Budaya Konsumptif di Aidilfitri, Bagaimana Pandangan Islam?
Penulis: Ummu Nashir N.S.
Menjelang Aidilfitri, ada kebiasaan menarik di kalangan umat Islam di negeri ini. Masyarakat berlumba-lumba memborong keperluan pelengkap, seperti kuih-muih, pakaian dan aksesorinya, hingga barang elektronik. Sebahagian masyarakat seolah-olah mewajibkan diri untuk membeli berbagai barang tersebut dengan dalih Aidilfitri adalah momen istimewa. Mereka seolah-olah tidak ada masalah jika perlu mengeluarkan wang banyak untuk memuaskan perilaku konsumptif ketika Lebaran. Bahkan, tidak sedikit yang akhirnya kehilangan rasionaliti: berhutang sana-sini dan/atau menggadaikan barang berharga, semata-mata demi memenuhi “tradisi serba ada dan serba baru” ketika Aidilfitri.
Belum lagi tradisi balik kampung, saat Aidilfitri adalah saat untuk bersilaturahmi—yang bagi sebahagiannya menjadi pentas menunjukkan kelebihan/kehebatan masing-masing. Lebih menarik lagi, beberapa Ramadhan terakhir ini, sebaliknya pusat-pusat perbelanjaan, pasar-pasar, atau pasaraya besar, tidak hanya penuh di penghujung Ramadhan, tetapi Ramadhan baru berlangsung beberapa hari pun sudah ramai, apalagi banyak pesta diskaun di mana-mana. Akibatnya, sudah banyak yang berbelanja untuk keperluan Aidilfitri sehingga kesesakan lalu lintas menjadi pemandangan sehari-hari di bandar-bandar utama.
Terkait semua ini, sesungguhnya Islam telah memiliki aturan terperinci tentang bagaimana seorang muslim seharusnya membelanjakan hartanya. Berikut penjelasan pandangan Islam tentang fenomena maraknya budaya konsumptif di Aidilfitri.
Islam Mengatur Perbelanjaan Harta
Sebagai agama yang sempurna, Islam mengatur tentang cara mengembangkan harta sekaligus cara membelanjakannya. Islam menetapkan metode perbelanjaan harta sekaligus menentukan tata caranya. Sistem Islam jelas sangat berbeza dengan sistem sekular kapitalisme yang diterapkan saat ini, yang mengagungkan kebebasan pemilikan dan berperilaku serta menjadikan manfaat sebagai asasnya.
Dalam Islam, siapa pun berhak memiliki harta asalkan diperoleh secara halal. Hanya saja, tidak serta-merta dibiarkan bebas mengelola dan membelanjakan harta, sekalipun harta itu secara hukum sah merupakan miliknya. Melainkan Islam telah mengaturnya secara terperinci.
Islam telah melarang seseorang bertindak israf dan tabzir ketika membelanjakan harta, sekaligus melarang seseorang bersikap kikir taqtir (kikir). Allah SWT berfirman dalam surah Al-Furqan ayat 67 “Mereka yang jika mengeluarkan harta, tidak bertindak israf ataupun kikir (taqtir), pengeluarannya ada di tengah-tengah yang demikian.”
Dalam surah Al-A’raf ayat 31, “Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.”
Israf dalam pengertian syarak bermakna ‘mengeluarkan harta dalam perkara yang haram atau kemaksiatan, atau bukan di jalan yang hak, sekalipun yang dikeluarkan jumlahnya hanya sedikit’. Sedangkan taqtir (kikir terhadap diri sendiri) bermakna ‘menahan diri dari kenikmatan yang dibolehkan syarak’. (Syekh Taqiyuddin an-Nabhani, An-Nizham al-Iqtishadi fil Islam). Keduanya merupakan perkara yang dicela oleh Allah Taala.
Selain israf dan taqtir, Islam juga melarang kaum muslim berfoya-foya atau menghambur-hamburkan harta. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Waqi’ah ayat 41—45, “Golongan kiri , siapakah golongan kiri itu? Dalam (seksaan) angin yang amat panas. Dan air panas yang mendidih dalam naungan asap hitam. Tidak sejuk dan tidak menyenangkan. Sesungguhnya mereka sebelum itu hidup berfoya-foya atau bermewah-mewah.”
Islam juga tidak menganjurkan untuk mensia-siakan harta (idha’atul maal), iaitu menafkahkan harta pada barang-barang yang sesungguhnya tidak kita perlu sehingga akhirnya barang tersebut tidak terpakai, bahkan akhirnya terbuang.
Rasulullah SAW bersabda, “… dimakruhkan atas kamu banyak atas kamu banyak bicara dan bertanya (tentang hal-hal yang sifatnya khayalan) serta mensia-siakan harta.”
Lalu, bagaimana dengan fenomena saat ini? Apakah terkategori israf (boros/berlebihan), berfoya-foya/bermewah-mewah, ataukah mensia-siakan harta?
Budaya Konsumptif Ketika Aidilfitri, Bagaimana Pandangan Islam?
Dari penjelasan makna tentang israf, maka dapat kita simpulkan bahawa jika seseorang membelanjakan hartanya untuk hal-hal yang mubah atau untuk ketaatan dengan menjaga niat kerana Allah, maka perilaku seperti ini tidak terkategori israf ataupun tabzir. Akan tetapi, jika mereka membelanjakan hartanya untuk membeli minuman keras atau membeli pakaian yang diharamkan dipakai di tempat umum kerana membuka aurat atau untuk berinfak kerana ingin dipuji, misalnya, maka itu termasuk perilaku israf ataupun tabzir yang diharamkan, tanpa melihat besar kecilnya jumlah harta yang dibelanjakan.
Mungkin saja terjebak dalam perbelanjaan atau tindakan foya-foya, iaitu membelanjakan harta demi kesombongan atau berbangga diri. Jadi, bukan semata-mata membelanjakan harta untuk menikmati kekayaan kerana pada dasarnya Islam tidak melarang kita untuk menikmati dan merasakan nikmatnya rezeki yang telah Allah anugerahkan.
Allah SWT berfirman, “Qul man harrama ziinatallaahil latii akhraja li ‘ibaadihii wath-thayyibaati minar-rizq (Katakanlah, siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah Dia keluarkan untuk hamba-hamba-Nya, juga rezeki-Nya yang baik-baik?)”
Imam At-Tirmidzi juga meriwayatkan hadis dari Abdullah bin Amr ra. yang mengatakan bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah suka untuk melihat tanda-tanda kenikmatan-Nya pada hamba-Nya.” Bahawa Allah suka jika hamba-Nya menikmati nikmat dari Allah sekaligus merasakan rezeki-Nya yang baik-baik yang telah Allah anugerahkan kepadanya oleh Sang Pencipta alam semesta ini. Akan tetapi, Allah membenci banyaknya kenikmatan yang mengakibatkan lahirnya sikap sombong, angkuh, dan membangkang, iaitu ketika terjadi tindakan berfoya-foya.
Nah, perilaku konsumptif yang muncul—termasuk menjelang atau ketika Aidilfitri ini—boleh menjerumuskan seseorang pada tindakan berfoya-foya yang jelas-jelas Allah haramkan. Ini kerana biasanya, perilaku konsumptif muncul didorong nafsu ingin dipuji, ingin diakui keberadaannya, atau kerana senang berbangga diri hingga menjerumuskan diri pada perilaku mensia-siakan harta. Jika demikian halnya, seorang yang mengaku beriman kepada Allah dengan keimanan yang lurus, tentu tidak layak terjebak dalam perilaku seperti ini.
Lalu Bagaimana?
Memang bukan hal yang mudah untuk mengelola perbelanjaan keluarga, terutama ketika Aidilfitri hari ini, kerana sudah menjadi kebiasaan masyarakat negeri ini. Akan tetapi, Allah telah memberikan panduan yang sangat terperinci dan mengutus manusia pilihan-Nya—Rasulullah SAW—sebagai ikutan bagi kita sehingga kita tinggal meneladani beliau.
Oleh kerana itu, sebagai konsekuensi iman, kita perlu berusaha keras agar tidak terjebak pada situasi yang dapat memalingkan kita dari aturan syariat. Setidaknya ada beberapa perkara yang perlu selalu kita ingat.
- Luruskan niat.
Ketika kita membelanjakan harta untuk keperluan apa pun, baik hal mubah, sunnah, ataupun wajib, semua semata-mata kerana mengharapkan redha Allah SWT dan dalam rangka mensyukuri nikmat yang telah diberikan-Nya. Dengan demikian, setiap keluarga muslim perlu terus belajar sehingga faham tentang tatacara perbelanjaan yang Allah tetapkan. Harus selalu kita ingat bahawa setiap harta yang dimiliki dan dibelanjakan, kelak akan dimintai pertanggungjawabannya di hadapan Allah Taala.
- Belanjakan harta dalam perkara-perkara yang disyariatkan.
Sudah seyogianya keluarga muslim membelanjakan harta untuk perkara mubah atau ketaatan, bukan di jalan yang Allah haramkan. Penting pula sesuai skala keutamaan (priority) sebagaimana tuntunan syariat. Antara lain, mendahulukan keperluan yang wajib, seperti keperluan pokok, daripada yang sunnah atau mubah.
- Tidak besar pasak daripada tiang.
Islam telah memberikan tanggungjawab kepada ayah untuk mencari nafkah yang halal bagi anggota keluarganya. Sementara itu, ibu bertugas membantu ayah mengatur pendapatan dan tidak boleh membebaninya di luar kemampuannya.
Seorang ibu harus dapat mengatur pengeluaran rumahtangganya seefisyen mungkin, sesuai keperluan sehingga terhindar dari idhaa’atul maal. Abu Bakar ra. pernah berkata, “Aku membenci penghuni rumahtangga yang membelanjakan atau menghabiskan bekal untuk beberapa hari dalam satu hari saja.”
- Menyisihkan untuk ditabung dan bersedekah.
Merupakan hal yang baik jika ibu dapat menyisihkan wang yang diberi ayah untuk ditabung dan bersedekah. Rasulullah SAW bersabda, “Allah akan memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha dari yang baik, membelanjakan dengan pertengahan dan dapat menyisihkan kelebihan untuk menjaga pada hari ia miskin dan memerlukannya.” (HR Ahmad).
Khatimah
Perilaku konsumptif hari ini sejatinya telah menjebak umat Islam pada aktiviti mengejar kesenangan jasadi semata. Lebih-lebih lagi ketika Aidilfitri, fenomena ini seolah-olah sudah menjadi kebiasaan sebahagian umat Islam negeri ini.Tentu saja hal ini perlu diwaspadai oleh umat Islam kerana boleh mendorong seseorang pada perbuatan yang menyalahi hukum-hukum syarak, bahkan lebih jauh, dapat membuat umat Islam berpaling dari tujuan hidup sebenarnya, yakni menjaga Islam dan memperjuangkan kemuliaannya.
Fenomena ini akan terus berkembang dan meracuni umat Islam selagi sistem kapitalisme dan sekularisme yang melandasinya masih mendominasi kehidupan umat Islam. Dengan demikian, sudah saatnya kaum muslim berpaling dari sistem yang rosak dan merosakkan ini, kemudian menjadikan sistem kehidupan Islam—yang datang dari Allah yang menjamin kemuliaan hakiki—sebagai pijakan dan sandaran hidup. Caranya adalah dengan berusaha berdakwah membangun kesedaran masyarakat dengan Islam kaffah dan berusaha menegakkannya dalam wadah Khilafah Islamiah.
Wallahualam bissawab.