Apabila Gajah Bertarung, Rumputlah yang Paling Rugi
“Sudan adalah Contohnya”
(Terjemahan)
Saya tidak pernah menemui dalam sejarah satu ungkapan yang lebih fasih mengenai kejahatan penjajahan selain kata-kata Rabi ibn Amir, semoga Allah meredhainya, kepada panglima Parsi:
“Kami adalah kaum yang Allah utuskan untuk memimpin manusia daripada penyembahan sesama hamba kepada penyembahan Tuhan sekalian hamba.”
Walaupun kata-kata ini diucapkan untuk menggambarkan tujuan agung risalah Islam, yang memuliakan manusia melalui penyembahan kepada Allah, serta menjaga nyawa, harta dan maruah mereka, ia kadang-kala muncul dalam bentuk sebaliknya. Rahmat Islam dan kebebasan yang dijaminnya untuk manusia berbeza sama sekali dengan perhambaan manusia dan bangsa oleh penjajahan, yang hanya melihat mereka sebagai mesin penjana emas dan wang.
Antara Kisra dan Kaisar, Amerika dan Eropah, Rusia dan China, terdapat sejarah dan realiti masa kini di mana manusia diperhambakan, kekayaan mereka dijarah, dan tulang mereka digiling dalam peperangan yang hanya menguntungkan takhta para zalim. Pertarungan untuk menguasai dunia ini bukanlah sesuatu yang baharu. Walaupun Islam datang 14 abad yang lalu menyelamatkan umat daripada cengkaman Kisra dan Kaisar, membawa mereka kepada penyembahan Allah dan pemerintahan dengan wahyu, sehingga mereka hidup dalam kebahagiaan dan kemuliaan, dengan nyawa, harta dan kehormatan terpelihara, namun negara Islam telah dimansuhkan lebih seratus tahun lalu. Dan kebatilan kembali meneruskan perhambaan bangsa serta umat manusia. Sekali lagi manusia dibakar api Kisra moden. Negeri-negeri kaum Muslim menjadi sasaran penindasan berterusan setelah kita kehilangan Khilafah (Daulah), negara gemilang yang yang merupakan pemimpin yang tidak dapat dipertikaikan di peringkat antarabangsa, dan tiada negara berani melanggarnya kata-katanya.
Sudan adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber. Walaupun Barat mendakwa ia miskin dan memerlukan bantuan daripada mereka dan institusinya, itu hanyalah dakwaan perompak, dengan tiga tujuan:
Pertama – Untuk mengalih perhatian umat Islam daripada sumber kekuatan mereka dan mengekalkan ilusi kelemahan serta ketidakberdayaan.
Kedua – Memastikan harta negara dijarah tanpa menarik perhatian dan tanpa akauntabiliti atau pengawasan.
Ketiga – Paling penting, untuk ia kekal sebagai penjaga dominan negara, menguatkuasakan dasar dan melaksanakan agenda mereka kerana, ringkasnya, “tiada keju percuma kecuali dalam perangkap tikus.”
Untuk trilogi ini : mengukuhkan kuasa, menjarah kekayaan, dan mengekalkan umat Islam di Sudan agar sentiasa lemah dan rentan pada serangan, maka negara-negara di dunia saling berebut untuk mendapatkan bahagian mereka di Sudan.
Sesiapa yang melihat konflik di Sudan secara sepintas lalu akan menganggap ia sebagai konflik pertikaian etnik, kaum atau suku, sebagaimana yang digembar-gemburkan media. Paling baik, ia dilihat sebagai pergaduhan antara pasukan tentera dengan orang awam, serta perebutan kuasa semata-mata. Namun, bagi Muslim yang sedar, yang menjadikan doktrin Islam (akidah) sebagai rujukan politiknya, dan tahu bahawa orang kafir adalah musuhnya, lalu melayan mereka sebagai musuh, tidak akan membiarkan sebarang kenyataan pemimpin kufur berlalu tanpa diperhatikan, dan tidak mudah terpedaya dengan persahabatan palsu.
Sebaliknya, dia tahu negara-negara kufur berusaha keras menghalang kebangkitan umat di mana-mana sahaja. Maka, tiada satu pun kenyataan politik Amerika atau Eropah mengenai konflik di negara seperti Sudan yang dianggap sebagai bakul makanan dunia dan menghadap laluan maritim penting, akan bersifat retorik atau sekadar pandangan biasa semata. Seorang Muslim mesti sedar bahawa kenyataan-kenyataan ini, sokongan kemanusiaan yang didakwa, serta usaha membina semula, hanyalah helah untuk menggerakkan ejen serta membentuk dasar negara mengikut kepentingan penjajah, lalu mengekalkan pengaruh mereka di sana.
Sudan telah menjadi fokus perhatian Barat sepanjang abad lalu, sejak British berpengaruh di situ dan kaitannya dengan Mesir. Selepas ia dipisahkan daripada Mesir, pengaruh British terus datang dan pergi sehingga akhirnya pengaruh Amerika berakar pada era Nimeiri dan Bashir. Eropah (Britain dan Perancis) pula masih berusaha menyusup masuk setiap kali ada peluang, sebagaimana ketika mengeksploitasi isu Darfur tetapi gagal, dan mereka masih berusaha untuk mendapat akses ke Sudan. Oleh itu, Sudan kekal sebagai tumpuan penting dalam politik antarabangsa. Perhatian ini tidak membawa apa-apa kepada Sudan dan rakyatnya selain peperangan proksi kuasa besar, yang menggiling negara dan rakyatnya, tanpa peduli kepada ratusan ribu korban jiwa, jutaan pelarian, atau krisis kebuluran paling dahsyat dalam sejarah moden.
Inilah adalah kapitalisme: perebutan ahli politik demi kedudukan dan kekayaan, memperjudikan nyawa dan masa depan rakyat demi tuan yang memperhambakan mereka. Ironinya, untuk mengekalkan cengkaman, penjajah perlu melepaskan gelaran kolonial dan muncul pula sebagai pelindung negara daripada musuh yang ia sendiri ciptakan.
Hari ini, Amerika demi menyingkirkan pengaruh Eropah dari tempat kejadian dan memastikan tiada yang mengganggu kepentingannya di Sudan, sedang mencaturkan peperangan antara dua pihak yang mana kedua-duanya tali kawalannya diselaraskan demi kepentingannya sendiri. Rakyat dipaksa percaya bahawa Hemedti ialah tokoh pembangkang dan Burhan mewakili negara. Padahal realitinya, kedua-duanya sedang dimanipulasi oleh ejen Amerika: Mesir, Arab Saudi, dan UAE. Mereka memainkan peranan saling melengkapi yang memenuhi matlamat dengan cara yang berbeza. Semasa Burhan berusaha untuk mengukuhkan kuasanya secara dalaman dengan menggerakkan sokongan popular dan menyingkirkan pengaruh Eropah melalui saluran undang-undang, sementara di peringkat antarabangsa, dia mencari legitimasi. Hemedti, sebaliknya, berusaha menamatkan pengaruh British di Darfur, khususnya di El Fasher (daerah yang cuba dia kawal) namun tetap tidak berjaya walaupun banyak percubaan dilakukan. Dia juga cuba memposisikan dirinya sebagai pembangkang bersenjata yang mampu membendung baki pengaruh Eropah dalam pergerakan bersenjata di Darfur.
Oleh itu, Amerika memonopoli suasana Sudan melalui orang-orangnya di kedua-dua belah pihak: kerajaan tentera yang dipimpin Burhan, dan pembangkang yang dipimpin Pasukan Sokongan Pantas (RSF) di bawah Hemedti.
Kepelbagaian kerajaan ini, yang dipacu oleh nilai kapitalisme materialistik serta kerakusan tidak terbatas terhadap kekayaan, tidak ragu-ragu untuk menghasut atau menyalakan api perang demi keuntungan. Mereka bahkan tidak peduli terhadap jumlah korban, penderitaan manusia, atau bencana kemanusiaan yang berlaku, asalkan kepentingan politik dan ekonomi mereka terjamin.
Peperangan ini akan terus berkecamuk di Sudan, dan krisis akan berterusan, semakin parah dengan kebuluran, perpindahan, dan pertumpahan darah, selagi rakyat Sudan (khususnya mereka yang setia dalam tentera) tidak bangkit menentang trilogi Amerika: pembahagian negara dengan memisahkan Darfur selepas memisahkan Selatan, normalisasi dengan entiti Yahudi yang merampas Tanah Berkat (Palestin), dan menyebarkan kerosakan di sana, serta peperangan yang marak dan berdosa sesama Muslim.
“Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya) mengerjakan ibadat (kepada Allah dengan berilmu).” (TMQ Al-Anbiyaa’ [21]:106)
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir oleh
Bayan Jamal
#SudanCrisis #KrisisSudan #Sudan