PERBUATAN-PERBUATAN YANG TERKATEGORI TABARRUJ
Oleh: Ustaz Yuana Ryan Tresna
Banyak hadis yang melarang setiap perbuatan yang boleh terkategori tabarruj; diantaranya adalah sebagai berikut;
- Mengenakan Pakaian Nipis dan Pakaian Ketat, Menggoda
Wanita yang mengenakan pakaian nipis, atau memakai busana ketat dan menggoda termasuk dalam kategori tabarruj. Nabi shallallahu ‘alihi wa sallam bersabda:
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
“Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang memiliki cambuk seperti seekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat manusia; dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian nipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak. Mereka tidak akan dapat masuk syurga dan mencium baunya. Padahal, bau syurga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.” [HR. Muslim]
Ketika mentafsirkan frasa “mutabarrijat” yang terdapat di dalam surah al-Nuur ayat 60, Imam Ibnu al-‘Arabiy menyatakan;
“Termasuk tabarruj, seorang wanita yang mengenakan pakaian nipis yang menampakkan warna kulitnya. Inilah yang dimaksud dengan sabda Rasulullah shallallahu ‘alihi wa sallam yang terdapat di dalam hadis sahih, “Betapa banyak wanita-wanita yang telanjang, berpakaian nipis merangsang, dan berlenggak-lenggok. Mereka tidak akan masuk ke dalam syurga dan mencium baunya.” (HR. Imam Bukhari]. Sebab, yang menjadikan seorang wanita telanjang adalah kerana pakaiannya; dan dia disebut telanjang kerana pakaian nipis yang dia kenakan. Jika pakaiannya nipis, maka dia boleh menyingkap dirinya, dan ini adalah haram.” (Ibnu al-‘Arabi, Ahkam al-Quran, juz 419/3)
- Memakai Wewangian di Hadapan Lelaki Asing
Di dalam hadis lain, dituturkan, bahawasanya Nabi shallallahu ‘alihi wa sallam bersabda, ”
أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ
“Siapapun wanita yang memakai wewangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium baunya, bererti dia telah berzina.” [HR. al-Nasa’i]
Imam Muslim juga menuturkan sebuah hadis dari Abu Hurairah ra, bahawasanya Nabi shallallahu ‘alihi wa sallam bersabda;
أَيُّمَا امْرَأَةٍ أَصَابَتْ بَخُورًا فَلَا تَشْهَدْ مَعَنَا الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ
“Setiap wanita yang memakai wewangian, janganlah dia mengerjakan solat Isyak bersama kami.” [HR. Muslim]
أَيُّمَا امْرَأَةٍ أَصَابَتْ بَخُورًا فَلَا تَشْهَدْ مَعَنَا الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ
“Siapa saja wanita yang mengenakan bakhur, janganlah dia menghadiri solat Isyak yang terakhir bersama kami.” [HR. Muslim]
Menurut Ibnu Abi Najih, wanita yang keluar rumah dengan memakai wangi-wangian termasuk dalam kategori tabarruj jahiliyyah. (Ibnu Hajar, Fath al-Bari, 8/519) Oleh kerana itu, seorang wanita mukminat dilarang keluar rumah atau berada di antara lelaki dengan mengenakan wewangian yang dominan baunya.
Adapun sifat wewangian bagi wanita Mukminat adalah, tidak ketara baunya dan mencolok warnanya. Ketentuan semacam ini didasarkan pada sabda Rasulullah shallallahu ‘alihi wa sallam;
أَلَا وَطِيبُ الرِّجَالِ رِيحٌ لَا لَوْنَ لَهُ أَلَا وَطِيبُ النِّسَاءِ لَوْنٌ لَا رِيحَ لَهُ
“Ketahuilah, wangian lelaki adalah yang tercium baunya, dan tidak terlihat warnanya. Sedangkan wangian wanita adalah yang tampak warnanya dan tidak tercium baunya.” [HR. Imam Ahmad dan Abu Dawud]
- Berdandan dengan Mencolok atau Berlebihan
Termasuk tabarruj adalah berdandan atau bersolek dengan tidak seperti biasanya. Misalnya, memakai bedak tebal, eye shadow, lipstik dengan warna mencolok dan merangsang, dan lain sebagainya. Sebab, perbuatan-perbuatan semacam ini termasuk dalam kategori tabarruj secara definitif. Imam Bukhari menyatakan, bahawa tabarruj adalah tindakan seorang wanita yang menampakkan kecantikannya kepada orang lain.” (Syaikh Kamil M ‘Uwaidlah, al-Jami’ fii Fi qh al-Nisa’, bab Tabarruj).
Larangan tersebut juga telah disebutkan dalam al-Quran. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman;
وَلَايَضْرِبْنَبِأَرْجُلِهِنَّلِيُعْلَمَمَايُخْفِينَمِنْزِينَتِهِنَّ
“Janganlah mereka memukul-mukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” [TMQ Al-Nur: 31]
Ayat ini juga menunjukkan keharaman melakukan tabarruj. Sedangkan definisi tabarruj adalah idzhar al-zinah wa al-mahasin li al-ajanib (menampakkan perhiasan dan kecantikan kepada lelaki yang bukan mahram). Jika dinyatakan; seorang wanita telah bertabarruj, ertinya, wanita itu telah menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada orang yang bukan mahramnya. Atas dasar itu, setiap usaha mengenakan perhiasan atau menampakkan kecantikan yang akan mengundang pandangan kaum lelaki termasuk dalam tindakan tabarruj yang dilarang.
Berdandan dengan mencolok (berhias dengan warna terang, baik dengan lipstik, bedak, eye shadow, dan lain-lain sebagainya) dipandang merupakan perbuatan tabarruj. Ini kerana, semua perbuatan ini ditujukan untuk menampakkan kecantikan dirinya, kepada orang yang bukan mahram.
- Mendedahkan Aurat, Walaupun Sebahagian
Wanita yang memakai topi kepala tanpa bertudung; memakai seluar panjang tanpa mengenakan jilbab (pakaian luar muslimah), memakai tudung tetapi rantai dan anting-antingnya diperlihatkan, dan sebagainya, adalah termasuk dalam tabarruj. Dalil yang menunjukkan hal ini adalah sabda Rasulullah shallallahu ‘alihi wa sallam;
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
“Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat manusia; dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian nipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak, kepalanya digelung seperti punuk unta. Mereka tidak akan dapat masuk syurga dan mencium baunya. Padahal, bau syurga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.” [HR. Muslim]
Di dalam Syarah Sahih Muslim, Imam Nawawi berkata, “Hadis ini termasuk salah satu mukjizat kenabian. Sungguh, akan muncul kedua golongan itu. Hadis ini bertutur tentang celaan kepada dua golongan tersebut…. Sedangkan ulama lain berpendapat, bahawa mereka adalah wanita-wanita yang menutup sebahagian tubuhnya, dan menyingkap sebahagian tubuhnya yang lain, untuk menampakkan kecantikannya atau kerana tujuan yang lain.”” (Imam Nawawi, Syarah Shahih Muslim, hadis no. 3971)
Dewasa ini kita menyaksikan banyak wanita Muslimah yang mengenakan tudung dengan kemeja dan seluar panjang ketat hingga menampakkan kecantikan dan seksualiti mereka. Di sisi lain, kita juga menyaksikan banyak wanita Muslimah yang mengenakan kain penutup kepala, tetapi, sebahagian rambut, leher, telinganya terlihat dengan jelas. Sesungguhnya, perbuatan-perbuatan semacam ini terkategori tabarruj.
Menyanggul rambut hingga besar seperti punuk unta miring, juga termasuk tindakan tabarruj yang diharamkan di dalam Islam. Sayangnya, perbuatan menyanggul rambut ini sebaliknya telah membudaya di tengah-tengah masyarakat, dan mereka tidak menyedari bahawa hal itu termasuk perbuatan yang diharamkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala.
Sesungguhnya, perbuatan-perbuatan yang terkategori tabarruj masih banyak, tidak hanya lima perbuatan yang telah dijelaskan di atas. Masih banyak perbuatan-perbuatan lain yang termasuk tabarruj. Yang jelas, setiap usaha mengenakan perhiasaan atau menampakkan perhiasaan secara tidak wajar yang akan mengundang pandangan lelaki non-mahram, juga termasuk tindakan tabarruj.
Hanya saja, berhiasnya seorang isteri di hadapan suaminya; atau berdandannya seorang isteri ketika ada di rumah, adalah tindakan yang diperbolehkan tanpa ada khilaf (perbezaan pendapat).
Sumber: Ustaz Yuana Ryan Tresna (Pengasuh Pusat Pendidikan Hadits Ma’had Khadimus Sunnah Bandung)
Catatan Kelas Ummahat, Pelajaran Ahkamul Usrah, 11 Mac 2019
*Dengan sedikit olahan untuk penyesuaian bahasa dan pemahaman oleh editorial