Konspirasi Terhadap Palestin Sejak Khilafah Belum Runtuh
Aktivis Hizbut Tahrir Prof. Khalid al-Asyqar menyatakan rangkaian konspirasi terhadap Palestin bukanlah sesuatu yang baru sekarang berlaku, tetapi bertahun-tahun sebelum Khilafah Uthmani runtuh.
“Rangkaian konspirasi melawan Palestin bukan baru ada sekarang. Konspirasi ini bahkan sudah dimulai bertahun-tahun sebelum runtuhnya Khilafah,” ujarnya sebagaimana diberitakan alraiah.net, Rabu (21/8/2024).
Menurut beliau, berbagai persidangan baik yang rahsia mahupun yang terang-terangan telah dilakukan, yang kemudian diakhiri dengan penyerahan Palestin kepada entiti Yahudi yang penjajahnya saat itu adalah Perancis dan British.
Kemudian, jelasnya, Palestin didakwa sebagai tanah air nasional bagi orang-orang Yahudi, kerana sebahagian besar penduduknya diusir, sebagaimana yang terungkap dalam Perjanjian Sykes-Picot.
Setahun setelah perjanjian tersebut, jelasnya, muncullah Deklarasi Balfour yang secara tegas memberikan Palestin yang berada di bawah mandat British kepada entiti Yahudi. Bahkan negara-negara di barat dan timur mengakuinya. Mereka juga mengadakan perjanjian dan kesepakatan untuk melestarikan entiti yang lahir tiga dekad setelah Deklarasi Balfour.
Sejak saat itu, kata Khalid, berbagai konspirasi, persekongkolan dan muslihat dilakukan untuk menjaga kewujudan Yahudi di Palestin, serta untuk menjaga mereka agar tetap aman dan tenteram, dah hal itu telah menjadi matlamat strategik bagi semua negara di dunia.
Bahkan, jelasnya, negara-negara di sekitar Palestin juga tidak kalah semangatnya dengan negara-negara Barat dalam memperkuatkan entiti Yahudi di Palestin. Jadi, kelangsungan hidup dan keberlangsungan entiti bangsat itu bukan hanya menjadi tujuan negara-negara kafir, Amerika dan Barat, namun juga menjadi tujuan para kakitangan mereka di kalangan para penguasa negara-negara Arab dan bukan Arab.
“Kerana itu tidak berlebihan jika kita mengatakan bahawa mempertahankan entiti Yahudi di Palestin sebagai kekuatan pendudukan adalah sebuah strategi antarabangsa,” tegasnya.