ALL EYES ON RAFAH
Oleh: Nabila Zidane
Sederet bentuk kekejaman Israel di Rafah, Semenanjung Gaza selatan, sangat menyayat hati. Seakan mengabaikan batas-batas kemanusiaan, militer Zionis tak segan untuk bertindak semahunya sendiri, seperti pengeboman kem pelarian dengan dalih mencari keberadaan pejuang Ham4s yang dituduh bersembunyi di Rafah. Membakar hidup-hidup penduduk awam Palestin dan membakar khemah-khemah pelarian. Akibatnya, serangan brutal Israel di Rafah telah mengakibatkan banyak korban jiwa yang baru dari kalangan penduduk awam Palestin.
Padahal, sebelumnya Mahkamah Antarabangsa (ICJ) sudah memberi perintah agar Tel Aviv segera menghentikan segala bentuk operasinya di kawasan tersebut. (sindonews.com, 30/5/2024)
Tentu saja serangan Israel tersebut mendapat kecaman antarabangsa yang luas. Dilaporkan dari BBC.com (31/5/2024) slogan ‘All Eyes on Rafah’ muncul dalam berbagai demonstrasi di seluruh dunia dan di media sosial. Slogan tersebut makin tersebar luas di media sosial berkat poster AI. Lebih dari 47 juta warga maya telah membahagikan poster tersebut, menurut catatan Instagram pada Khamis (30/05) petang. Hingga 28 Mei 2024, sebanyak 36 ribu orang terbunuh di Gaza. Sekitar 15 ribu diantaranya adalah kanak-kanak.
Sungguh suatu keprihatinan yang amat mendalam atas apa yang terjadi di Palestin khususnya di Rafah akibat kebiadaban zionis Yahudi penjajah yang telah menimbulkan kehancuran dahsyat dan korban penduduk awam yang sangat banyak di sana, terutama kanak-kanak.
Dunia wajib tahu bahawa wilayah Palestin pada hakikatnya adalah tanah kharajiyah yang telah menjadi bahagian dari negeri Islam sejak masa Khalifah Umar bin Khattab radhiyallahu anhu. Pada 637, pasukan jihad kaum Muslim di bawah kepemimpinan Khalid bin Walid berjaya membebaskan tanah Palestin dan menjadikannya sebagai bahagian dari wilayah Daulah Khilafah dengan pusat pemerintahannya saat itu berada di Madinah. Jadi, secara mutlak, Palestin adalah tanah yang sepenuhnya milik kaum Muslim.
Permasalahan pokok Palestin adalah penjajahan wilayah itu oleh zionis Yahudi yang telah merampas wilayah tersebut atas dukungan British melalui Deklarasi Balfour pada tahun 1917 sebagai realisasi dari cita-cita berdirinya negara Yahudi yang digagas oleh Theodore Herzl seorang tokoh Zionis Theodore Herzl yang pada 1896 menemui Sultan Abdul Hamid II selaku Khalifah Turki Uthmani untuk meminta kepada Sultan agar dapat mendirikan bangunan di Al-Quds. Namun, permohonan tersebut ditolak mentah-mentah.
Tanpa putus asa, pada tahun 1902, Theodor Herzl kembali menghadap sang khalifah dengan imbalan pelunasan hutang Khilafah Uthmani. Namun Sultan Abdul Hamid II kembali menolaknya dengan tegas sambil berkata, “Selama aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pedang ke tubuhku daripada melihat tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islamiyah.”
Adapun solusi “Two-state solution” dan diplomasi sudah pasti bukan solusi hakiki. Membahagi dua tanah untuk Palestin dan Israel adalah bentuk pengkhianatan yang jelas wajib ditolak seluruh kaum Muslim sedunia.
Oleh kerana itu, penyelesaian mutlak bagi persoalan Palestin adalah pembebasan wilayah tersebut dari penjajahan zionis Yahudi melalui jihad fisabilillah. Ini kerana hanya dengan cara itu saja penjajahan dapat dinyahkan setelah terjadinya banyak perundingan damai dilakukan bahkan juga ada lebih dari 30 resolusi Persatuan Bangsa-Bangsa (PBB) sudah ditetapkan, tapi semua itu tak membuat zionis Yahudi menghentikan penjajahan di sana sebaliknya mereka semakin kejam dan sadis.
Tidak layak bagi kaum muslim meminta pertolongan negara Barat dan sekutunya, apalagi PBB. Meminta bantuan kepada PBB sama halnya bunuh diri politik. Umat Islam harus faham bahawa berdirinya negara zionis di atas tanah Palestin juga disebabkan adanya resolusi PBB yang memaksa Palestin membahagi wilayahnya dengan Israel.
KHILAFAH SOLUSI TUNGGAL
Usaha membebaskan wilayah Palestin dari penjajahan zionis Yahudi akan boleh terlaksana sempurna dengan bersatu dan bangkitnya kembali umat Islam dalam naungan Daulah Khilafah yang akan menggerakkan umat Islam dan tentera yang gagah berani untuk melancarkan jihad fisabilillah mengusir zionis penjajah dari bumi Palestin selama-lamanya.
Tidak boleh ada seorang pun yang berhak menyerahkan tanah kharajiyah kepada pihak lain, apalagi kepada perampok dan penjajah seperti Israel. Oleh sebab itu, sikap tegas yang sepatutnya dilakukan terhadap Israel adalah sebagaimana yang telah Allah SWT perintahkan, yakni perangi dan usir!
“Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tangan kalian, menghinakan mereka serta akan menolong kalian atas mereka sekaligus melegakan hati kaum Mukmin.” (TMQ At-Taubah: 14)
Umat Islam tidak boleh terus diam melihat kebiadaban zionis Yahudi penjajah yang saat ini terjadi di Palestin. Umat Islam perlu menampakkan kepeduliannya dengan memberikan bantuan dana, makanan dan ubat-ubatan serta doa dan qunut nazilah yang tulus, tetapi perlu disedari bahawa itu semua tidaklah cukup untuk menghentikan kebiadaban zionis Yahudi apalagi untuk mengusirnya.
Pengiriman tentera dari seluruh negeri Muslim khususnya dari negara-negara seperti Mesir, Iraq dan Indonesia, malah utamanya dari negara-negara Arab lebih diperlukan oleh penduduk Palestin. Ini kerana tindakan militer yang dilakukan oleh zionis Yahudi penjajah hanya boleh dihadapi dengan kekuatan militer pula. Seandainya seluruh negeri Muslim yang berjumlah lebih dari 50 negara mengirimkan tentera ke sana, maka hasilnya pasti akan sangat signifikan.
Umat Islam juga perlu terus istiqamah berdakwah demi tegaknya kembali kehidupan Islam. Dimana di dalamnya akan diterapkan syariah secara kaffah di bawah naungan Daulah Khilafah yang akan menyatukan lebih dari dua billion umat Islam sedunia. Umat Islam akan bersatu kembali dan dengan persatuan tersebut umat akan menjadi kuat.
Dengan kekuatan tersebut, khilafah akan melindungi negeri kaum Muslim dan membebaskan seluruh negeri Muslim termasuk Palestin dari para penjajah dan dengan tegaknya khilafah akan bisa diwujudkan kembali izul Islam wal Muslimin.
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan lahir dan batin kepada penduduk Palestin dan semoga Allah SWT memberikan syurga firdaus yang paling tinggi untuk para syuhada dan memohonkan kesembuhan sempurna bagi yang terluka serta perlindungan bagi seluruh kaum Muslimin yang ada di sana, aamiin. []
Sumber: Tintasiyasi