[1 HARI 1 AYAT – KUMPULAN AYAT PILIHAN] SURAH AN-NISA’ AYAT 58
۞ إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا۟ ٱلْأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰٓ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحْكُمُوا۟ بِٱلْعَدْلِ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعًۢا بَصِيرًۭا ٥٨
“Sesungguhnya Allah menyuruh kami supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya, Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”
—————————
JAWATAN KEPIMPINAN ADALAH SATU AMANAH, BERIKAN IA PADA YANG BENAR-BENAR BERHAK
Menurut Zubdatut Tafsir Min Fathil Qadir (Syaikh Dr. Muhammad Sulaiman Al Asyqar, mudarris tafsir Universiti Islam Madinah):
إِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا۟ الْأَمٰنٰتِ إِلَىٰٓ أَهْلِهَا
Kalimat ini mencakup seluruh manusia dalam menunaikan segala amanat, dan yang paling pertama adalah bagi para pemimpin dan penguasa yang wajib bagi mereka menunaikan amanat dan mencegah kezaliman, dan senantiasa berusaha menegakkan keadilan yang telah Allah limpahkan atas amanat yang telah mereka pikul dalam kebijakan-kebijakan mereka.
Dan termasuk dalam perintah ini juga selain mereka, sehingga mereka wajib menunaikan amanat yang mereka pikul serta senantiasa berhatii-hati dalam menyampaikan kesaksian dan khabar berita.
وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا۟ بِالْعَدْلِ ۚ(dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil)
Keadilan disini adalah dengan tidak condongnya qadhi atau penguasa kepada salah satu pihak yang bersengketa, dan agar tidak mengutamakan seseorang atas orang lain disebabkan hubungan kekerabatan, jawatan, kemaslahatan peribadi, atau hawa nafsu. Akan tetapi seorang qadhi memberi keputusan bagi yang berhak sesuai dengan apa yang dijelaskan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Dan seorang penguasa mestilah memperlakukan rakyatnya dengan sama rata tanpa mengutamakan seseorang kecuali dengan kadar keutamaan yang memang dimiliki orang tersebut, berupa kesungguhannya dalam beramal, atau berdasarkan pengalaman, pengetahuan, atau kekuatannya dalam berjihad, dan lain sebagainya.
إِنَّ اللهَ كَانَ سَمِيعًۢا (Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar)
Yakni mendengar apa yang qadhi putuskan.
بَصِيرًا (Maha Melihat)
Yakni melihatnya ketika ia mengeluarkan keputusannya, sehingga Allah mengetahui apakah dia berusaha untuk berlaku adil atau memberi keputusan dengan hawa nafsu.
Demikianlah anatara pelajaran penting yang boleh kita ambil:
- Jawatan kepimpinan adalah satu amanah. Maka ia mestilah diserahkan kepada orang yang benar-benar berhak dan layak. Berhak dan layak di sini bukan dari segi kelayakan akademik atau pengalaman menurut standard perjawatan dalam sistem sekular hari ini. Sebaliknya berhak dan layak, berdasarkan standard yang ditetapkan syariat.
- Seseorang yang menjawat jawatan kepimpinan mestilah memahami amanah-amanahnya dan menunaikannya atas sebab keterikatan pada syariat. Bukan kerana menurut hawa nafsu.
#100TahunTanpaKhilafah #1hari1ayat