[Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah] Tempoh atau Fasa Persekolahan
Penulis: Abu Yasin
Tahapan (marhalah) sekolah terdiri dari 36 tempoh/fasa (daurah) persekolahan yang berlangsung secara berurutan. Masing-masing lamanya 83 (lapan puluh tiga) hari. Setiap tempoh dihadkan dengan satu set unit pelajaran. Seorang pelajar akan memulakan tahap sekolahnya dengan pendidikan pada tempoh pertama. Jika berjaya pada satu tempoh/fasa, dia akan dinaikkan ke tempoh berikutnya sehingga berakhirnya tahap sekolah, iaitu dengan menyelesaikan fasa yang ke-36 dengan jaya.
Satu tahun hijriah dibahagi menjadi empat tempoh waktu yang sama. Masing-masing dipisahkan dengan tiga hari cuti. Bahagian berikut akan menjelaskan waktu bermulanya dan berakhirnya setiap tempoh persekolahan, juga hari cuti yang memisahkan antara setiap tempoh:
Jadwal fasa persekolahan dan hari cuti setiap tahun:
– Fasa pertama: 1 Muharam—25 Rabiulawal.
– Hari cuti: 25, 26, 27 Rabiulawal.
– Fasa kedua: 28 Rabiulawal—22 Jumadilakhir
– Hari cuti: 22, 23, 24 Jumadilakhir.
– Fasa Ketiga: 25 Jumadilakhir—20 Ramadhan.
– Hari cuti: 20, 21, 22 Ramadhan.
– Fasa keempat: 23 Ramadhan—27 Zulhijjah
– Hari cuti: 23 Ramadhan-20 Ramadhan
– Cuti Aidil Fitri: 1—3 Syawal.
– Cuti Aidiladha: 8—15 Zulhijjah
Seorang anak dapat memasuki sekolah ketika usianya telah genap menginjak 6 (enam) tahun hijriah. Oleh kerana itu, sekolah-sekolah negeri menerima pelajar baru pada awal tempoh persekolahan dari empat fasa yang ada dalam setahun, atau sekitar setiap tiga bulan sekali. Hal ini memungkinkan bagi seorang anak untuk memasuki fasa pertama sekolah dalam tempoh yang terdekat ketika usianya telah genap menginjak 6 (enam) tahun menurut perhitungan kalendar hijriah.
Seorang pelajar dibolehkan untuk mengambil cuti selama satu tempoh persekolahan saja, setelah mengikuti minima tiga fasa berturut-turut. Juga diperbolehkan untuk mengikuti pelajarannya tanpa cuti. Dengan demikian, sistem tersebut memberikan keuntungan kepada pelajar untuk menyelesaikan tahap sekolah dalam waktu yang lebih singkat dari teman sebayanya, iaitu dengan mengikuti pelajarannya dan berjaya menamatkan pelajaran dalam seluruh fasa sekolah tanpa mengambil cuti, atau hanya mengambil sedikit dari yang diperbolehkan.
Set unit waktu pengajaran adalah tempoh persekolahan yang terdiri dari 83 (lapan puluh tiga) hari, bukan satu tahun. Setiap tempoh mempunyai kurikulum dan para pelajarnya sendiri.
Jika seorang pelajar mengikuti pelajarannya dalam seluruh fasa dengan jaya tanpa mengambil cuti yang disediakan, dimungkinkan baginya untuk menyelesaikan ketiga puluh enam tempoh persekolahan tersebut dalam waktu sembilan tahun (36:4 = 9). Jadi, pelajar tersebut telah menyelesaikan seluruh tahap sekolah saat usianya genap lima belas tahun.
Jika seorang pelajar mengikuti pelajarannya untuk menyelesaikan ketiga puluh enam tempoh persekolahan tersebut dengan rata-rata tiga fasa saja setiap tahunnya, iaitu dengan cara mengambil cuti selama satu tempoh setelah setiap tiga fasa berturut-turut dan menyelesaikan seluruh fasa lainnya dengan baik, dimungkinkan baginya untuk menyelesaikan tahap sekolahnya dalam waktu dua belas tahun (36:3 = 12). Dengan demikian, pelajar tersebut telah menyelesaikan seluruh tahap sekolah saat usianya genap 18 tahun.
Terkadang sebahagian pelajar memerlukan satu atau dua tahun setelah usianya genap delapan belas tahun untuk menyelesaikan ketiga-tiga tahap persekolahan. Jika pelajar tersebut telah mencapai usia dua puluh tahun dan belum berjaya dalam mengikuti ujian umum seluruh tahap sekolah, dia akan diberi pelepasan dari pendidikan formal dan diberi pilihan antara mendaftarkan diri dalam akademi-akademi vokasional atau kembali mengikuti ujian umum seperti yang telah dilaluinya sampai berjaya agar dapat mendaftarkan diri di pendidikan tinggi.
Dalam sistem tempoh persekolahan tersebut diperhatikan juga perbezaan kemampuan individu para pelajar. Ini dimaksudkan untuk keberkesanan (efektif) waktu belajar dan prestasi yang mereka miliki. (Carta yang terlampir di akhir buku ini menjelaskan pembahagian ketiga puluh enam tempoh berdasarkan kelompok usia pelajar dan batasan usia terendah dan tertinggi tatkala keluar dan menyelesaikan seluruh tahap persekolahan.)
Untuk melaksanakan sistem tempoh/fasa persekolahan di perdesaan terpencil, dibangun kompleks “Sekolah Awam” di antara pedesaan tersebut dan disediakan sarana pengangkutan ulang-balik bagi para pelajar ke rumah-rumah mereka.
Sumber: Abu Yasin, Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah (Strategi Pendidikan Negara Khilafah).