Wahai anak-anak Mesir, anak-anak al-Kinanah… tidakkah ada dalam kalangan kalian sedikit pun yang marah kerana Allah?
Yang kemarahannya menjadi api yang membakar entiti Yahudi, dan menjadi kemenangan buat saudara-saudara kita di Gaza?
(Terjemahan)
Dalam satu peristiwa yang tak terlintas di benak sesiapapun, seekor lynx Mesir (kucing liar) — pemangsa yang datang dari tengah gurun — telah menyusup masuk ke sebuah pangkalan tentera entiti Yahudi, menyerang tenteranya dan mencetuskan panik di kalangan mereka. Seolah-olah makhluk ini secara fitrahnya menyedari apa yang ramai manusia gagal sedari! Seolah-olah Allah SWT telah mengutusnya untuk mengejutkan jiwa-jiwa yang lama tidur, dan mengajukan satu persoalan yang tidak boleh lagi ditangguh:
Tidakkah ada antara kalian yang seperti lynx itu – yang marah, dan marahnya membakar entiti penjajah itu, demi membela Gaza yang tertindas?
Lynx ini tidak berkompromi, tidak pula bersembunyi, sebaliknya ia menerpa dengan nalurinya yang kuat, menyerbu dan menyerang tentera penjajah di pangkalan mereka, di sebalik dinding dan pagar yang mereka sangka mampu melindungi mereka. Namun ia membuktikan, bahawa bahaya boleh datang dari arah yang tak dijangka, sekalipun bahaya itu datang dari hanya seekor binatang dengan taring dan kuku!
﴿ وَمَا يَعۡلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَۚ وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكۡرَىٰ لِلۡبَشَرِ ﴾
dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.
(TMQ Al-Muddaththir [74]:31)
Jika seekor haiwan pun tidak sanggup berkompromi dengan kehadiran penjajah yang suka merampas tanah airnya, dan kezaliman mereka terhadap saudara kita di tanah yang diberkati, maka bagaimana pula dengan kalian, wahai anak-anak Mesir?
Wahai keturunan para penakluk agung, kalian yang suatu masa dulu menjadi perisai umat ini dan pelindungnya, tidakkah ada antara kalian yang bangkit demi Gaza, yang kini dikepung oleh musuh yang merampas itu? Tidakkah ada di antara kalian yang marah kerana Allah, marah yang menggoncangkan bumi di bawah para perampas kekuasaan itu?
Mesir, tanah al-Kinanah, yang mana diriwayatkan daripada Abu Zar RA bahawa Nabi SAW bersabda :
إِنَّكُمْ سَتَفْتَحُونَ مِصْرَ وَهِىَ أَرْضٌ يُسَمَّى فِيهَا الْقِيرَاطُ فَإِذَا فَتَحْتُمُوهَا فَأَحْسِنُوا إِلَى أَهْلِهَا فَإِنَّ لَهُمْ ذِمَّةً وَرَحِمًا
“Kalian nanti akan membebaskan Mesir. Ia merupakan tanah yang dinamakan sebagai Al-Qiroth. Apabila kalian membebaskan Mesir maka berlaku baiklah kepada penduduknya kerana mereka mempunyai hak dan kehormatan serta mempunyai mempunyai pertalian (kerana Hajar ibu bagi bangsa Arab berasal dari Mesir).” [HR Muslim (6586)]
Tanah ini tidak pernah menjadi apa-apa selain benteng bagi Islam dan penduduknya, dan perisai yang melindungi umat.
Pada masa dahulu, ketika Mesir dipenuhi lelaki yang tidak tidur atas kezaliman, Palestin terjaga mulia, dan umat ini berada di puncak kekuatan. Ketika Mesir melahirkan pahlawan seperti Salahuddin, Masjid al-Aqsa bebas, tinggi dan tidak dijajah, tidak dipijak oleh penjajah Yahudi.
Tetapi sekarang, wahai anak-anak al-Kinanah, di manakah kalian?
Di manakah semangat dan maruah yang dulu menjadi perumpamaan agung?
Gaza kini terbakar, para wanitanya meraung, anak-anaknya dibunuh, dan musuh sedang bersiap sedia untuk satu demi satu pembantaian. Mereka merancang untuk mencabut penduduk Gaza dari tanah mereka, dan mengusir mereka secara paksa. Adakah kalian sanggup menjadi saksi bisu terhadap semua ini? Adakah kalian rela dunia menyebut: “Mesir memiliki tentera, tetapi ia tidak bergerak! Mesir mempunyai lelaki di dalamnya, tetapi mereka tidak marah kerana Allah!”?
Wahai tentera Mesir, wahai pewaris para pejuang agung, tidakkah ada di kalangan kalian seorang yang berakal?
Tidakkah ada antara kalian yang marah demi Gaza sebagaimana mana marahnya lynx (kucing liar) itu?
Tidakkah di antara kalian yang akan bangkt demi kehormatan wanita Muslim, sebagaimana yang dilakukan oleh Al-Mu’tasim apabila seorang wanita di Amuriyyah menjerit “Wa Mu’tasimaah!”?
Wahai pahlawan tentera Mesir,
Hari ini kalian sedang menghadapi ujian dan tanggungjawab yang besar dalam sejarah. Jika kalian benar pelindung umat, maka hari ini umat meminta kalian bangkit membela Gaza. Jika kalian benar-benar berpegang pada akidah Islam, maka akidah itu memerintahkan kalian agar bangkit membebaskan Palestin, bukan berdiri di belakang perjanjian-perjanjian hina yang menjual maruah umat.
Ketahuilah bahawa membantu saudara-saudara kita di Gaza bukan pilihan, bukan juga soal politik atau kepentingan, tetapi lebih kepada kewajipan agama, satu kefardhuan yang berdosa jika diabaikan.
Allah SWT berfirman:
﴿وَإِنِ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ﴾
„Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.“ (TMQ Al-Anfaal [8]:72)
Apakah bentuk permintaan pertolongan yang lebih jelas daripada yang berlaku di Gaza kini?
Apakah bentuk serangan yang lebih dahsyat daripada yang dilakukan oleh entiti Yahudi terhadap Palestin?
Saudara-saudara kita di Gaza menyeru kepada kalian:
“Saudaraku di jalan Allah, beritahulah aku… bilakah engkau akan marah?
Adakah hanya apabila kehormatan kami dinodai? Itu sudah berlaku.
Adakah hanya apabila maruah kami dipijak? Itu sudah dipijak.
Jika engkau tidak marah kerana Allah, untuk Islam, untuk maruah umat — maka beritahulah kami tanpa segan, untuk umat mana kalian sebenarnya?”
Wahai orang-orang yang ikhlas dalam tentera Mesir, jika kalian inginkan syurga, maka jalannya jelas — ia adalah jihad di jalan Allah, ia adalah pembelaan terhadap al-Aqsa, ia adalah menghadapi musuh umat yang memperlekeh darah dan maruah kita.
Lynx itu telah bergerak sendirian… di manakah kalian? Dan apa yang kalian tunggu?
Lynx itu tidak menunggu kebenaran sesiapa, tidak perlukan mesyuarat antarabangsa, tidak minta izin dari PBB. Sebaliknya ia bertindak dengan naluri semula jadinya, membuatkan musuh gemetar ketakutan. Maka bayangkan jika seluruh tentera umat ini bertindak! Bayangkan jika tentera Mesir memutuskan untuk berada di barisan hadapan pasukan yang berarak menuju pembebasan Palestin?
Wahai anak-anak Mesir, cukup-cukuplah diam, cukup-cukuplah bertangguh, cukup sudah menunggu!
Jika kalian tidak bergerak hari ini, bila lagi?
Jika kalian tidak marah hari ini, bila lagi kalian akan marah?
Gaza tidak perlukan ucapan kutukan dan kecaman. Gaza perlukan tentera yang mara, pedang yang dihunus, lelaki yang menyeberangi sempadan seperti lynx itu. Bukan untuk mati sia-sia, tapi untuk menang seperti Salahuddin!
Wahai anak-anak Mesir,
Palestin bukan sekadar isu politik, bukan juga sekadar berita yang lalu lalang. Ia isu kalian, ia adalah tanah kalian, ia tempat suci kalian. Tidakkah kalian malu membiarkan ia dalam tawanan sekumpulan pembunuh dan penjajah?
Sudah tiba masanya untuk lelaki-lelaki sejati bangkit, orang-orang merdeka berdiri, untuk “lynx manusia” dalam diri kalian marah, dan menjadikan kemarahannya itu api yang membakar entiti Yahudi, menjadikan mereka menyesal kerana pernah percaya bahawa mereka mampu kekal di bumi ini.
Wahai orang-orang yang ikhlas,
Jika kalian menginginkan syurga, maka inilah dia:
Palestin di hadapan kalian, al-Aqsa memanggil kalian, Gaza menunggu kalian. Maka bergeraklah ke arah itu, kerana,
Tiada kemuliaan tanpa jihad. Tiada maruah tanpa perjuangan. Tiada kemenangan melainkan dari sisi Allah:
﴿قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنْصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُّؤْمِنِينَ﴾
“Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.” (TMQ At-Taubah [9]:14)
Ya Allah, jadikanlah dari kalangan kami segolongan yang marah, sehingga kemarahannya membakar entiti Yahudi, membebaskan Palestin sebagaimana Engkau kehendaki.
Dan suatu kelompok yang akan mencabut rejim upahan yang melindungi entiti Yahudi, dan menjadikan Mesir sebagai Khilafah Rashidah ala manhaj nubuwwah, menyatukan umat dan tenteranya untuk mencabut entiti perampas dan melindungi umat ini di tanah yang diberkati.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ
“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.” (TMQ Al-Anfaal 8:24)
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
Sa’id Fadhl
Ahli Pejabat Media Hizbut Tahrir di Wilayah Mesir