleh sebab itu, pesan dakwah mesti diberikan dan memuat kandungan idea yang jelas, khususnya Islam. Allah SWT. berfirman,
اَلَمْ تَرَ اِلَى الَّذِيْ حَاۤجَّ اِبْرٰهٖمَ فِيْ رَبِّهٖٓ اَنْ اٰتٰىهُ اللّٰهُ الْمُلْكَ ۘ اِذْ قَالَ اِبْرٰهٖمُ رَبِّيَ الَّذِيْ يُحْيٖ وَيُمِيْتُۙ قَالَ اَنَا۠ اُحْيٖ وَاُمِيْتُ ۗ قَالَ اِبْرٰهٖمُ فَاِنَّ اللّٰهَ يَأْتِيْ بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِيْ كَفَرَ ۗوَاللّٰهُ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الظّٰلِمِيْنَۚ
“Tidakkah kamu memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim mengenai Tuhannya, kerana Allah telah memberinya kerajaan (kekuasaan). Ketika Ibrahim berkata, ‘Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan,’ dia berkata, ‘Aku pun dapat menghidupkan dan mematikan.’ Ibrahim berkata, ‘Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat.’ Maka bingunglah orang yang kafir itu. Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 258).
Bersambung ke bahagian 2/3.
Sumber: M. R. Kurnia dkk., Menjadi Pemikir dan Politisi Islam.