﴿إِنَّ اللهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْراً﴾
“Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (TMQ At-Talaaq [65]:3)
(Terjemahan)
Bukan rahsia lagi bagi sesiapa pun akan realiti tragis dan penderitaan yang dialami oleh umat Islam di seluruh dunia. Di sesetengah tempat, penderitaan ini lebih besar, lebih jelas, lebih ganas, lebih kejam, seperti yang berlaku di Sudan, di mana perangs audara berkecamuk demi kepentingan penjajah. Begitu juga di Bumi Yang Diberkati – Palestin, di mana genosid yang kejam dilancarkan oleh entiti Yahudi terhadap Gaza dengan sokongan Amerika dan pengkhianatan para penguasa negeri-negeri Muslim. Perang ini tidak hanya menjejaskan manusia, bahkan pepohon dan batu-batuan turut menjadi saksinya. Kezaliman entiti Yahudi di Tebing Barat, khususnya di bahagian utara, mencerminkan kekejaman yang sama seperti di Gaza.
Selain itu, persekongkolan bangsa-bangsa terhadap umat ini juga bukanlah rahsia. Rancangan dan konspirasi yang ditenun dengan licik, perampasan kekayaan dan sumber mereka, serta usaha tidak putus-putus untuk menghalang penyatuan mereka dan mengahncurkan maruah mereka. Dalam keadaan tragis ini, ada dalam kalangan umat Islam yang terjerumus ke dalam keputusasaan dan kekecewaan, hilang harapan terhadap perubahan dan pertolongan Allah untuk mereka. Manakala yang lain pula menggunapakai sikap pasif, hanya bersandar kepada takdir Ilahi, menunggu-nunggu pertolongan dari langit turun tanpa sebarang usaha/tindakan, sedangkan itu bertentangan dengan sunnatullah dalam perubahan.
Mereka yang berputus asa, terutamanya selepas serangan ganas ke atas Gaza, menilai keadaan hanya berdasarkan perhitungan material. Mereka melihat situasi itu dari perspektif kekuatan ketenteraan dan kemajuan teknologi yang dimiliki oleh negara Barat, khususnya Amerika, yang membekalkan senjata maut kepada entiti Yahudi. Mereka melihat dominasi dan pengaruh Amerika di negeri-negeri umat Islam, lalu membuat kesimpulan bahawa Amerika dan Yahudi tidak mungkin ditewaskan. Sikap ini mengingatkan kita kepada ungkapan yang masyhur tentang Mongol:
“Jika kamu diberitahu bahawa Mongol telah dikalahkan, jangan percaya.”
Namun, apa yang gagal mereka sedari adalah kuasa dan kekuatan Allah mengatasi segala kuasa para diktator dan penzalim. Apa yang tampak sukar atau mustahil bagi manusia, adalah amat mudah bagi Allah SWT. Apabila Allah memberi kemenangan kepada hamba-Nya yang beriman, Ia tidak bergantung kepada jumlah atau peralatan mereka, dan tanpa mengira kekuatan material mereka. Lihatlah sejarah umat Islam, betapa pun kecilnya jumlah dan peralatan mereka dalam pertempuran besar, berdepan kaum kafir yang lengkap bersenjata, namun Allah SWT memberikan kemenangan kepada mereka.
Allah SWT berfirman:
﴿كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإذْنِ اللهِ﴾
“Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah;.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 249)
Sebesar mana pun kekuatan musuh, ia tidak akan mampu mengatasi kuasa Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa ke atas hamba-hamba-Nya.
Jika Dia berkehendak untuk memberikan kemenangan, tiada siapa boleh menghalangnya. Dan jika Dia menahannya, siapakah yang dapat memberikannya sesudah itu?
﴿إِنْ يَنْصُرْكُمُ اللهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ…﴾
“ Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu;.” (TMQ Ali ‘Imran [3]: 160)
Oleh itu, adalah tidak wajar bagi seorang Muslim, kepercayaannya dipengaruhi oleh ketakutan terhadap bilangan dan kelengkapan musuh, sebagaimana tidak wajar juga tertipu dengan jumlah dan persenjataan (kekuatan) mereka sendiri. Bilangan dan perallatan kita, semua itu tidak akan membawa kemenangan melainkan Allah SWT memberikannya. Ingatlah pengajaran dari Perang Hunain:
﴿…إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئاً…﴾
“…semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun;.” (TMQ At-Taubah [9]: 25)
Begitu juga, kekuatan dan senjata musuh tidak akan menghalang kemenangan yang Allah janjikan, walau betapa besar kuasa dan keangkuhan mereka.
Dalam Islam, keputusasaan adalah dilarang bagi seorang Muslim.
Allah ﷻ berfirman:
﴿إِنَّهُ لاَ يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ﴾
“ Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.” (TMQ Yusuf [12]: 87)
Malah, tidak juga dibenarkan untuk berputus asa terhadap umat ini, seolah-olah tiada lagi kebaikan dalam diri mereka. Tetapi ini juga bukan alasan untuk membenarkan keheningan dan kegagalan umat dalam membela Gaza dan umat yang tertindas. Sebaliknya, kita wajib memberi peringatan, terutama kepada mereka yang memiliki kuasa untuk membantu saudara-saudara kita, bahawa diam mereka itu adalah pengkhianatan yang akan dituntut di dunia dan akhirat.
Namun, kita juga tidak boleh menafikan kebaikan yang masih ada dalam umat ini. Umat Muhammad SAW sentiasa melahirkan para pejuang, para penakluk, para pembebas.
Baginda SAW bersabda:
“Jika engkau mendengar seorang laki-laki mengatakan; ‘Semoga orang-orang itu binasa’ maka dialah orang yang paling binasa dari mereka.” (Muwaththa’ Malik, 1806).
Adapun mereka yang yakin Allah pasti memberikan kemenangan kepada hamba-Nya, percaya pada janji Allah dan berita gembira dari Rasulullah SAW, tetapi hanya menunggu tanpa berbuat apa-apa, kami katakan:
Ya, Allah telah menjadikan kemenangan bagi roang-orang yang beriman sebagai hak yang pasti dan tidak berubah:
﴿وَكَانَ حَقّاً عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ﴾
“… dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman..” (TMQ Ar-Rum [30]: 47)
Walau bagaimanapun, Dia juga memerintahkan kita untuk mengambil tindakan dan berusaha untuk mengubah realiti:
﴿وَقُلِ اعْمَلُواْ فَسَيَرَى اللهُ عَمَلَكُمْ…﴾
“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan;“ (TMQ At-Tawbah [9]: 105)
Allah tidak memerintahkan kita hanya untuk berdoa dan menunggu. Sunnatullah tidak berubah. Allah tidak akan turunkan para malaikat untuk menegakkan Khilafah dan memerangi musuh kita sementara kita hanya duduk diam.
Sebaliknya, Allah SWT mengutuskan para malaikat sebagai penguat dan berita gembira atas pertolongan-Nya bagi orang-orang beriman, sebagaimana dalam Perang Badar:
﴿إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ…﴾
“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut”. (TMQ Al-Anfal [8]:9)
Jika kita melihat kisah para nabi dalam al-Quran juga bukan sekadar cerita, ia ibrah bagi mereka yang berfikir:
﴿لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ…﴾
“Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran…” (TMQ Yusuf [12]: 111)
Kita melihat bahawa hukum Ilahi ini berlaku kepada mereka seperti yang berlaku kepada semua orang yang menjalankan seruan sepanjang sejarah. Al-Quran menceritakan penderitaan mereka, usaha mereka yang besar, dan betapa lamanya bertahun-tahun mereka menyeru orang kepada kebenaran serta berusaha mengubah realiti yang rosak. Namun akhirnya, Allah SWT memberikan kemenangan kepada mereka dan orang-orang beriman, atas usaha dan ikhtiar
Oleh kerana itu, kita hendaklah memahami bahawa kemenangan dari Allah bagi orang-orang yang beriman terikat dengan keimanan, ketaatan dan usaha mereka yang tulus, sebagaimana firman-Nya SWT:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن تَنصُرُوا۟ ٱللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
“ Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (TMQ Muhammad [47]: 7)
Menolong Allah ialah dengan melaksanakan hukum-Nya dan berusaha menegakkan agama-Nya di muka bumi. Dengan rahmat Allah, terdapat orang-orang dalam kalangan umat ini yang telah komited dengan tindakan-tindakan ini, mereka yang bekerja tanpa jemu siang malam, berjuang sebagai sebahagian daripada gerakan yang berusaha mengubah mengubah realiti yang rosak dan menegakkan semula Khilafah ‘ala minhaj nubuwwah.
Kesimpulannya, ujian dan penderitaan adalah sebahagian daripada hukum Allah, untuk membezakan yang benar (soleh) dari yang palsu (engkar). Seringkali, rahmat dan kemenangan muncul setelah kesempitan yang memuncak, seperti dalam firman Allah:
حَتَّىٰٓ إِذَا ٱسْتَيْـَٔسَ ٱلرُّسُلُ وَظَنُّوٓا۟ أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُوا۟ جَآءَهُمْ نَصْرُنَا فَنُجِّىَ مَن نَّشَآءُ ۖ وَلَا يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ ٱلْقَوْمِ ٱلْمُجْرِمِينَ
“ (Orang-orang yang mendustakan agama Allah itu telah diberi tempoh yang lanjut sebelum ditimpakan dengan azab) hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki. Dan (ingatlah bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa kaum yang berdosa.” (TMQ Yusuf [12]: 110)
Segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah SWT, dan setiap perkara ada waktu yang telah ditetapkan, tidak diawalkan, tidak dilambatkan.
وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
“ Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).” (TMQ At-Talaq [65]: 3)
Kisah-kisah dalam al-Quran tentang azab kepada para penzalim, bantuan Allah kepada hamba-Nya yang beriman, dan janji kemenangan dan kekuasaan Islam yang disampaikan kepada kita melalui Rasulullah SAW — semua ini menenangkan hati dan memberi keyakinan kepada kita.
Baginda Nabi SAW bersabda:
نَّ اللَّهَ زَوَى لِي الْأَرْضَ فَرَأَيْتُ مَشَارِقَهَا وَمَغَارِبَهَا وَإِنَّ أُمَّتِي سَيَبْلُغُ مُلْكُهَا مَا زُوِيَ لِي مِنْهَا
“Sesungguhnya Allah menghimpun bumi untukku lalu aku melihat timur dan baratnya dan sesungguhnya kekuasaan umatku akan mencapai yang dihimpunkan untukku…” (HR Muslim, 5144)
Kami memohon kepada Allah, agar menjadikan kami termasuk dalam kalangan yang menyaksikan kemuliaan Islam dan penegakan semula Daulahnya yang mulia, dalam waktu yang dekat tidak lama lagi, dengan izin-Nya.
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir oleh
Bara’ah Manasrah