Tidak Boleh Berdiam Diri dari Perjuangan Menegakkan Khilafah dan Hanya Menunggu Datangnya Imam Mahdi
Penulis: K.H. M. Shiddiq al-Jawi
Pendahuluan
Tidak sedikit muslim saat ini yang tidak mahu ikut berjuang menegakkan Khilafah dengan alasan menunggu datangnya Imam Mahdi. Akibatnya mereka saat ini hanya berdiam diri dan bahkan ada yang memusuhi perjuangan menegakan Khilafah yang sedang digencarkan oleh sebuah harakah (gerakan) yang ikhlas dari kaum muslim.
Di sini terjadi kekeliruan berfikir yang membahayakan pada mereka, kerana mereka meyakini bahawa Khilafah tidak akan tegak kecuali dengan munculnya Imam Mahdi. Jadi dianggap bahawa Imam Mahdi-lah yang akan menegakkan Khilafah dan akan menjadi khalifah (imam) pertama dalam Khilafah yang akan tegak tersebut.
Sedangkan banyak hadis yang menegaskan bahawa Khilafah akan tegak terlebih dahulu sebelum munculnya Imam Mahdi. Tulisan ini akan menjelaskan hadis-hadis tersebut.
Hadis-Hadis yang Menunjukkan Khilafah akan Tegak Sebelum Imam Mahdi As.
Sesungguhnya tidak benar pendapat yang mengatakan bahawa yang menegakkan kembali Khilafah adalah Imam Mahdi as., kerana terdapat dalil-dalil syarie yang sebaliknya menunjukkan bahawa Khilafah akan tegak lebih dahulu sebelum munculnya Imam Mahdi as. (Sa’ad Abdullah ‘Asyur & Nasim Syahdah Yasin, Al-Khilāfah Al-Islāmiyyah wa Imkāniyyat ‘Audatihā Qabla Zhuhur Al-Mahdi As., hlm. 25–29).
Di antara hadis yang menunjukkan Khilafah akan tegak lebih dahulu sebelum munculnya Imam Mahdi adalah 3 (tiga) hadis Nabi saw. sebagai berikut:
Pertama, hadis tentang kemunculan imam mahdi ketika ada perselisihan setelah wafatnya khalifah sebelumnya.
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ زَوْجِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ : يَكُونُ اخْتِلاَفٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيفَةٍ فَيَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ هَارِبًا إِلَى مَكَّةَ فَيَأْتِيهِ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ فَيُخْرِجُونَهُ وَهُوَ كَارِهٌ فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ وَيُبْعَثُ إِلَيْهِ بَعْثٌ مِنَ الشَّامِ فَيُخْسَفُ بِهِمْ بِالْبَيْدَاءِ بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ فَإِذَا رَأَى النَّاسُ ذَلِكَ أَتَاهُ أَبْدَالُ الشَّامِ وَعَصَائِبُ أَهْلِ الْعِرَاقِ فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ ثُمَّ يَنْشَأُ رَجُلٌ مِنْ قُرَيْشٍ أَخْوَالُهُ كَلْبٌ فَيَبْعَثُ إِلَيْهِمْ بَعْثًا فَيَظْهَرُونَ عَلَيْهِمْ وَذَلِكَ بَعْثُ كَلْبٍ وَالْخَيْبَةُ لِمَنْ لَمْ يَشْهَدْ غَنِيمَةَ كَلْبٍ فَيَقْسِمُ الْمَالَ وَيَعْمَلُ فِى النَّاسِ بِسُنَّةِ نَبِيِّهِمْ -صلى الله عليه وسلم- وَيُلْقِى الإِسْلاَمُ بِجِرَانِهِ إِلَى الأَرْضِ فَيَلْبَثُ سَبْعَ سِنِينَ ثُمَّ يُتَوَفَّى وَيُصَلِّى عَلَيْهِ الْمُسْلِمُونَ. رواه أبو داود وأحمد والطبراني وابن حبان وأبو يعلى والحاكم.
Dari Ummu Salamah, isteri Nabi saw., dari Nabi saw., beliau bersabda, ”Akan ada perselisihan pada saat matinya seorang khalifah. Maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk kota Madinah berlari menuju Mekah. Orang-orang dari penduduk Mekah mendatanginya, lalu mereka mengeluarkan lelaki itu, sedangkan lelaki itu membencinya. Kemudian mereka membaiat lelaki itu di antara rukun [Yamani] dan Maqam [Ibrahim], lalu dikirimkan kepadanya satu pasukan, lalu pasukan itu ditenggelamkan di Baida yang terletak antara Mekah, tiba-tiba orang-orang melihat lelaki itu didatangi oleh para Abdal dari Syam dan kelompok-kelompok dari Iraq lalu mereka membaiat lelaki itu di antara rukun [Yamani] dan Maqam [Ibrahim]. Lalu muncullah seorang lelaki dari golongan Quraisy yang bapa-bapa saudaranya dari suku Kalb, kemudian dia [Imam Mahdi] mengirimkan kepada mereka satu pasukan, lalu pasukan itu pun mengalahkan mereka. Itu adalah pasukan Suku Kalb, dan adalah suatu kerugian bagi siapa saja yang tidak mempersaksikan ganimah dari Kalb itu. Kemudian dia (Imam Mahdi) mengamalkan di tengah manusia sunnah Nabi mereka dan menyebarkan Islam ke seluruh bumi. Dan dia (Imam Mahdi) akan tinggal selama tujuh tahun lalu (meninggal dan) disolatkan oleh kaum muslim.” (HR Abu Dawud, Sunan Abu Dawud, Juz 4/175 no 4288; Musnad Ahmad, 6/316 no 26731; At-Thabrani, Al-Mu’jam Al-Ausath, no 1153; Shahih Ibnu Hibbān, 15/160 no 6757; Musnad Abu Ya’lā, 12/369 no 6940; Al-Hakim, Al-Mustadrak, Juz 4 no. 8328).
Imam Al-Haitsami dalam kitabnya, Majma’uz Zawā’id (Juz 7 hlm. 318) menegaskan bahawa hadis tersebut statusnya adalah hadis sahih, dengan perkataannya,
رَوَاه الطَّبَرَانِيُّ فِي الأَوْسَطِ وَرِجالُهُ رِجالُ الصَّحيحِ
”Hadis tersebut diriwayatkan oleh Ath-Thabrani dalam Al-Mu’jam al-Ausath dan para periwayatnya adalah periwayat-periwayat hadis sahih.” (rawāhu ath-thabrāni fi al-ausath wa rijāluhu rijālush shahih). (Lihat: Muhammad Al-Syuwaiki, Al-Thariq Ila Daulah Al-Khilāfah, hlm. 57; Hisyam Abdur Rahim Sa’id dan Muhammad Hisyam Abdur Rahim, Mausu’ah Ahadis al-Fitan wa Asyrāth as-Sā’ah, Riyadh: Jihad Al-Ustadz dan Maktabah Al-Kautsar, cetakan ke-2, 1429 H, hlm. 688; Muhammad Ahmad al-Mubayyadh, Al-Mausu’ah fi al-Fitan wa al-Malāhim wa Asyrath As-Sā’ah, Kairo : Muassah al-Mukhtar, cetakan ke-1, 2006/1425, hlm. 620).
Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa kemunculan seorang lelaki yang kemudian dikenal dengan Imam Mahdi as. itu adalah pada saat matinya seorang Khalifah. Ini bererti bahawa Imam Mahdi bukanlah Khalifah yang pertama dalam Khilafah yang akan kembali tegak nanti, insyaallah. Pemahaman seperti ini ditegaskan oleh dua pengarang kitab Al-Khilāfah al-Islāmiyyah wa Imkāniyyat ‘Audatihā Qabla Zhuhur Al-Mahdi As., iaitu Syeikh Sa’ad Abdullah ‘Asyur dan Syeikh Nasim Syahdah Yasin dari Palestin yang mensyarah maksud hadis di atas dengan berkata sebagai berikut,
فَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهُ وَسَلَّمَ يُخْبِرُ بِأَنَّ ظُهُوْرَ الْمَهْدِيِّ عَلَيْهِ السَّلامُ يَكُوْنُ عَقِبَ مَوْتِ خَلِيْفَةٍ لِلْمُسْلِمِينَ ، مِمَّا يَدُلُّ عَلىَ أَنَّ الْخِلاَفَةَ تَكُوْنُ مَوْجُوْدَةً وَقائِمَةً قَبْلَ ظُهُوْرِهِ
“Jadi Nabi saw. telah mengkhabarkan bahawa kemunculan Imam Mahdi ‘alaihis salam akan terjadi setelah matinya Khalifah kaum muslim, hal ini menunjukkan bahawa Khilafah akan ada dan akan tegak sebelum kemunculan Imam Mahdi.” (Sa’ad Abdullah ‘Asyur dan Nasim Syahdah Yasin, Al-Khilāfah Al-Islāmiyyah wa Imkāniyyat ‘Audatihā Qabla Zhuhur Al-Mahdi As., hlm. 27).
Kedua, hadis bahawa Imam Mahdi akan menjadi khalifah yang banyak menyebarkan harta.
عن أبي سعيد رضي الله عنه قال: رسول الله صلى الله عليه وسلم: يَكونُ خَليفَةُ مِنْ خُلَفائِكُمْ فِي آخِرِ الزَّمانِ يَحْثو الْمَالَ وَلَا يَعُدُّهُ. رواه الإمام أحمد ومسلم
Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra., dia berkata, “Telah bersabda Rasulullah saw., ’Akan ada seorang khalifah dari khalifah-khalifah yang ada di tengah kamu pada akhir zaman, yang akan memberikan harta, dan dia benar-benar tidak akan menghitung-hitungnya.’” (HR Ahmad dan Muslim).
Syeikh Nashiruddin al-Albani menjelaskan hadis riwayat Ahmad tersebut dengan berkata,
وَمَعْلُومٌ أَنَّ الضَّميرَ يَعودُ عَلَى أَقْرَبِ مَذْكورٍ ، فَالضَّمِيرُ يَعودُ عَلَى ( الخُلَفاءِ ) فِي آخِرِ الزَّمانِ مِمَّا يَدُلُّ بِمَفْهُومِهِ أَنَّ المَهْدي يُسْبَقُ بِخِلافَةٍ عَلَى مِنْهاجِ النُّبوَّةِ ، واللَّهُ أَعْلَمُ
“Sudah diketahui (ma’lum) bahawa kata ganti (dhamir) itu [iaitu dhamir mustatir/kata ganti tersembunyi pada kata yahtsu al-māl, akan menyebarkan harta] kembali kepada kata yang paling dekat yang sudah disebutkan. Jadi kata ganti (dhamir) tersebut kembali kepada kata khulafā’ikum, iaitu khalifah-khalifah yang ada di tengah kamu pada akhir zaman, yang mafhumnya menunjukkan bahawa Imam Mahdi as. akan didahului oleh Khilāfah ‘Ala Minhājin Nubuwwah, wallahualam.” (https://www.alalbany.org/fatwa-108).
Ketiga, hadis yang menunjukkan bahawa Imam Mahdi akan muncul setelah ada konflik di antara tiga orang anak lelaki khalifah.
عن ثوبان رضي الله عنه ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : يَقْتَتِلُ عِنْدَ كَنْزِكُمْ ثَلَاثَةٌ ، كُلُّهُمْ ابْنُ خَلِيفَةٍ ، ثُمَّ لَا يَصِيرُ إِلَى وَاحِدٍ مِنْهُمْ ، ثُمَّ تَطْلُعُ الرَّايَاتُ السُّودُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ فَيَقْتُلُونَكُمْ قَتْلًا لَمْ يُقْتَلْهُ قَوْمٌ – ثُمَّ ذَكَرَ شَيْئًا لَا أَحْفَظُهُ – فَقَالَ : فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ ، فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ. رواه ابن ماجه في ” السنن ” (رقم/4084)، والبزار في ” المسند ” (2/120)، والروياني (رقم/619)، والحاكم في ” المستدرك ” (4/510)، ومن طريقه البيهقي في دلائل النبوة
Dari Tsauban ra., bahawa Nabi saw. telah bersabda, ”Akan ada tiga orang yang saling berperang memperebutkan harta karun kalian ini. Ketiganya adalah putra khalifah, kemudian tidak akan ada yang menang di antara mereka. Lalu datanglah panji-panji hitam dari arah timur, dan mereka akan memerangi kalian dengan peperangan yang belum pernah ada suatu kaum pun yang memerangi kalian seperti itu—lalu [kata periwayat hadis] Nabi saw. menyebutkan sesuatu yang aku tidak menghafalnya—maka jika kamu melihat dia, baiatlah dia walaupun kamu harus merangkak di atas salju, kerana dia itu adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Ibnu Majah, Sunan Ibnu Mājah, no. 4084; Al-Bazzar, Musnad Al-Bazzār, 2/120; Ar-Rauyāni (no. 619); Al-Hakim, Al-Mustadrak, 4/510; Al-Baihaqi dalam Dalā’ilun Nubuwwah).
Syeikh Nashiruddin al-Albani menyimpulkan setelah menyebutkan 3 (tiga) hadis Nabi di atas,
وَهَذِهِ الأَحاديثُ وَرَدَتْ فِي الفَتْرَةِ اَلَّتِي تَسْبِقُ ظُهُوْرَ الْمَهْدِيِّ ، مِمَّا يَدُلُّ عَلَى وُجُوْدِ خُلَفاءَ وَخِلَافَةٍ قَبْلَ ظُهُوْرِ الْمَهْدِيِّ وَنُزُوْلِ الْمَسِيْحِ – عَلَيْهُ السَّلامُ. إِشَاعَةً إِنَّ الخِلافَةَ لَا تَقومُ إِلَّا بِظُهُوْرِ الْمَهْدِيِّ وَنُزُوْلِ عِيْسَى يَشِيْعُ فِي الأُمَّةِ ظاهِرَةُ التَّوَاكُلِ وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ ، نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ ذَلِكَ كُلِّهِ ، واللَّهُ أَعْلَمُ .
“Hadis-hadis ini terjadi pada masa yang mendahului munculnya Imam Mahdi as., hal ini menunjukkan khalifah-khalifah dan Khilafah itu akan ada sebelum munculnya Imam Mahdi as. dan sebelum turunnya Nabi Isa as.. Isu yang menyebar di tengah umat bahawa Khilafah tidak akan tegak kecuali dengan munculnya Imam Mahdi as. dan dengan turunnya Nabi Isa as., sesungguhnya adalah fenomena sikap pasrah, lemah, dan malas. Na’ūzhu billāh min dzālik. (https://www.alalbany.org/fatwa-108).
Kesimpulan
Kesimpulan pertama, keyakinan bahawa Khilafah tidak akan tegak kecuali dengan munculnya Imam Mahdi as. adalah suatu khurafat dan keyakinan yang sesat, sebagaimana ditegaskan oleh Syeikh Nashiruddin al-Albani,
إِنَّ كَثِيرًا مِنْ المُسْلِمِينَ قَدْ انْحَرَفوا عَنْ الصَّوابِ فِي هَذَا المَوْضوعِ فَمِنْهُمْ مِنْ اسْتَقَرَّ فِي نَفْسِهِ أَنَّ دَوْلَةَ الإِسْلامِ لَنْ تَقومَ إِلَّا بِخُرُوجِ المَهْدي ، وَهَذِهِ خُرافَةٌ وَضَلالٌ أَلْقَاهَا الشَّيْطانُ فِي قُلوبِ كَثيرٍ مِنْ اَلْعامَّةِ
“Sesungguhnya banyak kaum muslim yang telah menyimpang dari kebenaran dalam masalah ini (persoalan Imam Mahdi dan Khilafah), di antara mereka ada yang mantap dengan keyakinan dalam hatinya bahawa negara Islam (Khilafah) tidak akan pernah tegak kecuali dengan keluarnya Imam Mahdi as.. Sementara itu, keyakinan ini adalah suatu khurafat dan kesesatan yang dilontarkan oleh syaitan di dalam hati banyak kaum muslim awam.” (Nashiruddin Al-Albani, Silsilah Al-Ahādīts Al-Shahīhah, Juz IV, hlm. 42).
Kesimpulan kedua, tidak boleh kaum muslim hanya berdiam diri dari perjuangan menegakkan Khilafah dan hanya menunggu datangnya Imam Mahdi as., sebagaimana penegasan Prof. Dr. Husamuddin ‘Ifanah, ahli fikih dari Universiti Al-Quds, Palestin,
لَا يَصِحُّ الِاعْتِقادُ بِأَنَّهُ لَنْ تَقومَ لِلْإِسْلَامِ قائِمَةٌ وَلَا دَوْلَةٌ إِلَّا بِظُهُورِ المَهْدي المُنْتَظَرِ وَلَا يَجُوزُ لِلْمُسْلِمِينَ تَرْكُ العَمَلِ لِقِيَامِ دَوْلَةِ الإِسْلامِ اعْتِمَادًا عَلَى ظُهورِ المَهْدي فَهَذَا أَمْرٌ باطِلٌ
“Tidak boleh berkeyakinan bahawa Islam dan negara Islam (Khilafah] tidak akan pernah tegak kecuali dengan munculnya Imam Mahdi as., dan tidak boleh kaum muslim meninggalkan perjuangan untuk menegakkan negara Islam (Khilafah) dengan hanya menunggu datangnya Imam Mahdi as. saja, ini adalah perkara yang batil.” (https://islamonline.net/).