BERNIAGALAH DENGAN PERNIAGAAN YANG BERBUAH SYURGA
Oleh: Al-Faqir Arief B. Iskandar
“Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kalian Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kalian dari azab yang amat pedih? (Iaitu) kalian beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad dengan jiwa dan harta kalian.” [TMQ ash-Shaff (61): 10].
Baginda Nabi SAW bersabda, “Haji mabrur itu, tidak ada balasan yang setimpal dengannya, kecuali syurga.” (HR al-Hakim dan al-Baihaqi).
Namun, bukan sahaja haji mabrur, syurga juga boleh dicapai melalui amalan lain: jihad fi sabilillah.
Baginda Nabi SAW pernah ditanya, “Apakah amalan yang paling utama?” Beliau menjawab, “Iman kepada Allah dan Rasul-Nya.” “Lalu apa lagi?” “Jihad fi sabilillah?” “Kemudian apa lagi?” “Haji mabrur,” jawab baginda Nabi SAW. (HR Muslim).
Melalui hadis ini, baginda Nabi SAW malah meletakkan amalan jihad lebih tinggi daripada amalan haji mabrur. Maka, jika haji mabrur sahaja dapat memasukkan pelakunya ke dalam syurga, maka jihad juga pastinya akan memasukkan pelakunya ke dalam syurga yang tingkatnya lebih tinggi lagi.
Terkait jihad ini, Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepada kalian suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kalian dari azab yang amat pedih? (Iaitu) kalian beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad dengan jiwa dan harta kalian.” [TMQ ash-Shaff (61): 10].
Allah SWT juga berfirman: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin jiwa dan harta mereka dengan bayaran syurga. Mereka berjihad di jalan Allah, kemudian mereka membunuh (orang-orang kafir) atau dibunuh (oleh mereka).” [TMQ at-Taubah (9): 111].
Mengulas ayat ini, dalam tafsirnya, Shafwah at-Tafasir, Imam Ali ash-Shabuni memetik pernyataan Imam al-Hasan, “Perhatikanlah, betapa mulianya Allah SWT! Jiwa manusia, Allahlah yang telah menciptakannya. Harta manusia, Allahlah yang menurunkannya sebagai rezeki, kemudian memberikannya kepada manusia. Tetapi kemudian, Allah mahu membeli semua itu daripada orang-orang Mukmin dengan harga yang sangat mahal: syurga!”
Persoalannya, adakah perniagaan di dunia ini walaupun ia berpotensi menjana keuntungan berjuta ringgit yang boleh membebaskan pelakunya daripada azab Allah SWT dan juga memasukkan mereka ke dalam syurga-Nya? Tidak ada. Lagipun, bukankah demi mendapatkan syurga-Nya dan terhindar dari neraka-Nya maka setiap Mukmin perlu beramal? Lantas mengapa jika berniaga yang hanya menjanjikan keuntungan duniawi (tidak kira jumlahnya jutaan ringgit) kebanyakannya begitu bersemangat, tetapi apabila berniaga/berdagang yang bakal mendatangkan keuntungan yang jauh lebih besar (malah yang tidak boleh dinilai dengan jutaan ringgit), kebanyakannya mereka cenderung tidak berminat? Padahal, bukankah syurga adalah menjadi matlamat/kemuncak harapan setiap Mukmin, termasuk ahli perniagaan?
Ya, amalan jihad, seperti amalan haji, kedua-duanya boleh membawa ke syurga. Namun anehnya, amalan jihad sebenarnya kurang popular jika dibandingkan dengan amalan haji.
Mungkin ada yang bertanya, bagaimanakah seorang Muslim boleh berjihad pada zaman ini jika jihad menurut syarak difahami sebagai memerangi orang kafir di jalan Allah? Dalam hal ini, para ulama membahagikan jihad kepada dua.
Pertama: berjihad untuk mempertahankan diri apabila wilayah/negeri umat Islam diserang oleh musuh yang sebenarnya yakni orang-orang kafir. Ini adalah satu bentuk jihad difa’i. Ini seperti yang berlaku di Iraq, Afghanistan atau Palestin yang terus diserang malah dijajah oleh Amerika Syarikat dan sekutunya. Jelasnya, umat Islam di negeri-negeri tersebut berpeluang memperoleh syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT apabila mereka berjihad menentang musuh. Mudah-mudahan saudara-saudara kita yang terbunuh di sana mati sebagai syahid dan akan benar-benar masuk syurga tanpa hisab, sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah kepada para syuhada.
Kedua:jihad yang inisiatif awalnya datang daripada umat Islam. Ini dilakukan sebagai langkah terakhir dalam menyebar luaskan hidayah Islam ketika berdakwah menghadapi halangan iaitu orang-orang atau negara-negara kafir. Inilah jihad hujumi. Jihad ini hanya boleh dilakukan oleh umat Islam di bawah kepemimpinan seorang imam/khalifah iaitu apabila wujudnya institusi Khilafah Islamiyah.
Wallahu a’lam.
Sumber:
Sumber:
https://ariefbiskandar.com/berbisnislah-dengan-bisnis-yang-berbuah-surga/