[Ath-Thariq] Syarat-Syarat Kesahihan Sebuah Asas Pemikiran (Bahagian 4/5)
Penulis: Syekh Ahmad Athiyat
Secara ringkas, naluri pada diri manusia terbahagi kepada tiga:
- Naluri mempertahankan diri (garizah al-baqa’).
Naluri ini kelihatan dalam berbagai aktiviti manusia yang berbeza-beza yang akhirnya membawa—disedari ataupun tidak—pada kepuasan manusia, berusaha memelihara eksistensinya dengan sifat individualistik-nya, maka kita melihat seseorang yang berusaha terus menerus agar boleh memiliki sesuatu, dan kita juga melihatnya ke belakang untuk menghindarkan diri atau ke depan untuk mempertahankan diri dan sebagainya.
Penampakan terpenting dari naluri mempertahankan diri ini adalah cinta memiliki, suka untuk berkuasa atau menguasai, takut tertimpa kecelakaan atau musibah, dan kelihatan dalam sikap berani, membentuk kelompok, dan sebagainya. Ini semua merupakan gejala dan penampakan dari naluri untuk mempertahan diri yang ditujukan untuk menjaga eksistensi individu manusia.
- Naluri melestarikan keturunan (garizah al-nau’).
Naluri ini ditujukan untuk memelihara diri manusia dengan karakternya sebagai sebuah jenis (spesies), yakni memelihara kelangsungan jenis manusia. Bukan jenis haiwan kerana jenis meliputi manusia dan haiwan. Gejala terpentingnya adalah adanya kecenderungan pada perempuan dengan segenap bentuknya, sebagaimana juga kelihatan dalam usaha menyelamatkan orang yang tenggelam, membantu yang dianiaya, serta menolong orang yang memperlukan. Ringkasnya, naluri ini kelihatan dalam sikap seseorang yang menjaga dan memperhatikan orang lain.
Perbezaan antara naluri mempertahankan diri dengan naluri melestarikan jenis adalah, bahawa naluri yang pertama bertujuan untuk melestarikan individu sendiri, adapun yang kedua ditujukan untuk memelihara jenis manusia secara umum, dengan tidak mempedulikan bangsa, agama, warna kulit, dan suku.
Seseorang yang mendapati dirinya bergegas tanpa ragu untuk menolong seseorang yang tenggelam di lautan yang dalam, tidak berfikir sedikit pun tentang manfaat yang dapat diperolehnya atau tidak memikirkan orang yang ditolong berdasarkan agama, suku, atau warna kulitnya, tetapi yang menjadi keinginannya saat itu adalah menyelamatkannya. Tanpa memikirkan apa yang akan menimpanya, adakah ianya memberi manfaat atau mudarat sebagai akibat tindakannya tersebut.
- Naluri beragama (garizah al-tadayyun).
Naluri ini—sebagaimana boleh diketahui dari namanya—kelihatan dalam kecederungan semulajadi yang ada pada diri setiap orang untuk menyucikan apa yang difahaminya sebagai sebuah kekuatan yang menguasai alam semesta, manusia, dan kehidupan. Kecenderungan ini mengakibatkan adanya perasaan seorang manusia akan kelemahan, kekurangan, dan keperluan akan kekuatan yang mengatur alam semesta dengan segala isinya. Tiada lain kerana kelemahan manusia dalam memenuhi naluri mempertahankan diri, seterusnya usaha memelihara dirinya, dan kelemahannya dalam memenuhi naluri melestarikan jenis, seterusnya berusaha memelihara jenisnya, akibat dari perasaan lemah itu perasaan lain terangsang dan terpicu, yakni kepasrahan dan ketundukan sehingga dia pun berdoa sepenuh hati kepada Allah Swt., bertepuk tangan memuji sang pemimpin, menghormati orang yang kuat, tiada lain kerana disebebkan perasaan akan kelemahan, kekurangan dan keperluan dirinya.
Gejala yang ditampakkan oleh naluri beragama ini adalah taqdis (penyucian) yang terjadi ketika seseorang meyakini bahawa Dia adalah al-Khaliq al-Mudabbir (Pencipta Yang Maha Mengatur) atau dia membayangkan bahawa dia telah dikalahkan oleh Pencipta Yang Maha Mengatur. Kadang-kadang taqdis ini kelihatan dalam gejalanya yang hakiki yakni ibadah, dan kadang-kadang kelihatan dalam bentuk yang lebih kecil berupa pengagungan dan pemujaan.
Taqdis (penyucian) merupakan penghormatan tertinggi yang berasal dari hati, taqdis ini tidak mengakibatkan tumbuhnya rasa takut, tetapi mendorong seseorang cenderung untuk beragama, kerana perasaan takut gejalanya bukan taqdis, tetapi merayu, melarikan diri, dan mempertahankan diri, tiada lain kerana semua gejala tersebut bertentangan dengan taqdis. Taqdis merupakan gejala dari naluri beragama, bukan dari rasa takut. Kecenderungan beragama merupakan naluri tersendiri yang berbeza dengan naluri mempertahankan diri yang salah satu gejalanya adalah rasa takut.
Ini merupakan realiti naluri. Naluri itu hanya merujuk pada tiga naluri sahaja, tidak ada yang lain lagi, yakni perasaan untuk mempertahankan diri, melestarikan jenis, dan sifat lemah yang alami. Dari semua perasaan ini timbullah berbagai aktiviti dan gerakan sebagai ungkapan berbagai gejala yang berasal dari tiga naluri tersebut. Oleh kerana itu, jumlah naluri hanya ada tiga sahaja dan tidak ada yang selainnya.
Inilah realiti fitrah, dan kami ketika menyatakan bahawa sebuah solusi penghurai simpulan besar (al-uqdat al-kubra) yang asas pemikiran atau akidah aqliah atau qaidah fikriyah mesti sesuai dengan fitrah manusia, maka yang kami maksudkan adalah bahawa qaidah fikriyah tersebut mesti mengakui apa yang ada dalam fitrah manusia berupa perasaan lemah dan perlu kepada Pencipta Yang Maha Mengatur. Dengan ungkapan lain adalah bahawa qaidah fikriyah tersebut mesti sesuai dengan naluri beragama. Yakni kesesuaian dengan naluri beragama akan membawa pada kesesuaian dengan naluri lainnya, kerana kedua naluri selain naluri beragama dengan sendirinya akan bermuara pada naluri beragama.
Oleh kerana itu, kesesuaian sebuah solusi dengan naluri beragama dengan sendirinya merupakan kesesuaian solusi tersebut dengan fitrah dan menjadi bukti kebenaran sebuah asas pemikiran. Sebaliknya, jika solusi tersebut bertentangan dengan naluri beragama, secara automatik bertentangan pula dengan fitrah manusia dan menjadi bukti kerosakan asas pemikiran tersebut. Jika sebuah solusi mengakui naluri beragama selain dengan terpenuhinya syarat pertama, maka solusi tersebut menjadi solusi dan asas pemikiran yang sahih dan boleh memberikan ketenangan dalam hati manusia dan membawa pada kebangkitan yang sahih.
Akan tetapi, jika sebaliknya, maka solusi tersebut menjadi asas pemikiran yang rosak yang membawa penderitaan dan kesengsaraan dalam kehidupan manusia. Tiada lain kerana ketiadaan pemenuhan yang benar atas naluri—sebagaimana tadi telah kami jelaskan—membawa pada kesempitan, kegelisahan, dan ketidaktenangan.
Bersambung ke bahagian 5/5
Sumber: Syekh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)
#fikrulislam #pemikiranislam #kebangkitanpemikiran