[Hukum Fikh] Solat yang Belum Ditunaikan oleh Seorang Muslim Merupakan Hutang di Tengkuknya yang Wajib Ditunaikan
Oleh: Syeikh ‘Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah
Soalan:
Assalamu ‘alaikum wa rahmatullah wa barakatuhu wa ba’du. Saya menelaah laman web Anda baru-baru ini dan seorang teman membantu saya dalam hal itu. Saya merasa takjub dengan kecemerlangan Anda dalam memaparkan dan kekuatan hujah khususnya soal jawab fikh. Sungguh saya memohon kepada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa agar memanjangkan usia Anda untuk melakukan kebaikan dan membekali Anda dengan kekuatan fizikal dan ilmu dan menunjuki saya ke jalan yang diredhai Allah Swt. dan Rasul-Nya. Saya mohon Anda menjawab persoalan berikut: Saya sentiasa komitmen menunaikan solat beberapa tahun setelah usia pertanggungjawapan dan untuk Allah-lah segala pujian dan syukur. Persoalannya: Adakah wajib bagi saya mengqadha’ solat yang saya tinggalkan? Atau adakah Allah mengampuni saya jika saya tidak mengqadha’ solat? Terima kasih. (Mohammad Alhajj)
Jawapan:
Wa’alaikumussalam wa rahmatullah wa barakatuhu. Di awal, saya memuji kepada Allah Swt. kerana telah menunjuki Anda kepada kebaikan sehingga Anda berpegang untuk menunaikan solat dan Anda perhatian untuk menunaikannya. Saya sungguh memohonkan kepada Allah Swt. pertolongan dan keteguhan untuk Anda.
Adapun berkaitan dengan solat yang belum Anda—seorang muslim—tunaikan sejak Anda mencapai usia baligh dan menjadi mukallaf secara syarie, maka solat yang belum Anda tunaikan ini merupakan hutang di tengkuk Anda yang wajib Anda tunaikan. Oleh kerana itu, Anda wajib menghitung jangka waktu sejak Anda baligh yang Anda menjadi terikat untuk menunaikan solat.
Misalnya, katakan bahawa jangka waktu ini adalah tiga tahun, maka Anda wajib mengqadha’ solat bagi tempoh tiga tahun itu, lima waktu solat dalam satu hari dan itu merupakan solat fardhu. Adapun solat sunatnya tidak wajib bagi Anda untuk mengqadha’nya. Hal itu mungkin diatur dan dimudahkan dengan cara Anda tunaikan solat setiap hari setelah solat fardhu, sebagai qadha’ atas solat yang telah Anda tinggalkan.
Jika Anda ingin menunaikan solat sekali lagi sebagai qadha, maka semuanya adalah baik. Yang demikian itu sampai Anda mengqadha tahun-tahun yang terhitung (terlewatkan solatnya). Saya memohon kepada Allah Swt. agar menolong Anda untuk mengqadha’ solat-solat yang Anda tinggalkan dan agar meningkatkan perhatian Anda untuk menunaikan solat pada waktunya.
Bagi menjelaskan dalil-dalil syarie seputar perkara ini, maka saya kutipkan sebahagian yang dinyatakan tentang itu di buku Ahkâm ash-Shalât (karya Ali Raghib): Pengakhiran solat dari waktunya secara sengaja tanpa uzur syarie adalah haram secara qathie sesuai dengan nas Al-Quran. Allah Swt. berfirman,
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ * الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاَتِهِمْ سَاهُونَ
“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” (TMQ Al-Ma’un [107]: 5).
Allah Swt. berfirman,
فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلاَةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيّاً
“Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang buruk) yang menyia-nyiakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.” (TMQ Maryam [19]: 59).
Ini juga ditetapkan dengan mafhum hadis mutawatir yang menjelaskan waktu-waktu solat. Allah Swt. telah menetapkan bagi setiap solat fardhu waktu yang dibatasi dua hujungnya, yang masuk pada waktu tertentu dan batal pada waktu tertentu. Rasul saw. Bersabda,
مَنْ فَاتَتْهُ صَلَاةُ الْعَصْرِ فَكَأَنَّمَا وُتِرَ أَهْلَهُ وَمَالَهُ
“Siapa yang melewatkan solat asar, maka seolah-olah telah dikurangi (dirampas) keluarganya dan hartanya.” (HR Al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Ibnu Majah, At-Tirmidzi).
Rasul saw. bersabda tentang penundaan solat dari waktunya,
لَيْسَ التَّفْرِيطُ فِي النَّوْمِ إِنَّمَا التَّفْرِيطُ فِي الْيَقَظَةِ
“Penyia-nyiaan bukanlah pada waktu tidur melainkan penyia-nyiaan itu pada waktu bangun.” (HR Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah, At-Tirmidzi, An-Nasai).
Siapa yang melewatkan solat fardhu, maka dia wajib mengqadha’nya, baik dia melewatkannya kerana uzur atau tanpa uzur. Sebab semata mengqadha’ solat itu ditetapkan dengan hadis sahih. Telah diriwayatkan di Shahîh al-Bukhârî dan Shahîh Muslim dari Imran bin Hushain, dia berkata,
كُنَّا فِي سَفَرٍ مَعَ النَّبِيِّ ﷺ، وَإِنَّا أَسْرَيْنَا حَتَّى كُنَّا فِي آخِرِ اللَّيْلِ وَقَعْنَا وَقْعَةً وَلَا وَقْعَةَ أَحْلَى عِنْدَ الْمُسَافِرِ مِنْهَا، فَمَا أَيْقَظَنَا إِلَّا حَرُّ الشَّمْسِ… فَلَمَّا اسْتَيْقَظَ النَّبِيُّ ﷺ شَكَوْا إِلَيْهِ الَّذِي أَصَابَهُمْ فَقَالَ: «لَا ضَيْرَ أَوْ لَا يَضِيرُ ارْتَحِلُوا، فَارْتَحَلُوا فَسَارَ غَيْرَ بَعِيدٍ، ثُمَّ نَزَلَ فَدَعَا بِمَاءٍ فَتَوَضَّأَ، ثُمَّ نَادَى بِالصَّلَاةِ فَصَلَّى بِالنَّاسِ
“Kami berada dalam perjalanan bersama Nabi saw. dan kami berjalan hingga pada akhir malam kami tertidur lelap dimana seorang musafir tidak terlelap seperti itu. Tidak ada yang membangunkan kami kecuali panasnya sinar matahari. Ketika Nabi saw. bangun, para sahabat mengadu kepada beliau atas apa yang menimpa mereka, maka beliau bersabda, “Tidak ada salahnya berangkatlah, maka mereka pun berangkat dan berjalan belum sampai jauh, kemudian berhenti, lalu Nabi saw. meminta air dan berwudhuk, kemudian diserukan solat dan beliau pun mengimami solat jemaah bersama orang-orang yang ada.”
Dan kerana apa yang diriwayatkan dari Jabir ra.,
أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ جَاءَ يَوْمَ الْخَنْدَقِ بَعْدَمَا غَرَبَتْ الشَّمْسُ فَجَعَلَ يَسُبُّ كُفَّارَ قُرَيْشٍ، قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا كِدْتُ أُصَلِّي الْعَصْرَ حَتَّى كَادَتْ الشَّمْسُ تَغْرُبُ، فَقَالَ النَّبِيُّ ﷺ: وَاللَّهِ مَا صَلَّيْتُهَا، فَقُمْنَا إِلَى بُطْحَانَ فَتَوَضَّأَ لِلصَّلَاةِ وَتَوَضَّأْنَا لَهَا فَصَلَّى الْعَصْرَ بَعْدَمَا غَرَبَتْ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى بَعْدَهَا الْمَغْرِبَ»
“Bahawa Umar bin al-Khattab datang pada saat perang Khandaq setelah tenggelam matahari dan dia mencela kaum kafir Quraisy. Dia berkata, ‘Ya rasulullah saya belum solat Asar sampai matahari tenggelam.’ Nabi saw. pun bersabda, ‘Demi Allah aku juga belum solat Asar.’ Maka kami pergi ke Buthhan dan beliau berwudhuk untuk solat dan kami pun berwudhuk untuk solat, lalu Beliau solat Asar setelah matahari tenggelam kemudian setelahnya Beliau solat Magrib.”
Juga kerana apa yang diriwayatkan dari Abu Sa’id, dia berkata:
«حُبِسْنَا يَوْمَ الْخَنْدَقِ عَنْ الصَّلَاةِ حَتَّى كَانَ بَعْدَ الْمَغْرِبِ بِهَوِيٍّ مِنْ اللَّيْلِ حَتَّى كُفِينَا، وَذَلِكَ قَوْلُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ: ﴿وَكَفَى اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ الْقِتَالَ وَكَانَ اللَّهُ قَوِيّاً عَزِيزاً﴾. قَالَ: فَدَعَا رَسُولُ اللَّهِ ﷺ بِلَالًا، فَأَقَامَ صَلَاةَ الظُّهْرِ فَصَلَّاهَا وَأَحْسَنَ صَلَاتَهَا كَمَا كَانَ يُصَلِّيهَا فِي وَقْتِهَا، ثُمَّ أَمَرَهُ فَأَقَامَ الْعَصْرَ فَصَلَّاهَا وَأَحْسَنَ صَلَاتَهَا كَمَا كَانَ يُصَلِّيهَا فِي وَقْتِهَا، ثُمَّ أَمَرَهُ فَأَقَامَ الْمَغْرِبَ فَصَلَّاهَا كَذَلِكَ»
“Pada waktu perang Khandaq kami tertahan dari menunaikan solat sampai setelah Magrib dan memasuki sebahagian malam sampai kami telah dicukupkan. Hal itu sesuai dengan firman Allah Swt. (ertinya), “Dan Allah menghindarkan orang-orang mukmin dari peperangan. Dan adalah Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa” (TMQ Al-Ahzab [33]: 25). Dia berkata, ‘Maka Rasulullah saw. menyeru Bilal dan Bilal pun mengumandangkan iqamah solat zuhur lalu beliau pun solat Zuhur dan memperbaik solatnya sebagaimana beliau menunaikannya pada waktunya, kemudian Beliau menyuruh Bilal lalu Bilal mengumandangkan iqamah solat Asar lalu beliau solat Asar dan memperbaik solatnya sebagaimana Beliau menunaikannya pada waktunya. Kemudian Beliau menyuruh Bilal dan Bilal pun mengumandangkan iqamah Maghrib dan Beliau pun solat Magrib dan memperbaikkannya.”
Lalu apa yang diriwayatkan dari Rasul saw. bahawa ketika Beliau ditanya oleh seorang wanita dari Khats’am yang berkata, “Ya Rasulullah, bapaku telah mengetahui akan kewajipan haji di saat dia telah lanjut usia yang dia tidak mampu berhaji, jika aku berhaji atas dirinya, adakah hal itu bermanfaat baginya?” Maka Rasul saw. bersabda kepadanya,
«أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أَبِيكِ دَيْنٌ فَقَضَيْتِهِ أَكَانَ يَنْفَعُهُ ذَلِكَ؟ قَالَتْ: نَعَمْ. قَالَ: فَدَيْنُ اللهِ أَحَقُّ بِالْقَضَاءِ»
“Bagaimana pandanganmu, seandainya bapamu memiliki hutang lalu kamu membayarnya adakah hal itu bermanfaat baginya?” Dia berkata, ‘Benar.’ Beliau pun bersabda, ‘Hutang kepada Allah lebih berhak untuk dibayar.’”
Semua hadis ini dengan jelas dapat mengaitkan dengan qadha’ solat. Hal itu menunjukkan bahawa qadha’ solat adalah wajib dan tidak ada kafarah untuk meninggalkan solat kecuali dengan mengqadha’nya sahaja baik apakah meninggalkannya kerana uzur atau tanpa ada uzur sebagaimana yang dijelaskan. Tidak dikatakan bahawa hadis-hadis ini dibatasi dengan peristiwa tertentu iaitu tidur, lupa, perang dan tidak mampu. Semua ini merupakan uzur syarie. Tidak ada dosa meninggalkan solat dalam mengakhirkannya dari waktunya sehingga qadha’ bersifat khusus dengannya sahaja dan tidak mencakup yang lainnya.
Berbeza dengan sengaja, tidak ada nas yang menyatakan kebolehan mengqadha’nya. Tidak dikatakan demikian. Sebab hadis-hadis ini di dalamnya tidak dinyatakan sifat tidur, lupa dan perang dalam bentuk sebagai batasan di situ. Melainkan hadis-hadis itu datang sebagai deskripsi kejadian yang terjadi tanpa difahami darinya sifat pembatasan dengan peristiwa-peristiwa itu sahaja. Bukankah Anda memandang di dalam hadis Jabir bagaimana Umar bin al-Khattab mencela kaum kafir Quraisy dan berkata, “Ya Rasulullah, aku belum menunaikan solat Asar hingga matahari tenggelam.” Lalu Nabi saw. bersabda kepadanya, “Demi Allah aku juga belum solat Asar.” kemudian Nabi berdiri, berwudhuk lalu solat.
Di mana sifat pembatasan di dalam kejadian ini yang menunjukkan bahawa itu khusus dengan kejadian itu? Katakan semisal itu dalam peristiwa-peristiwa lainnya. Jadi tidak ada di dalam lafaz tersebut apa yang menunjukkan bahawa itu terbatas dengannya dan bahawa tidak boleh pada selainnya. Namun masing-masing dari hadis yang terjadi dalam peristiwa tertentu itu datang dalam bentuk pernyataan atas fakta bukan dalam bentuk pernyataan atas batasan. Tidak kelihatan di dalamnya sebab yang dikhususkan untuk qadha’ solat di situ sahaja sebagaimana yang jelas dari pembacaan hadis-hadis tersebut.
Adapun hadis-hadis yang di situ dinyatakan perbuatan yang memberikan makna sifat iaitu sabda Nabi saw: “man nâma—siapa yang tidur—”, “aw nasiyahâ—atau melupakannya—“, jika dia tidur, “aw ghafila—atau dia lupa—“, “man nasiya—siapa yang lupa—“. Semuanya, di dalamnya sifat itu dinilai sebagai batasan dan di dalamnya diniai ada mafhum mukhalafah sebab itu merupakan sifat. Mafhum mukhalafah dalam sifat itu muktabar kerana jika penyebutannya tidak dinilai sebagai batasan maka penyebutannya dengan sifat ini menjadi sia-sia dan hal itu dinafikan dari hadis. Namun, mafhum mukhalafah untuk nas-nas ini diabaikan pengamalannya oleh nas-nas lainnya. Jika dinyatakan nas yang manthuqnya menunjukkan sebaliknya dari mafhum nas lainnya maka mafhum itu diabaikan dan diambil manthuq tersebut sebab dhalalahnya terhadap makna lebih kuat dari dhalalah mafhum.
Hadis-hadis ini diabaikan mafhumnya dengan hadis-hadis yang dinyatakan tentang qadha’ solat yang terluputkan pada selainnya, iaitu perang. Di dalam hadis qadha’ haji yang di dalamnya dinyatakan sabda Nabi saw., “fa adynullâh ahaqqun bi al-qadhâ’—maka hutang kepada Allah lebih berhak untuk ditunaikan—” menggunakan lafaz umum yang mencakup semua hutang kepada Allah.
Solat merupakan hutang kepada Allah sehingga masuk di bawah keumuman kata “daynullâh—hutang kepada Allah—” sebab itu merupakan isim jenis yang diidhafahkan dan itu termasuk redaksi umum secara pasti. Orang yang sengaja meninggalkan solat telah diseru dengan solat sebagaimana setiap muslim diseru dengan solat. Wajib baginya menunaikannya sehingga menjadi hutang yang menjadi kewajipannya. Dan hutang tidak gugur kecuali dengan ditunaikannya (dilunaskan). Demikian juga solat, tidak gugur dengan telah lewat waktunya kecuali dengan ditunaikan, dan baginya dosa kerana meninggalkannya pada waktunya]. Selesai kutipan dari buku Ahkâm ash-Shalât. Saya berharap di dalam ini ada kecukupan. Wallahualam.
#hukumfikh #solatfardhu #hutangsolat #qadhasolat