Ringkasan Pemikiran tentang Topik bahawa Rezeki Ada di Tangan Allah SWT
Oleh: Ustaz Tsa’ir Salamah (diterjemahkan oleh Ustaz Yuana Ryan Tresna)
الحمد لله الرازق الكريم، والصلاة والسلام على خاتم المرسلين. أما بعد؛
Sesungguhnya masalah rezeki adalah salah satu isu akidah terbesar yang menyentuh hakikat tauhid dan tawakal. Al-Quran al-Karim menyebutkan rezeki bersama penciptaan, kehidupan, dan kematian, menunjukkan bahawa rezeki adalah perbuatan ilahi murni yang tidak dimiliki hamba untuk menciptakannya. Manusia hanyalah penerima rezeki, berusaha melalui sebab-sebab yang telah ditetapkan Allah sebagai keadaan dan kemungkinan, bukan sebagai penyebab yang pasti.
Pertama: Allah adalah Pemberi Rezeki pada Hakikatnya
Allah Taala berfirman:
﴿اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُمْ ثُمَّ رَزَقَكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ﴾ [الروم: 40]
“Allah-lah yang menciptakan kamu, kemudian Dia memberi rezeki kepada kamu, sesudah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu semula..” [TMQ Ar-Rum (30): 40]
Dalam ayat ini, menyatukan penciptaan, rezeki, kematian, dan kehidupan, serta menolak adanya sekutu dalam semua itu.
Allah juga berfirman:
﴿وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا﴾ [هود: 6]
“Dan tidak ada satu binatang pun yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya.” [TMQ Hud (11): 6].
Ini merupakan jaminan alam semesta mencakup setiap makhluk hidup.
Dalam Surah Al-Waqi’ah, Allah SWT menyajikan bukti-bukti praktik:
﴿أَفَرَأَيْتُم مَّا تَحْرُثُونَ أَأَنتُمْ تَزْرَعُونَهُ أَمْ نَحْنُ الزَّارِعُونَ﴾، ﴿أَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنْزِلُونَ﴾
“(Sekiranya kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkan? Kalau Kamu kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering dan kosong (tiada biji atau isi), maka dengan itu kamu akan berada dalam keadaan hairan dan tercengang. (Sambil berkata), “Sesungguhnya kami menangung kerugian.” “Bahkan kami hampa (kerana tidak mendapat sebarang hasil).” Selain itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?” [TMQ Al-Waqi’ah (56): 63-69].
Terbukti bahawa manusia tidak menciptakan pertumbuhan, hujan, atau api, melainkan hanya mengelola sarana yang telah diciptakan Allah. Rezeki pada hakikatnya adalah perbuatan Allah. Hamba tidak dapat menumbuhkan tanaman atau menurunkan air, tetapi memanfaatkan sifat-sifat yang telah Allah tanamkan dalam makhluk.
Kedua: Penyebab, Usaha, dan Keadaan
Usaha manusia bukan penyebab pencipta rezeki, melainkan “keadaan” di mana rezeki Allah turun. Usaha manusia adalah kewajipan: pertanian, perdagangan, industri…, tetapi ianya tidak menjamin hasil. Banyak petani yang tidak menuai hasil, peniaga yang rugi, dan pekerja yang kehilangan harta! Jika usaha adalah penyebab yang pasti mendatangkan hasil, rezeki tidak akan pernah gagal. Oleh kerana itu, hubungan antara usaha dan rezeki bukan hubungan sebab-akibat, melainkan hubungan syarat-dengan-sesuatu-yang-disyaratkan: hamba berusaha untuk berada dalam kemungkinan rezeki, sedangkan Allah-lah yang menentukan dan memberikan.
Allah SWT berfirman:
﴿فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِن رِّزْقِهِ﴾ [الملك: 15]
“Maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan Allah.” [TMQ Al-Mulk (67): 15].
Ayat ini mengaitkan tentang – berjalan (berusaha) kepada hamba dan rezeki kepada Diri-Nya, menyatukan dua kewajipan: mengambil sebab-sebab sambil mengembalikan nikmat kepada Allah.
Ketiga: Pengelolaan Allah atas Rezeki
Perbuatan Allah dalam rezeki tampak dalam tiga tahap:
- Penciptaan: Menciptakan elemen-elemen alam dan sumber rezeki, seperti air, tanaman, mineral, dan jiwa. “Dan Dia telah menentukan rezekinya dalam empat masa.” [TMQ Fushshilat (41): 10], iaitu mempersiapkan material dan elemen untuk kehidupan.
- Pembahagian: “Kami telah membahagi-bahagikan kehidupan di antara mereka.” [TMQ Az-Zukhruf (43): 32], sehingga kekayaan dan kemiskinan adalah ketentuan ilahi yang berjalan sesuai hikmah.
- Pemberian dan Penyaluran: Rezeki disalurkan kepada hamba melalui cara biasa melalui sebab-sebab atau secara luar biasa seperti rezeki Maryam a.s: “Ini datang daripada sisi Allah.” [TMQ Ali Imran (3): 37]. Dalam setiap keadaan, tidak ada yang dapat menghalangi rezeki yang telah ditetapkan Allah atau mendatangkan apa yang tidak ditentukan baginya.
Keempat: Rezeki antara Qadha dan Qadar
Rezeki dari segi ketetapan keseluruhannya termasuk dalam qadha iaitu ketentuan paksa yang tidak ada pilihan bagi hamba:
﴿إِنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ وَيَقْدِرُ﴾ [الرعد: 26]
“Allah meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dia juga yang menyempitkannya.” [TMQ Ar-Ra’d (13): 26].
Namun, dari segi caranya, sumbernya, dan pengeluarannya, rezeki termasuk perbuatan hamba yang bersifat pilihan dan akan dimintai pertanggungjawapannya: Adakah rezeki itu dicari dari sumber yang halal atau haram? Adakah disyukuri atau dibangga-banggakan? Rezeki menggabungkan aspek paksa yang tidak ada pilihan (jumlah dan waktunya) dan aspek usaha (cara mendapatkannya dan pengeluarannya).
Kelima: Rahsia Kaitan Rezeki dengan Kehidupan dan Kematian
Ayat-ayat Al-Quran menghubungkan rezeki dengan penciptaan, kematian, dan kebangkitan untuk menegaskan bahawa rezeki bukan hanya urusan duniawi yang bersifat material, melainkan perbuatan ilahi agung dalam kelompok perbuatan yang tidak ada yang dapat menyamainya. Dialah yang menciptakan kehidupan, menghidupkannya, mematikannya, dan membangkitkannya, serta Dialah yang memberi rezeki dan mempertahankannya. Sebagaimana tidak dapat dibayangkan adanya sekutu bagi Allah dalam penciptaan atau kehidupan, begitu juga tidak ada sekutu bagi-Nya dalam rezeki. Kaitan ini membuktikan bahawa rezeki adalah tanda dari tanda rububiyah-Nya dan bukti wajibnya menuhankan-Nya serta bertawakal kepada-Nya.
Kesimpulan
Pemberi rezeki adalah Allah semata, dan manusia adalah penerima rezeki yang mengelola sebab-sebabnya. Usaha untuk mendapatkan rezeki adalah wajib, bukan penyebab pasti, dan rezeki telah ditentukan dan dibahagi oleh Allah. Melalui rezeki, Allah menguji hamba-Nya dengan kekayaan dan kemiskinan, mengalirkannya melalui sebab-sebab atau tanpa sebab, serta mengaitkannya dengan penciptaan, kehidupan, kematian, dan kebangkitan, agar tauhid rububiyah tetap hadir di hati. Barang siapa yang meyakini hal ini, hatinya akan tenang, usahanya menjadi baik, dan dia tidak akan merendahkan diri kepada makhluk, melainkan dia yakin bahawa rezekinya ada di sisi Allah: “Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan juga terdapat apa yang telah ditakdirkan kepada kamu.” [TMQ Az-Zariyat (51): 22]
#rezeki #pemikiran #akidah #konseprezeki #rahsiarezeki