[HADIS] MEMBIASAKAN DIRI MEMBACA AL-QURAN SETIAP HARI
Oleh: Al-Faqir Arief B. Iskandar
Sungguh tak ada alasan sedikitpun bagi seorang muslim untuk tidak membaca Al-Quran. Alasan bahawa kita tidak pandai membaca Al-Quran, contohnya, tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak membaca Al-Quran. Ini kerana, Rasulullah SAW bersabda:
الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌ لَهُ أَجْرَانِ
“Seseorang yang mahir membaca Al-Quran bersama dengan malaikat yang mulia lagi taat dan seseorang yang membaca Al-Quran dengan tergagap-gagap dan mengalami kesulitan di dalamnya mendapatkan dua pahala.” (HR Al-Bukhari dan Muslim).
Jangankan seluruh Al-Quran. Bahkan sebahagian kecil Al-Quran yang kita baca saja tetap dipandang ibadah utama. Perkara ini disandarkan pada sabda Rasulullah SAW, “Siapa saja yang tidur dengan (membaca) satu atau setengah hizb Al-Quran, dia baca antara solat Subuh dan solat Zuhur, maka dia akan dicatat seperti orang yang membaca Al-Quran itu sepanjang malam.” (HR Muslim dan at- Tirmidzi).
Rasulullah SAW memberikan standard minimum dalam membaca Al-Quran iaitu, “Bacalah Al-Quran dalam sebulan.” Seorang sahabat berkata, “Aku sanggup lebih dari itu.” Beliau bersabda, “Bacalah Al-Quran dalam tujuh hari dan jangan kurang dari itu.” (HR al Bukhari dan Muslim).
Alasannya, sebagaimana Rasulullah SAW sendiri, “Siapa saja yang membaca Al-Quran kurang dari tiga hari tidak akan dapat memahami isinya.” (HR at-Tirmidzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah).
Alhasil, marilah kita biasakan membaca Al-Quran setiap hari. Dengan itu kita dapat mengkhatamkan Al-Quran dalam setiap tujuh hari atau minimal dalam sebulan sekali. Jangan sampai lebih dari sebulan sekali kerana dikhuatiri akan termasuk dalam kalangan orang-orang yang lalai dari Al-Quran.
Wa maa tawfiiqii illaa bilLaah.