Runtuhnya entiti Yahudi adalah keputusan ketenteraan yang dihalang-halang oleh pemerintah
Operasi “Taufan Al-Aqsa” pada hari Sabtu (7/10/2023) di selatan tanah yang diberkati, Palestin jelas menunjukkan bahawa tidak diragukan lagi bahawa kelangsungan hidup Palestin yang dijajah sehingga kini hanyalah keputusan politik, demi memelihara entiti Yahudi. Manakala keputusan rejim-rejim untuk tidak bertindak sewajarnya disebabkan oleh keengganan mereka sendiri dan penglibatan mereka dalam lapangan kerja berkaitan. Hakikatnya rejim-rejim ini sudah lama “memberi makan” (menghidupkan entiti Yahudi) dan menjustifikasikan keputusan mereka dengan menggembar-gemburkan ilusi tentang kelemahan umat dan kekuatan musuh mereka. Padahal, tidak ada kelemahan dalam umat kecuali kehadiran para rejim dan tidak ada pada musuh yang lemah dan pengecut itu kekuatan melainkan disebabkan keberadaan mereka (para rejim).
Adapun realiti entiti Yahudi pengecut ini, cukuplah digambarkan melalui peristiwa pada Sabtu tersebut, iaitu kegagalan perisikan dan keselamatan bagi mereka yang sering digambarkan sebagai salah satu perkhidmatan perisikan paling kuat di dunia, dan bahawa mereka adalah tentera yang tidak terkalahkan oleh sesiapa. Namun, mujahidin memasuki penempatan Yahudi seolah-olah tidak ada tentera di dalamnya. Senjata mereka menjadi pekak dan kereta kebal mereka menjadi bisu. Untuk memastikan agar entiti ini telah kalah secara keamanan, ketenteraan dan moral, tidak memerlukan pengetahuan mendalam bagi mereka yang memahami peperangan. Entiti Yahudi ini sebenarnya telah kehabisan sumber persenjataan. Netanyahu pada hari Sabtu itu juga telah meminta pembiayaan daripada Biden untuk kubah besinya (iron dome). Pembiayaan yang sebenarnya dihamburkan dengan sia-sia, kerana peperangan mereka dibekalkan dengan teknologi dan wang ringgit tetapi tanpa keinginan sebenar untuk berperang atau keyakinan yang berani. Akibatnya, mereka tidak mampu menanggung kerugian kehilangan jiwa, dan semangat mereka pun menjunam. Lebih-lebih lagi kerana mereka bukanlah penduduk asal tanah Palestin, maka jika tidak tersedia bagi mereka kehidupan yang lebih mewah di sana berbanding di negara-negara asal mereka, mereka tidak akan kekal di dalamnya. Mereka adalah orang yang paling berkeinginan untuk hidup, justeru melarikan diri adalah kebiasaan mereka dalam setiap kejadian. Bahkan kegoncangan entiti Yahudi ini dan mudahnya pengakhiran mereka dalam pertempuran besar akan mengejutkan ramai pihak. Pihak-pihak tersebut akan terkejut dan malah ditimpa penyesalan kerana lamanya penderitaan dan mudahnya kehancuran entiti Yahudi ini.
Adapun tentang kekuatan umat, tidak banyak yang perlu diperkatakan, tetapi cukuplah disimpulkan dengan apa yang telah dilakukan oleh beberapa ratus orang kelmarin (malah dikatakan seribu). Walaupun dalam beberapa laporan menyatakan bahawa jumlah pasukan penghendap adalah hampir 250 orang mujahidin, tetapi mereka kreatif dalam apa sahaja yang mereka mampu lakukan sendiri. Mereka juga cemerlang dalam keimanan serta keberanian, sehingga mereka dapat mengejutkan tentera musuh yang tidak dapat dikalahkan, dan mengelirukannya sehingga lumpuh selama beberapa jam. Jadi bagaimana pula dengan kekuatan umat yang sangat besar dari segi kelengkapan persenjataan, kuantitinya, kekayaan mahupun sumber manusianya, mengelilingi entiti Yahudi dari semua arah, dan rakyat Palestin berada di tengah-tenganya di mana para tentera sedang menunggu untuk digerakkan, para singa yang menghendap, dan jutaan orang yang sedang menggelora dan bahkan mendidih semangatnya dengan cepat?!
Kekalahan entiti Yahudi bukanlah sesuatu yang baru, kerana ia sering berulang dalam setiap konfrontasi kecil atau separa dengan umat Islam, namun kekalahan tersebut sudah cukup untuk menilai kemampuan mereka untuk bertahan, serta keupayaannya untuk terpecah belah dengan cepat. Ia tidak lain hanyalah kumpulan orang-orang yang bercerai-berai yang menyangka mereka semua bersatu sedangkan hati mereka berpecah belah.
Sebaliknya, fakta kepahlawanan dalam umat ini ada banyak sekali. Walaupun yang menyertai peperangan di kalangan mereka hanya sebahagian atau sekumpulan, tetapi mereka hebat dalam gerak kerja mereka. Rakyat Afghanistan berperang melawan negara-negara kuasa besar dan memaksa mereka keluar. Kemompok penentang Iraq mengalahkan kesombongan penjajah Amerika, manakala wilayah Karabakh yang bertahan lebih daripada tiga puluh tahun di bawah pendudukan Armenia dapat dibebaskan oleh Azerbaijan dalam beberapa jam. Peristiwa pada bulan Oktober 1973 sama seperti Oktober pada hari Sabtu 2023 lalu, di mana para pahlawan telah mengejutkan entiti Yahudi dengan kejutan yang tidak dijangkakan. Goncangan tersebut adalah indikasi jelas bahawa jika umat ini berperang, maka prestasinya sangat mengkagumkan, melebihi standard, melangkau perhitungan, dan melampaui batas (sempadan) melainkan apa yang dihadkan oleh rejim konspirasi.
Justeru, masalahnya bukan pada kekuatan kita atau kekuatan mereka, tetapi standard ukurannya yang diputarbelitkan. Kekuatan mereka adalah ilusi yang sangat diminati oleh rejim boneka, manakala kelemahan kita adalah ilusi dan pembohongan yang juga diminati oleh para rejim boneka ini. Mereka berminat untuk membuat perbandingan antara rakyat Palestin yang tidak bersenjata dan tentera entiti Yahudi. Mereka mengeluarkan umat, tentera serta pasukannya daripada perhitungan tersebut, bahkan dari persepsinya juga. Dengan demikian, mereka menarik dapat senjata-senjata terkuat dan peralatan terbesar mereka dari terlibat dalam peperangan.
Salah satu perkara yang paling berbahaya yang menggerunkan rejim-rejim yang ada di negeri-negeri umat Islam ialah peristiwa dan sikap heroik yang menggoncangkan, yang menghidupkan kembali umat, menggugah perasaan bangga dan kesatuan, serta harapan agar segera terjadinya pembebasan, yang disertai dengan kesedaran masyarakat bahawa penguasa mereka adalah hambatan terbesar mereka. Oleh itu para rejim melihat bahaya peristiwa ini bukan hanya akan memecah dan menggoncang entiti mereka, sebagaimana Yahudi menghancurkan mereka. Jadi anda akan melihat seringkali mereka cuba menghindari kes-kes ini dengan mengalihnya ke koridor dasar kebijakan negara, dan berselubung dengan konspirasi, dan menggasak hasil keputusan mereka dengan tuntutan-tuntutan murahan, merangkanya dalam rancangan-rancangan yang sebenarnya sudah sedia ada dan menerusi projek-projek antarabangsa untuk mengubah setiap kemenangan menjadi kekalahan sebanyak yang boleh, serta untuk menghalang sebarang percubaan atau usaha yang mampu membuahkan hasil.
Peluang pembebasan tanah Palestin yang diberkati sudah tersedia. Bahkan ia mudah dicapai dengan pertolongan Allah SWT, dan kemenangannya kian hampir. Namun umat ini perlu membetulkan semula konsepnya, dengan menolak patriotisme dan nasionalisme serta menghapuskan sempadan-sempadan berserta kabel-kabelnya dari pemikiran, agar ia secara automatik terus hilang dari muka bumi. Seterusnya, umat ini perlu menyedari bahawa sarana untuk pembebasan adalah kekuatan kaum muslim dan pasukan tenteranya yang telah dikecualikan daripada pertempuran dan belum ikut serta di dalamnya. Kini, telah datang peluang kepada mereka untuk turut serta, dan kami katakan peperangan yang bersifa ma’rakah (perempuran), bukan harb (peperangan). Sebab, had kemampuan entiti raksaksa ini adalah pertempuran besar sahaja, tidak lebih. Ini kerana ia tidak mempunyai kelangsungan hidup sendiri, sebaliknya hanyalah bergantung pada talian hayat yang disediakan oleh para penguasa kepada entiti pengecut yang tidak mampu pun menanggung kerugian kehilangan jiwa. Ini kerana setiap kerugian dalam kehilangan jiwa akan digantikan dengan orang yang berada di belakangnya dan seterusnya di belakang mereka. (Kerana setiap kali tentera mereka terkorban, maka barisan tentera seterusnya perlu mengganti kedudukan tersebut, dan menghadapi risiko kehilangan nyawa yang sama. Kematian dan pengurangan sumber manusia akibat terkorban menjadi kebimbangan mereka [pent])
Oleh itu, menjadi tugas negara untuk merangkul barisan hadapannya yang berani dan angkatan ketenteraannya, serta memprasaranakan para pahlawannya dengan pasukan sayap kanan dan kiri, serta bergerak untuk menghimpunkan barisan pahlawan-pahlawan yang baru dari para pemudanya, terutama mereka yang memiliki kekuatan dan imuniti, serta telah tiba masanya untuk melepaskan ikaan dan menghancurkan belenggu-belenggu, agar Allah SWT melihat apa yang diredhai-Nya dari mereka. Seterusnya, agar orang-orang menyaksikan hari pelarian besar-besaran, bukan pelarian para pengecut dalam eniti Yahudi sahaja, bahkan pelarian para penjaga mereka dari kalangan para penguasa pengecut dan rejim-rejim boneka. Kemudian, kita juga akan menyaksikan hari kemenangan besar, dan solat di Masjid Al-Aqsa yang dibebaskan.
Bukankah itu apa yang difirmankan Allah SWT:
“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri” [TMQ Ali Imran (2):160).
Oleh: Youssef Abu Zar
Ahli Pejabat Media Hizbut Tahrir di Tanah Yang Diberkati, Palestin