[Hadits Shiyam] Garis-Garis Besar Islam (Bahagian 3/4)
Ini berpengaruh menumbuhkan obsesi terhadap budaya dan perundangan Barat dan dalam fikiran kaum muslim. Juga menciptakan keraguan mereka terhadap Islam dan kekuasaan Islam pada abad moden kini. Tumbuhlah kecintaan terhadap apa saja yang dimiliki oleh Barat dengan berpura-pura menjaga Islam. Keraguan tersebut mulai memukul tubuh umat, sebagaimana hal itu telah memukul tubuh negara.
Negara Islam telah mengubah peranannya daripada memperkuatkan Islam kepada membunuh Islam. Pada masa yang sama, umat Islam juga turut berubah peranannya daripada menjadi pengemban dakwah Islam kepada pengemban kekufuran. Hal Ini terjadi ketika mereka dipengaruhi oleh kekufuran. Kemudian, penyakit ini mula terlihat di tengah-tengah umat dan negara.
Dalam hal ini, sektor pemikiran dan politik telah yang dikawal oleh negara-negara kafir pimpinan Britain dan Perancis telah mendominasi. Permasalahannya kian parah. Negara-negara kafir tersebut, terutamanya Britain dan Perancis yakin bahawa telah kelihatan kelemahan di tengah umat Islam dan penyakit tersebut telah merasuk dengan cepat di tengah-tengah Negara Islam. Mereka kemudiannya menggoncang batas-batas negara, lalu memecahkannya menjadi beberapa bahagian.
Ketamakan juga semakin menjalar ke setiap negara Eropah. Rusia dan Jerman berusaha untuk turut serta dalam pembahagian “ghanimah” ini. Terjadi perbezaan di antara negara-negara kafir tersebut untuk membahagi-bahagi negara Islam. Muncul pertentangan mereka terhadap masalah ini. Namun sebenarnya semua negara kafir telah sepakat untuk menghilangkan sistem Islam dan menghancurkan kekhalifahannya.
Semua bersepakat untuk memaksa negara Khilafah agar melepaskan sistem Islam dalam pemerintahan, masyarakat serta politik. Mereka juga memaksa negara Islam untuk menerapkan perundangan Barat dalam sistem kehakiman, menerapkan kapitalisme dalam ekonomi, serta demokrasi dalam pemerintahan.
Persidangan Berlin diadakan antara negara-negara kafir di Eropah pada tahun 1850. Persidangan ini dimulakan antara lain oleh Britain yang diwakili oleh Perdana Menteri Britain berketurunan Yahudi, Dazraile. Perdana Menteri Jerman, Bismark, turut hadir mewakili Jerman. Persidangan ini bersetuju untuk menghantar amaran kepada khalifah. Mereka juga meminta khalifah meninggalkan sistem keagamaan, kemudian mengamalkan sistem materialisme.
Amaran ini dihantar dalam nada mengancam. Namun sebelum sampai ini sampai kepada khalifah, ternyata para pendidik dan ahli politik yang telah terpengaruh dengan perang pemikiran Barat itu telah pun memprovokasikan pembentukan sistem materialisme dan menerapkannya pada era modern ini.
Hal ini berpengaruh kepada khalifah. Pada sektor politik dan pendidikan, muncul pendapat umum untuk mengubah hukum syarak, lalu menggantikannya dengan sistem perundangan Barat. Hanya memerlukan waktu yang sedikit untuk melihat perubahan ini.
Pada tahun 1858, muncul Qanun Jaza’ Al Utsmani (Undang-undang Jenayah Kerajaan Uthmaniyyah) dan Qanun Al Huquq Wat Tijarah (Undang-undang Kewangan dan Perdagangan). Pada tahun 1867, Majallah Al Ahkam Al Adliyah diterbitkan sebagai undang-undang untuk mengatur muamalah. Pada tahun 1870, mahkamah terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah Syar’iyah (mahkamah agama) dan Mahkamah Nizamiyah (mahkamah sivil) yang kemudiannya diwujudkan undang-undang yang khas. Pada tahun 1878, undang-undang telah diwujudkan mengenai prosedur mahkamah yang melibatkan hak (kewangan) dan jenayah. Demikianlah, undang-undang Barat telah menggantikan undang-undang Islam.
Hanya saja ketika melakukan hal itu, mereka masih takut dengan pendapat umum Islam, bahawa watak yang dimiliki negara ini dalam kedudukan antarabangsa dan dunia Islam adalah Islam. Oleh kerana itu, hukum ini hanya diterima pakai setelah mendapat fatwa daripada ulama, bahawa undang-undang tersebut adalah Islami.
Tetapi usaha ini tidak diperlukan di Mesir. Sebabnya, Mesir yang dipimpin oleh Muhammad Ali dan keturunannya telah bersubahat dengan Perancis. Kerana itu, undang-undang Barat boleh digabungkan dengan mudah, tanpa sebarang halangan. Pada tahun 1883, undang-undang perdata Mesir yang lama telah diubah menjadi undang-undang Perancis dengan bahasa Perancis, kemudia diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
Demikianlah, secara nyata perundangan Barat telah menggantikan perundangan Islam di negara Islam. Idea Barat juga telah mencengkam majoriti pemikir dan pelajar lain, serta ahli politik dan semua sektor politik.
Kerana itu, lenyapnya negara Islam adalah sesuatu yang telah dirancang. Sebabnya umat Islam secara praktikal telah meninggalkan sistem Islam dalam sistem kehakiman dan pemerintahan. Kemudian mereka menggoyahkan kepercayaan rakyat terhadap kuasa Islam di era moden ini. Juga kerana mereka yang mengawal perlaksanaan sistem Islam telah melihat betapa mendesaknya untuk meninggalkan Islam dan mengamalkan kapitalisme.
Jadi, keruntuhan Negara Islam dan kekhilafahannya bukanlah masalah yang berlaku secara tiba-tiba. Kerana, bagi mereka Khilafah tidak lagi dianggap sebagai masalah utama dan soal hidup dan mati. Wajarlah ketika Mustafa Kemal Pasha mengumumkan dihapusnya Khilafah ini, tidak ada reaksi apa pun, selain reaksi yang tidak bermakna. Ini disebabkan, Khilafah telah tumbang dari menjadi masalah utama bagi kaum muslim.
Tidak ada seorang pun dari kalangan umat Islam yang bangkit memerangi dan menghancurkannya demi memulihkan khilafah dan pemerintahan dengan syariat Islam. Malah mereka juga tahu bahawa semua ini hanyalah perancangan orang kafir dan rakan sejenayah British.
Apa yang lebih menyedihkan daripada semua ini ialah Syarif Husein yang mengaku sebagai cucu Rasulullah, pemerintah Hijaz, mengumumkan pertempuran bersama British iaitu musuh Islam dan umat Islam untuk memerangi khalifah Islam. Maka hilanglah khilafah dan hancurlah Daulah Islamiah.
Islam telah lenyap daripada politik, masyarakat dan pemerintahan di seluruh dunia. Kemudian, orang kafir pula yang secara langsung memerintah umat Islam dengan sistem kapitalis kafir mereka di muka bumi.
Mereka kemudiannya memecahbelahkan negara Khilafah menjadi kepingan-kepingan yang lemah agar lebih mudah untuk mengekalkan cengkaman mereka terhadap kekhalifahan ini. Kemudian mereka mengangkat penguasa boneka mereka dari kalangan kaum muslim agar mereka dapat terus mengawal dan memerintah kepingan-kepingan yang lemah ini. Akan tetapi, mereka lebih keras permusuhannya dan lebih tamak terhadap ajaran-ajaran Islam.
Penguasa-penguasa ini sendiri telah dijadikan sebagai penjaga keberlangsungan kepingan-kepingan yang lemah tadi. Sebagaimana mereka menjadikan diri mereka sebagai musuh-musuh Islam serta musuh pengemban Islam. Mereka mula bekerja dengan segenap kuasa yang telah mereka berikan untuk menghalang dan memperdayakan pengemban dakwah Islam agar tidak mengembalikan Islam ke kancah kehidupan, dan supaya tidak mengembalikan khilafah secara nyata.
Dengan cara ini, sempurnalah cengkaman orang kafir terhadap negara Islam. Begitu juga dengan cengkaman pemikiran dan sistem kufur terhadap pemikiran umat Islam dan negara mereka. Termasuk menjadikan Negara Islam sebagai pusat strategik negara kafir. Ia juga merupakan tempat kawalan di mana mereka boleh mengeluarkan keuntungan dan produk pertanian, serta menjadi pasaran bebas untuk industri mereka.
Mereka telah menjadikan Israel menjadi duri dalam daging kaum muslim, untuk mengekalkan cengkaman orang-orang kafir terhadap mereka. Mereka juga tiada usaha untuk memerdekakan dan membebaskan diri daripada cengkaman, pemikiran dan sistem orang kafir. Semua itu dilakukan agar sistem kekhalifahan tidak kembali dan hukum-hukum Islam tidak diterapkan.
Inilah keadaan yang dialami oleh umat Islam sejak akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 sehingga kini. Semuanya bertentangan dengan Islam dan undang-undang Islam. Umat Islam wajib memerangi dan memusnahkannya sepenuhnya. Sebagaimana umat Islam dituntut untuk mengembalikan khilafah, melantik khalifah, dan berusaha memulihkan penerapan syariat Islam dalam semua urusan kehidupan melalui negara Khilafah.
Sumber: Hadits Shiyam