Bukan ‘Penyelesaian Dua Negara’, Palestin Perlu Ketenteraan
7 Oktober 2024, genap setahun berlangsung genosid yang dilancarkan Z1onis ke atas rakyat Gaza dan Tebing Barat, Palestin. Kementerian Kesihatan Palestin merekodkan jumlah korban setakat 30 september 2024 adalah seramai 41615 syahid dan 96359 lainnya tercedera. 74 peratus di antaranya adalah wanita dan kanak-kanak. Semua ini belum termasuk mereka yang masih tertimbun di bawah runtuhan bangunan kerana sukar untuk dikeluarkan.
Bukannya semakin mereda, aktiviti politik di sana justeru semakin panas. Di tengah kemarakan usaha genosid di Gaza, Z1onis terus meluaskan medan serangannya ke wilayah Lubnan dan Yaman. Z1onis menuduh kedua-dua negara ini sebagai ibu pejabat ketenteraan Hizbullah dan Houthi yang sangat agresif dalam memerangi kekejaman mereka di Palestin.
Basa-basi Kecaman
Usaha serangan besar-besaran ke atas wilayah Lubnan sendiri bermula pada hari Isnin, 23-9-2024. Serangan ini dibuka dengan operasi untuk meletupkan alat pager dan walkie talkie milik pejuang Hizbullah, yang disyaki kuat dilakukan oleh Mosad. Ini diikuti dengan serangan udara besar-besaran Z1onis menggunakan peralatan kawalan jauh, menyebabkan ramai terkorban. Kementerian Kesihatan Lubnan berkata bahawa serangan awal itu telah membunuh sekurang-kurangnya 558 orang dan mencederakan lebih 1,585 yang lain.
Selepas itu, Z1onis terus meluaskan kawasan serangan udaranya sehingga dilaporkan pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah terbunuh pada hari Jumaat (27-9-2024). Bagi Z1onis, peristiwa ini dilihat sebagai satu kemenangan besar, malahan mampu menyatukan ramai ahli politik dan masyarakat yang sebelum ini mula terpecah. Malah pembangkang mula memuji Netanyahu, yang telah kehilangan reputasinya dan berkata bahawa kejayaan ini adalah peluang mereka untuk memajukan matlamat perang.
Itulah yang mendorong tentera Z1onis meningkatkan serangannya dengan lebih kejam, bukan sahaja di udara, tetapi juga di darat. Al-Jazeera (30-9-2024) melaporkan, pada 29 September 2024, tentera Z1onis mula melakukan serangan darat di 1,000 titik di Lubnan, termasuk bandar Beirut. Dalam serangan ini, dilaporkan bahawa ratusan penduduk terbunuh dan ratusan ribu terpaksa melarikan diri ke Syria. Antara mereka adalah beribu-ribu rakyat Syria yang apabila konflik berlaku di negara mereka, menjadikan Lubnan sebagai kawasan pelarian.
Dilaporkan juga ketika perluasan operasi ketenteraan ke Daerah Kola, tepatnya pada hari Isnin (30-9-2024), pemimpin Hamas Fatah Sharif Abu al-Amine dan keluarganya dikhabarkan mati syahid. Begitu juga, tiga pemimpin tentera Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin (PFLP) turut dilaporkan terkorban.
Bukan sahaja Lubnan, pada 29 September, Tentera Udara Zionis mula menyerang Yaman dengan alasan untuk memburu ketenteraan Houthi. Mereka menyasarkan sebuah loji janakuasa dan pelabuhan di bandar pelabuhan Hodeidah serta rizab minyak di Ras Isa. Dalam serangan ini, empat anggota tentera terbunuh dan 29 orang lain cedera.
Kekejaman Z1onis ini telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada rakyat di seluruh rantau ini, terutamanya di Baghdad dan Syria. Sejak Sabtu (28-9-2024), penduduk di situ telah melakukan protes. Malah, protes ini merebak ke pelbagai bandar di Eropah, termasuk Stockholm, Helsinki, Paris, Geneva dan Istanbul. Mereka meluahkan kemarahan dan menuntut tindakan global untuk menghentikan genosid ini dan peperangan.
Bagaimanapun, seperti biasa, semua tindak balas ini tidak mematahkan tekad Z1onis untuk melakukan jenayahnya. Bagi Z1onis sendiri, sesiapa yang menyerang mereka layak digelar “anak kematian”. Sementara itu, membunuh bagi mereka adalah “perkara keadilan”, serta peluang untuk “memajukan matlamat perang”.
Malangnya, pemimpin dunia hanya boleh menyampaikan kutukan atau kecaman mereka terhadap apa yang berlaku. Kementerian Luar Mesir, contohnya, hanya menyatakan bahawa serangan Z1onis ke atas Lubnan adalah pencabulan kedaulatan dan wilayah Lubnan yang akan memburukkan lagi krisis di Timur Tengah dan menjejaskan keamanan antarabangsa. Kaherah juga menyatakan solidariti penuh ke atas Lubnan dan rakyatnya, sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, dan menggesa PBB untuk menghentikan segera serangan itu.
Naratif ini juga dilontarkan oleh pemimpin negara lain, termasuk pemimpin Arab, seperti Iran, Syria dan Arab Saudi. Naratif ini tentunya hanya sandiwara politik yang diulang-ulang semata-mata untuk menutupi ketidakpedulian serta kepincangan mereka dalam menyelesaikan isu Palestin. Ini kerana jika mereka mahu, mereka boleh sahaja melakukan sesuatu untuk menghentikan kekejaman Z1onis di rantau ini. Namun, nampaknya kuasa dan kepentingan politik pragmatik mereka jauh lebih penting daripada mempertahankan kedaulatan Islam dan saudara seagama mereka.
Keinginan pada “Penyelesaian Dua Negara”
Sikap Indonesia sendiri diwakili oleh kenyataan Presiden Jokowi dan Menteri Luar Negara, Retno Marsudi yang berulang kali menyampaikan kecaman keras mereka terhadap kekejaman Z1onis, termasuk dalam ucapan terakhir Menteri Luar Negara yang disampaikan pada Perhimpunan Agung PBB, 28-9-2024. Beliau dengan tegas menyatakan bahawa Indonesia akan sentiasa bersama Palestin, pada masa yang sama menggesa Majlis Keselamatan Tetap PBB mengambil langkah konkrit untuk menamatkan impuniti Zionis.
Beliau juga mengatakan bahawa sudah saatnya pembicaraan terkait penyelesaian dua negara diteruskan kerana menurutnya, ia adalah jalan terbaik untuk mengakhiri konflik panjang antara Isr@el-Palestin. Selain itu, pada pandangan beliau, sikap majoriti negara PBB secara umumnya menyokong ‘penyelesaian dua negara’. Perkara ini turut ditekankan oleh negara-negara Arab dan Kesatuan Eropah (EU) di Forum Kesatuan Wilayah Mediterranean ke – 8 pada 10 November 2023, yang bersetuju untuk mewujudkan ‘penyelesaian dua negara’.
Masalahnya adalah, benarkah konsep penyelesaian dua negara akan dapat menyelesaikan masalah Palestin dengan tuntas sedangkan ia merupakan masalah yang dicipta oleh Barat?
Sebagaimana diketahui, konsep ‘penyelesaian dua negara’ itu sendiri mengarah pada gagasan bahawa penyelesaian paling praktikal untuk masalah Palestin dan entiti Yahudi adalah dengan membahagi tanah Palestin menjadi dua negara untuk kedua-dua rakyat. Penyelesaian ini diusulkan pertama kali pada 1937 oleh Suruhanjaya Peel yang dikirim oleh Britain ke Palestin untuk menyelidik motif peningkatan ketegangan dan kekerasan antara kedua-dua komuniti tersebut. Ketika itu Palestin berada di bawah kekuasaan Britain.
Dalam skema penyelesaian ini, wilayah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza diberikan kepada warga Arab Palestin, dan wilayah lainnya iaitu sebahagian besar garis pantai dan beberapa tanah pertanian paling subur di Galilea diberikan kepada entiti Yahudi. Adapun Kota Jerusalem, ditetapkan untuk tidak masuk dalam wilayah yang dibahagi, tetapi akan ditangani secara terpisah oleh pihak antarabangsa.
Melihat sejarah kehadiran Yahudi dan berdirinya negara Z1onis di Palestin, boleh dipastikan bahawa penyelesaian ini hakikatnya merupakan penyelesaian palsu yang terus ditawarkan Barat, terutamanya Amerika sebagai pemegang kepimpinan global.
Tujuannya adalah demi memperpanjangkan tempoh penjajahan, sekaligus agar ketidakstabilan kawasan terus berlanjut sehingga boleh membantu Barat (AS) untuk mengarah dan menekan negara-negara Arab melalui isu perbatasan.
Bagaimana tidak? Bukankah realitinya keberadaan entiti Yahudi di Palestin benar-benar merupakan penjajahan? Bukankah realitinya Z1onis terus berusaha menguasai tanah Palestin secara keseluruhan, bahkan sehingga sekarang?
Oleh kerana itu, menganggap bahawa ‘penyelesaian dua negara’ dapat diterima oleh rakyat Palestin dan entiti Yahudi Z1onis hanyalah satu ilusi yang direka-reka. Lebih-lebih lagi bagi rakyat Palestin dan umat Islam yang memahami bahwa bersetuju dengan keberadaan negara entiti Yahudi sama seperti mengakui penjajahan dan kezaliman. Perkara ini, selain tidak masuk akal, ia juga bertentangan dengan hukum syariat Islam.
Memerlukan Tentera dan Kekuatan Politik Global
Umat Islam perlu memahami hakikat masalah Palestin dari kaca mata Islam. Dalam pandangan syariat, rampasan tanah hak milik umat, walaupun hanya sejengkal, tidak boleh dibiarkan. Lebih-lebih lagi status tanah Palestin sebagai tanah wakaf yang pemiliknya adalah umat Islam dunia sejak perjanjian Umariyah ditetapkan sehinggalah ke akhir zaman. Merebutnya kembali daripada penjajah merupakan perjuangan yang disyariatkan.
Masalahnya adalah, kita tidak boleh berharap umat Islam Palestin akan mampu melawan penjajahan sendirian. Kita juga tidak boleh mengharapkan para pemimpin Arab dan dunia, bahkan lembaga-lembaga antarabangsa untuk menekan dan menghalau Z1onis dari tanah Palestin.
Para pemimpin Arab, atas arahan Amerika, satu per satu menormalisasikan hubungan dengan entiti Yahudi bertopengkan Perjanjian Damai Abrraham Accord. Mesir, Jordan, Arab Bersatu Bahrain, Sudan dan Maghribi juga memilih untuk berjabat tangan dengan Z1onis. Mereka rela tangan mereka dilumuri darah umat Islam hanya demi sokongan kekuasaan.
Sesungguhnya, tanpa sokongan dari Amerika dan sekutunya, baik dari bangsa-bangsa Barat mahupun para pemimpin Arab, entiti Z1onis tidak memilih kekuatan apa pun. Merekalah yang menyokong kekuatan ketenteraan Z1onis dan bersikap angkuh terhadap rakyat mereka sendiri. Jadi, satu-satunya cara menghadapi mereka adalah dengan menyatukan para pemilik ketenteraan di negara-negara umat Islam dan menyerukan jihad.
Seruan ini memang kelihatan mustahil untuk datang dari para pemimpin Islam yang hidup dalam sistem sekular hari ini. Mereka terlalu sibuk dengan agenda menguatkan kekuasaan dan mengumpulkan harta sehingga cukup untuk tujuh keturunan. Mereka sama sekali tidak boleh diharapkan untuk menjadi penolong umat Islam di Palestin serta semua mangsa kezaliman.
Satu-satunya harapan adalah pada kepimpinan seorang khalifah yang keberadaannya perlu diperjuangkan secara bersama dan serius oleh umat Islam. Khalifah dengan sistem negaranya (Khilafah) akan menyatukan seluruh umat Islam dunia dengan landasan akidah Islam. Khilafahlah yang akan menggerakkan seluruh potensi umat Islam, termasuk tenteranya untuk membangun kekuatan global. Dengan itulah Khilafah akan mampu mengalahkan entiti Z1onis beserta negara-negara kafir yang bersekutu dengannya. Dengan izin Allah, tentera-tentera muslim di bawah arahan khalifah akan dapat menghancurkan kekuatan kufur dengan mudah.
Kehadiran Khilafah inilah yang sebenarnya sangat ditakuti oleh Amerika dan sekutu-sekutunya. Mereka terus berusaha untuk mencegah kemunculannya dengan melancarkan berbagai projak bermula dengan perang global melawan keganasan, sehingga ke usaha penyesatan politik dan budaya di kalangan umat Islam. Ini termasuk projek de-radikalisasi dan penyebaran fahaman Islam moderat.
Sudah tentu semua usaha mereka akan berakhir dengan sia-sia. Allah SWT. telah berjanji bahawa zaman ini akan menjadi zaman kembalinya Khilafah Islamiyah. Lebih-lebih lagi, pada hakikatnya, perjuangan menegakkan Khilafah sedang berjalan, terutamanya yang dipimpin oleh parti politik Islam berideologi yang tanpa jemu mengikut landasan perjuangan Rasulullah, iaitu dengan membina umat dengan Islam kaffah.
Terbukti, seruan-seruan Khilafah semakin bergema di berbagai penjuru dunia takkan dapat dicegah. Mereka terus berjuang, mengajak umat Islam lainnya untuk berada di jalan yang sama. Mereka adalah cahaya akhir zaman yang bersedia menyambut kemenangan, berupa kedatangan Khilafah Rasyidah yang tegak di atas minhaj kenabian.
Khilafah inilah yang kelak akan memimpin pasukan untuk membebaskan Palestin dan mengembalikan tanahnya ke pangkuan umat Islam. Malah, bukan sahaja Palestin, tentera Khilafah akan membantu umat Islam lain yang tertindas, seperti Uighur dan Rohingya, dan menghilangkan penderitaan mereka, serta mengembalikan kemuliaan kepada mereka dan dunia umat Islam. Sungguh, masa itu sudah dekat sedekat-dekatnya.
Sumber : https://muslimahnews.net/2024/10/02/32367/