[Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah] Tahap-tahap Pendidikan Sekolah
Penulis: Abu Yasin
Pengelompokkan tahapan (marhalah) pendidikan hendaklah memperhatikan fakta anak didik di setiap peringkat (tingaktan), apakah dia seorang anak kecil ataukah seseorang yang sudah dewasa (baligh). Selain itu perlu juga merujuk pada dalil-dalil syarie dan hukum-hukum yang terkait dengan urusan anak kecil ataupun anak yang sudah baligh dari sisi perlakuan yang mesti diberikan oleh pemerintah, pengajar, atau pendidik. Hal ini dimaksudkan untuk mewujudkan pengaturan hubungan manusia dengan yang lainnya sesuai dengan Islam yang memiliki hukum-hukum dari Sang Maha Pencipta dan Maha Pengatur, Rabb seluruh alam, serta dituntut untuk senantiasa terikat dengan hukum-hukum tersebut.
Dalil-dalil yang terkait dengan pembahasan di atas adalah firman Allah SWT,
“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari).” (TMQ An-Nur [24]: 58)
Dalam ayat berikutnya Allah SWT berfirman,
“Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang sebelum mereka meminta izin.” (TMQ An-Nur [24]: 59).
Rasulullah SAW bersabda,
“Diangkat pena (tidak dibebankan hukum) atas tiga kelompok: seseorang yang gila yang mengalahkan akalnya sampai sembuhnya, orang yang tidur sampai terbangunnya, dan anak kecil sampai dia mimpi (baligh).” (HR Abu Dawud dalam Sunan-nya).
Rasulullah SAW bersabda,
“Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita itu jika telah sampai (usia mengalami) haid tidak dibenarkan untuk memperlihatkan dirinya, kecuali ini dan ini—dan Rasulullah menunjukkan wajah dan kedua telapak tangannya.” (HR Abu Dawud dalam Sunan-nya).
Diceritakan dari ‘Athiyah al-Qurzhiy yang berkata, “Kami diserahkan kepada Nabi SAW di hari (kekalahan Bani) Quraizhah. Barangsiapa telah tumbuh (bulu kemaluannya) maka ia dibunuh, dan barangsiapa belum tumbuh (bulu kemaluannya) akan dibiarkan pergi. Aku termasuk yang belum tumbuh (bulu kemaluannya), maka aku dibiarkan pergi.” (HR Tirmidzi dalam Sunan-nya).
Telah diriwayatkan, “Sesungguhnya Nabi SAW ketika menyerahkan keputusan kepada Sa’ad mengenai (nasib) Bani Quraizhah, beliau menyingkap kain mereka (untuk melihat bulu kemaluan).”
Dari Utsman RA., “Sesungguhnya kepada beliau didatangkan seorang anak yang telah mencuri, maka beliau berkata, ‘Lihatlah di sebalik kain sarungnya (bulu kemaluannya).’ Mereka mendapati (bulu kemaluannya) belum tumbuh maka tidak dipotong (tangannya), dan tidak ada seorang sahabat pun yang mengingkarinya.”
Rasulullah SAW bersabda,
“Perintahkan anak-anakmu solat jika mereka telah menginjak usia tujuh tahun dan pukullah mereka (kerana meninggalkan solat) jika telah menginjak usia sepuluh tahun dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka.” (HR Imam Ahmad dalam Musnad-nya).
Dalil-dalil tersebut menunjukkan bahawa masa kanak-kanak berakhir jika anak-anak telah mengalami mimpi (basah) atau berusia baligh. Islam menentukan tanda-tanda pembeza yang dapat diindera yang memisahkan antara masa kanak-kanak dengan masa baligh. Pada anak lelaki berupa tumbuhnya bulu kemaluan atau telah mengalami mimpi. Sedangkan pada anak wanita ketika mengalami haid atau hamil. Dalil-dalil tersebut menunjukkan adanya tuntutan hukum bagi seseorang yang telah dewasa (baligh) yang sebelumnya tidak dituntut saat belum baligh.
Rasulullah SAW bersabda,
“Perintahkan anak-anakmu solat ketika berusia tujuh tahun dan pukullah (kerana meninggalkan solat) ketika berusia sepuluh tahun.” (HR Ahmad dalam Musnad-nya).
Hadis tersebut menunjukkan bahawa pendidikan pada masa kanak-kanak dibahagi dalam dua tahapan:
- Tahap sebelum seorang anak menginjak usia 10 (sepuluh) tahun. Tidak menggunakan pukulan dalam mendidiknya, kerana dalam hadis—pada usia tersebut—hanya dibatasi pada perintah solat tanpa disertai (hukuman) pukulan. Oleh sebab itu, lebih-lebih lagi dengan masalah yang bukan termasuk perkara solat, iaitu pendidikan, hendaknya tidak dengan (hukuman) pukulan. Mendidik mereka hanya dibatasi dengan cara pemberian motivasi dan ancaman tanpa (hukuman) pukulan.
- Tahap setelah seorang anak berusia 10 (sepuluh) tahun sampai usia dewasa (baligh). Digunakan (hukuman) pukulan dalam mendidiknya, jika hal ini diperlukan. Hukum hudud dan hukuman syarie tidak boleh diterapkan kecuali setelah menginjak usia baligh yang merupakan tahap pendidikan setelah usia baligh. Ini didasarkan atas sabda Rasulullah SAW,
“Diangkat pena atas tiga kelompok: anak kecil sampai dia baligh, orang yang tidur sampai dia bangun, orang gila sampai dia sembuh.” (HR Abu Dawud dalam Sunan-nya).
Makna dari “diangkat pena” adalah diangkatnya beban hukum. Apabila anak-anak telah mencapai usia baligh maka mereka telah menjadi orang yang dibebani hukum (mukalaf) secara syarie. Jika melakukan perbuatan yang menyimpang atau yang haram, mereka dikenakan hukuman atas perintah hakim (qadi). Ini bererti mengharuskan adanya peradilan di sekolah-sekolah yang para pelajarnya telah baligh, termasuk di tahapan pendidikan tinggi.
Demikianlah hukum-hukum yang berhubungan dengan kanak-kanak dan orang dewasa. Hal itu perlu diperhatikan ketika menyusun tahapan pendidikan kerana pembinaan dan pendisiplinan termasuk keperluan dalam pendidikan. Tahapan pendidikan sekolah yang pertama berlangsung sejak kanak-kanak masuk sekolah sampai menginjak usia sepuluh tahun. Tahapan pendidikan sekolah yang kedua berlangsung sejak kanak-kanak berusia sepuluh tahun sampai usia baligh, iaitu biasanya pada usia lima belas tahun di negeri-negeri yang beriklim sederhana. Tahapan pendidikan sekolah yang ketiga berlangsung dari umur lima belas tahun sampai pendidikan sekolah berakhir.
Berdasarkan dalil-dalil dan hukum-hukum tersebut, tahapan pendidikan sekolah dalam Negara Khilafah dibahagi berdasarkan usia anak didik, bukan berdasarkan bahan pembelajaran yang diajukan sekolah. Oleh sebab itu, sekolah dikelompokkan menjadi tiga, seperti contoh berikut:
– Sekolah tahapan pertama (Ibtidaiah): Dari usia 6 sampai dengan 10 tahun.
– Sekolah tahapan kedua (Mutawasithah): Dari usia 10 sampai dengan 14 tahun.
– Sekolah tahapan ketiga (Sanawiah): Dari usia 14 tahun sampai tahapan sekolah berakhir
Jika seorang pelajar telah genap berusia 10 (sepuluh) tahun, hendaknya diperhatikan untuk dipindahkan ke sekolah tahapan kedua, tanpa mempertimbangkan nilai prestasi belajarnya. Begitu juga jika seorang pelajar telah baligh, hendaknya dipindahkan ke sekolah tahapan ketiga (sekolah untuk pelajar yang telah baligh), baik telah sampai pada tahapan sekolah tersebut mahupun belum.
Berikutnya akan kami paparkan bagaimana pengaturan masa belajar yang akan digunakan dalam pengurusan pendidikan di sekolah negeri yang akan menjamin pembahagian pelajar ke dalam sekolah-sekolah sesuai dengan kelompok umur.
Pendidikan sebelum usia enam tahun (pengasuhan dan taman kanak-kanak) diserahkan kepada warga negara (masyarakat). Apabila salah seorang di antara mereka akan membangun sekolah khusus untuk tujuan tersebut, hal itu diperbolehkan atas bimbingan negara dalam hal bahan pendidikan dan keterikatannya dengan strategi pendidikan yang telah ditetapkan oleh khalifah.
Sumber: Abu Yasin, Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah (Strategi Pendidikan Negara Khilafah).