Bahaya Artificial Intelligence Tanpa Ketakwaan
Oleh: Nabila Zidane (Penganalisis, Mutiara Umat Institute)
Artificial intelligence (AI) atau kecerdasan buatan sudah menjadi sesuatu yang menjadi perhatian kerana berpengaruh pada pekerjaan manusia.
Tetapi apakah sebenarnya AI? Ringkasnya, ia merujuk kepada simulasi kecerdasan manusia dalam mesin yang diprogramkan untuk berfikir seperti manusia dan meniru tindakan mereka.
Istilah ini juga boleh diterapkan untuk mana-mana mesin yang mempamerkan sifat yang terkait dengan minda manusia. Di mana proses itu termasuk pembelajaran (memperoleh maklumat dan peraturan untuk menggunakan maklumat), penaakulan (menggunakan peraturan untuk mencapai kesimpulan tertentu) dan pembetulan diri, dilaporkan oleh Search Enterprise AI dan Investopedia, seperti yang dipetik pada Isnin (13/5/2019).
Masalahnya, di sebalik kecerdasan AI, ramai yang takut dengan perkembangan pesat AI. Perkara pertama yang biasa difikirkan oleh manusia apabila mendengar istilah AI ialah robot. Kerana filem dan novel popular yang menceritakan tentang mesin seperti manusia yang mendatangkan malapetaka di Bumi.
Sebenarnya, mana-mana teknologi mempunyai dua sisi iaitu menjadi ancaman atau peluang bergantung kepada paradigma apa yang digunakan oleh manusia. Negara kita adalah negara yang berpegang kepada sistem kapitalis.
Dalam paradigma kapitalisme, semua kemajuan teknologi dikawal oleh prinsip kapitalis yang kita kenali sebagai ekonomi berasaskan pengetahuan (knowledge based economy), yang bermaksud bahawa perkembangan teknologi, termasuk AI, dijalankan untuk melayani kepentingan industri, yang dimiliki oleh kapitalis, bukan untuk kepentingan atau kesejahteraan manusia.
Masalahnya ialah penyelidikan dan teknologi dalam sistem kapitalis tidak mampu meningkatkan kesejahteraan manusia, sebaliknya menjadi masalah serius bagi manusia, seperti mempunyai pasangan (couple) maya berasaskan AI yang dapat memuaskan nafsu seseorang.
Padahal haram dan berpotensi merosakkan generasi, ia tetap dibuat kerana laris dipasaran. Apatah lagi ancaman peningkatan kadar pengangguran kerana sesetengah pekerjaan boleh digantikan dengan robot dan sistem automasi yang digunakan.
Teknologi Menurut Islam
Dalam Islam, teknologi dikembangkan dengan motivasi yang bersandar pada akidah Islam. Al-Quran digunakan sebagai landasan halal dan haram untuk mempelajari ilmu. Maksudnya, di dalam Islam iman dan ilmu perlu berjalan beriringan, tidak kontradiktif.
Menuntut ilmu dan mengembangkan ilmu dilakukan demi mendekatkan diri kepada Allah SWT termasuk ketika mengembangkan teknologi, maka motivasinya adalah benar-benar untuk mempermudah kehidupan masyarakat dan sekaligus juga membawa umat dan negara menuju puncak ketakwaan.
Pada masa keemasan peradaban Islam, teknologi yang berkembang bermula dari keperluan majoriti masyarakat. Sebut saja Maryam Al-Asturlabi ahli astronomi. Dengan penemuannya menjadi asas bagi pengembangan teknologi GPS hari ini.
Bagi para ilmuwan Muslim pada masa itu, mengabdikan ilmu untuk kemaslahatan umat merupakan sebuah amal soleh dan mengajarkannya akan menjadi amal jariyah yang tidak terputus pahalanya.
Tanpa ketakwaan, maka ancaman teknologi bagi umat manusia sangat mungkin terjadi dalam sistem kapitalisme. Kerana dengan asasnya yang sekularisme, maka negara memberikan kebebasan luas tanpa ada aturan halal dan haram.
Maknanya, negara dengan pendidikan yang berasaskan sekularisme ini sangat berpotensi melahirkan manusia-manusia cerdas secara akademik, tetapi lemah keimanannya. Sehingga tidak memahami aturan Allah SWT dan tidak takut dengan Allah SWT. Jadi, wajar jika AI ini kemudian dimanfaatkan untuk hal-hal yang bertentangan dengan syariat atau bahkan sebaliknya menjadi alat kejahatan.
Misalnya, seperti teknologi deepfake. Deepfake adalah salah satu jenis dari kecerdasan buatan (AI) yang digunakan untuk membuat foto, audio, video hoax yang cukup meyakinkan. Fenomena deepfake bisa menipu siapa pun tanpa pandang bulu.
Dengan memanfaatkan deepfake, pelaku dapat menipu target dengan mudah lantaran biasanya target tak menyedari dirinya sedang tertipu.
Sedangkan di dalam Islam, pemanfaatan dan pengembangan teknologi dikendalikan dan dibataskan oleh aturan Allah SWT. Islam memandang teknologi adalah produk fizikal (madaniyah) di mana berdasarkan kaedah fikih,
“Hukum asal suatu benda adalah mubah sampai ada dalil yang mengharamkannya, tapi hukum asal perbuatan itu terikat dengan hukum syarak.”
Maksudnya bahawa penggunaan teknologi sah (boleh) saja dipakai dan dibangunkan selagi sesuai dengan hukum syarak. Memang memerlukan kesedaran tentang hukum syarak dan dalam negara yang menerapkan Islam seperti khilafah, setiap rakyatnya akan diberi pendidikan berasaskan akidah sehingga tercetaklah generasi yang memiliki pola fikir dan pola sikap islami.
Kesannya, mereka akan memahami batasan-batasan perbuatan dan selalu mengaitkan dengan pahala dan dosa. Alhasil manusia dalam Islam adalah manusia yang bertanggungjawab atas semua perbuatannya.
Ditambah lagi, lemahnya sistem sanksi dalam kapitalisme juga turut menyumbang ancaman di dalam perkembangan teknologi. Bagi mereka yang membangunkan teknologi, tetapi menyalahi aturan syariat atau mungkin mengancam generasi seperti teknologi couple virtual, tidak boleh disentuh undang-undang. Kerana tidak terkategori sebagai jenayah. Sebab undang-undang dibuat tidak berlandaskan hukum syarak.
Seandainya ada jenayah serius seperti, penipuan menggunakan peniru suara berasaskan AI, maka hukumannya ringan. Dalam pasal 378 KUHP (Indonesia, misalnya) hukuman paling lama adalah 4 tahun penjara dan tentu saja tidak mampu memberi efek jera.
Dalam Islam, jika ada pengembangan teknologi yang berpotensi mengancam kehidupan manusia dan pemanfaatan teknologi yang menyalahi aturan Islam, maka akan ada sanksi yang diterapkan sesuai kadar kesalahannya menurut pandangan syariat.
Hukuman yang diberi sesuai dengan ketentuan hukum Allah SWT dan kebijakan khalifah selaku pemegang kekuasaan pelaksana hukum. Sanksi dalam Islam mempunyai dua fungsi, iaitu sebagai pencegah (zawajir) dan penebus dosa (jawabir). Demikianlah cara Islam memandang teknologi.
Sumber: Topswara