[Metode Dakwah Al-Quran] Sanggahan terhadap Orang Nasrani (Bahagian 2/2)
Penulis: Hafidz Shaleh, M.A.
Dengan diskusi yang mendalam, Islam telah membangun hujah kepada manusia, sebagaimana diskusi yang telah berlangsung di hadapan Raja Najasyi, antara Ja’far bin Abî Thâlib dengan para pembesar Nasrani, ketika ‘Amr bin al-‘Ash berusaha mengusir kaum muslim dari perlindungan Najasyi. ‘Amr berkata, “Mereka itu tidak mengikuti agama paduka, dan tidak berpegang kepada agama kaumnya.”
Diskusi tersebut berlangsung dengan sangat bebas di hadapan Raja Najasyi sehingga para pembesar Nasrani tersebut berkata, “Sesungguhnya ajaran ini dan apa yang dibawa oleh Nabi Isa keluar dari sumber pelita yang sama.” Ketika mereka mendengarkan sebahagian isi surah Maryam yang ketika itu telah diturunkan dan Ja’far pun menghafalnya, dan ketika Ja’far ditanya tentang pandangannya mengenai ‘Isâ, beliau menjawab, “Kami hanya menyatakan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah.” Mereka bertanya, “Apa yang Dia firmankan?” Beliau menjawab, “Dia berfirman,
رَسُوْلُ اللّٰهِ وَكَلِمَتُهٗ ۚ اَلْقٰىهَآ اِلٰى مَرْيَمَ وَرُوْحٌ مِّنْهُ
‘Adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) ruh dari-Nya.’” (TMQ An-Nisa’ [4]: 171).
An-Najasyi berkata, “Sesungguhnya ini dan apa yang dibawa oleh Nabi Isa keluar dari sumber pelita yang sama.” Di tangan beliau ketika itu ada tongkat, kemudian beliau gunakan untuk membuat garisan, dua garis lurus, seraya berkata, “Antara kami dan kalian tidak ada perbezaan, selain seperti antara dua garis ini.” An-Najasyi akhirnya memeluk Islam sebagai buah dari diskusi tersebut.
Sebagai sanggahan terhadap orang Nasrani, Al-Quran juga mengangkat apa yang mereka dakwa, seraya menyatakan, dengan menyeru kepada ‘Isa as.,
وَاِذْ قَالَ اللّٰهُ يٰعِيْسَى ابْنَ مَرْيَمَ ءَاَنْتَ قُلْتَ لِلنَّاسِ اتَّخِذُوْنِيْ وَاُمِّيَ اِلٰهَيْنِ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ ۗقَالَ سُبْحٰنَكَ مَا يَكُوْنُ لِيْٓ اَنْ اَقُوْلَ مَا لَيْسَ لِيْ بِحَقٍّ ۗاِنْ كُنْتُ قُلْتُهٗ فَقَدْ عَلِمْتَهٗ ۗتَعْلَمُ مَا فِيْ نَفْسِيْ وَلَآ اَعْلَمُ مَا فِيْ نَفْسِكَ ۗاِنَّكَ اَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوْبِ
مَا قُلْتُ لَهُمْ اِلَّا مَآ اَمَرْتَنِيْ بِهٖٓ اَنِ اعْبُدُوا اللّٰهَ رَبِّيْ وَرَبَّكُمْ
“Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman, ‘Hai Isa putra Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia, ‘Jadikanlah aku dan ibuku dua orang Tuhan selain Allah?’ Isa menjawab, ‘Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakannya, tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib. Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan)-nya iaitu, ‘Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu.” (TMQ Al-Mâidah [5]: 116—117).
Tuhan semesta alam ini juga telah menggambarkan fakta tersebut dengan firman-Nya,
ثُمَّ قَفَّيْنَا عَلٰٓى اٰثَارِهِمْ بِرُسُلِنَا وَقَفَّيْنَا بِعِيْسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَاٰتَيْنٰهُ الْاِنْجِيْلَ ەۙ وَجَعَلْنَا فِيْ قُلُوْبِ الَّذِيْنَ اتَّبَعُوْهُ رَأْفَةً وَّرَحْمَةً ۗوَرَهْبَانِيَّةَ ِۨابْتَدَعُوْهَا مَا كَتَبْنٰهَا عَلَيْهِمْ اِلَّا ابْتِغَاۤءَ رِضْوَانِ اللّٰهِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَا
“Kemudian Kami susulkan rasul-rasul Kami mengikuti jejak mereka dan Kami susulkan (pula) Isa putra Maryam. Dan Kami berikan Injil kepadanya dan Kami jadikan rasa santun dan kasih sayang dalam hati orang-orang yang mengikutinya. Mereka mengada-adakan rahbaniyyah, padahal Kami tidak mewajibkannya kepada mereka, (yang Kami wajibkan hanyalah) mencari keredhaan Allah, tetapi tidak mereka pelihara dengan semestinya.” (TMQ. al-Hadîd [57]: 27)
Demikianlah, Islam telah menyerang akidah-akidah yang batil, pemikiran yang rosak, hawa nafsu yang menyesatkan, dan berbagai penyimpangan yang busuk; menghentam hujah dengan hujah, argumentasi dengan argumentasi, dengan kaedah yang sama:
بَلْ نَقْذِفُ بِالْحَقِّ عَلَى الْبَاطِلِ فَيَدْمَغُهٗ فَاِذَا هُوَ زَاهِقٌۗ
“Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap.” (TMQ. al-Anbiyâ’ [21]: 18)
Inilah yang menjadi kewajipan parti dan jemaah yang menyeru kepada Islam dan mencontoh sirah Rasulullah. Jika tidak, kelompok mana pun yang tidak menempuh jalan ini dan tidak menjadikan metode Al-Quran sebagai metodenya, juga tidak mengikut langkah Rasulullah saw. dalam dakwah beliau, maka kelompok tersebut tidak boleh mandakwa telah mengikuti metode Islam atau sirah Rasulullah saw.. Yang saya maksudkan bukanlah agar kelompok tersebut saat ini mengarahkan sanggahan mereka terhadap orang musyrik Arab, Nasrani, dan Yahudi; umat-umat itu telah berlalu.
Nasrani dan Yahudi sebagai akidah dan pemikiran pun tidak lagi dianggap sebagai hambatan yang menghalangi dakwah. Yang dimaksud di sini adalah serangan terhadap akidah kufur dan pemikiran sesat yang mendominasi masyarakat kita saat ini. Ketika Al-Quran menceritakan kepada Rasulullah saw. mengenai berita umat-umat terdahulu, semuanya itu merupakan pelajaran sekaligus untuk meyakinkan bahawa apa yang dikatakan kepada beliau sesungguhnya merupakan hal yang sama dengan yang pernah dikatakan kepada rasul-rasul sebelumnya.
Bagi Rasulullah saw., beliau perlu menyerang apa yang ada dalam masyarakatnya, iaitu musyrik Arab dan ahli kitab. Jadi, maksudnya adalah serangan terhadap apa yang menyerupai musyrik Arab seperti kaum sosialis dan akidah-akidah materialisme, serta serangan terhadap mereka yang menyerupai orang Yahudi dan Nasrani seperti fahaman kapitalisme, nasionalisme, patriotisme, dan sebagainya. Hal ini kerana akidah sosialisme layaknya akidah kaum musyrik Arab, atau materialisme atau kekufuran yang nyata.
Sementara itu, yang sejenis dengan ahli kitab jumlahnya banyak. Mereka itu seperti para penganjur demokrasi serta orang-orang yang mengakui keberadaan agama, tetapi dijauhkan dari urusan kehidupan. Contoh yang sama adalah patriotisme, nasionalisme, kesukuan, liberalisme, serta sejumlah nama dan istilah lain. Mereka semuanya perlu disanggah dengan dua cara:
Pertama, membongkar hakikat seruan-seruan ini, serta menjelaskan bahawa semuanya ini merupakan pemikiran kufur dan akidah yang sesat agar orang tidak boleh mengetahui hakikat yang sesungguhnya, serta untuk menyelamatkan mereka yang tertipu. Lebih-lebih kerana para penyesat itu menyatakan bahawa pemikiran-pemikiran tersebut adalah pemikiran Islam, atau substansi dan inti Islam, atau tidak bertentangan dengan Islam. Hal ini menyebabkan banyak putra-putri kaum muslim, ulama, serta kaum terpelajar yang menyerukan pemikiran ini dan menyandarkannya kepada Islam.
Kedua, melakukan sanggahan langsung terhadap akidah dan pemikiran ini dengan sanggahan yang mampu mengembalikan kebenaran kepada para pengembannya, serta menyinari penglihatan dan mata hati mereka dengan cara yang rasional dan pembahasan yang benar-benar qath’i, sebagaimana cara Al-Quran membantah orang-orang seperti mereka dengan menggunakan nas-nas syarak, baik ayat-ayat Al-Quran mahupun hadis ketika perkara tersebut memerlukan atau mengharuskannya.
Hal ini memerlukan setiap parti atau jemaah yang menyerukan Islam untuk menelaah apa yang diserukan oleh mereka, serta mengetahui rahsia di sebalik apa yang mereka serukan; mengupas setiap ideanya, dari aspek penyimpangan dan kebatilannya sehingga kedua cara tersebut dilakukan secara bersamaan; membongkar penyimpangan dan penipuannya, kemudian menghancurkan dan menyahkannya dengan hanya menempuh pendekatan pemikiran, sebagai manifestasi firman Allah Taala,
اُدْعُ اِلٰى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِيْ هِيَ اَحْسَنُۗ اِنَّ رَبَّكَ هُوَ اَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيْلِهٖ وَهُوَ اَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِيْنَ
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.” (TMQ An-Nahl [16]: 125).
Juga mengimplementasikan kaedah dasar dalam pertarungan pemikiran,
بَلْ نَقْذِفُ بِالْحَقِّ عَلَى الْبَاطِلِ فَيَدْمَغُهٗ فَاِذَا هُوَ زَاهِقٌۗ
“Sebenarnya Kami melemparkan yang hak (kebenaran) kepada yang batil (tidak benar), lalu yang hak itu menghancurkannya, maka seketika itu (yang batil) lenyap.”(TMQ Al-Anbiya’ [21]: 18).
Tidak diperbolehkan sama sekali terlibat dengan mereka dalam pertarungan berdarah dan tindakan fizikal bagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Inilah metode Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam pertarungan pemikiran dan akidah yang beliau lakukan,
لَا تَجْعَلُوْا دُعَاۤءَ الرَّسُوْلِ بَيْنَكُمْ كَدُعَاۤءِ بَعْضِكُمْ بَعْضًاۗ قَدْ يَعْلَمُ اللّٰهُ الَّذِيْنَ يَتَسَلَّلُوْنَ مِنْكُمْ لِوَاذًاۚ فَلْيَحْذَرِ الَّذِيْنَ يُخَالِفُوْنَ عَنْ اَمْرِهٖٓ اَنْ تُصِيْبَهُمْ فِتْنَةٌ اَوْ يُصِيْبَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ
“Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu yang menarik diri ke luar (dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi. Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (TMQ An-Nur [24]: 63).
Dengan demikian, tidak boleh bagi siapa saja yang menyimpang dari metode ini untuk mendakwa bahawa dirinya mengikuti metode Rasulullah atau menggunakan metode Al-Quran sebagai metode dan pendekatannya. Wallahualam bissawab.
Sumber: Hafidz Shaleh, M.A., Metode Dakwah Al-Quran